Hukum perkahwinan khunsa. Adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau perempuan?
Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah ditentukan terlebih berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormon dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa alAzhar, Syaikh Ali Jadul Haq.
Sumber : disunting dari http://soaljawab.wordpress.com
Filed under: Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, Seksual
kalau andai kata khunsa daftar nama perempuan kat ic.kalau khunsa tu cenderung pada laki .lepas tu khunsa tu nak tukar jadi laki?boleh ke?kalau dari sisi undang malaysia boleh ke tukar nama dekat ic?
Abul Harith : Terima kasih Sdr. Rahsia atas soalan.
Seperti juga fatwa di atas, khunsa tersebut perlu mendapatkan pengesahan doktor perubatan & pakar genetik tentang status jantinanya. Kemudian bolehlah diteruskan dengan rawatan dan pembedahan jika perlu atas nasihat doktor.
Jika telah tersalah daftar nama pada IC, ianyanya boleh ditukar kepada nama yang betul mengikut jantina. Jabatan Pendaftaran Negara akan menambah “@ nama baru” pada IC selepas mendapat dokumen pengesahan doktor.
WaLLAHu a’lam. Wassalam.
saya seorang khunsa hidup sebagai lelaki sebelum ini tapi cenderung menjadi perempuan skrg. apa yang perlu saya lakukan. saya ingin menjadi perempuan sejati dan berkahwin. mudah ke proses undang-undang untuk semua pertukaran ini? apakh proses pertama hingga terakhir yang perlu saya lakukan.
saya takut melakukan maksiat jiwa saya betul2 terseksa dan telah mencuba untuk membunuh diri sebbelum ini. tolong lah saya encik.
Abul Harith : Wassalam Sdr. Hussaini, terima kasih atas soalan.
Saya menghargai kesudian Sdr. berkongsi kisah dan dilema Sdr.
Berkenaan hal Sdr., walaupun Sdr. seorang khunsa buat masa ini, ia bukanlah boleh dipilih sesuka hati sama ada Sdr. mahu menjadi perempuan atau lelaki selepas ini. ALLAH telah pun menciptakan hambanya mengikut jantina tersendiri. Cuma mungkin perkembangan peringkat janin sewaktu dalam kandungan menyebabkan Sdr. mempunyai dua alat kelamin.
Proses yang Sdr. perlu lalui seharusnya tidak sesukar mana jika semuanya berjalan lancar.
1. Sdr. perlu berjumpa doktor pakar dalam hal ini samada pakar O&G, androgogi (sakit tuan) atau (sakit puan) untuk menentukan jantina sebenar Sdr. Alat kelamin akan diperiksa untuk menentukan yang mana lebih berfungsi. Kemungkinan ujian hormon & genetik akan dilakukan juga.
2. Setelah mendapat pengesahan jantina dari doktor yang bertauliah, rawatannya bergantung kepada kesediaan Sdr. samada mahu pembedahan atau tidak. Terapi hormon juga akan diberi supaya Sdr. betul-betul menjadi lelaki atau perempuan seperti yang disahkan doktor.
3. Doktor akan mengeluarkan surat pengesahan jantina Sdr. dan Sdr. boleh menukar nama (jika perlu) di Pejabat Pendaftaran.
Prosedurnya adalah semudah yang disebutkan. Namun, diingatkan bahawa prosesnya mungkin lama jika terdapat karenah birokrasi dan sebagainya. Diharapkan Sdr. bersabar jika ia berlaku.
Saya mengharap Sdr. Hussaini tidak mudah putus asa, anggaplah ianya ujian TUHAN untuk menguji keimanan hamba-NYA. Jika Sdr. tabah dan redha, insya-ALLAH, ALLAH akan membantu dan meluaskan rahmatnya ke atas Sdr. Perbuatan berputus asa dan mahu membunuh diri akan menjauhkan kita dari rahmat ALLAH, bahkan akan mendapat kemurkaan-NYA.
Saya sedia membantu meringankan bebanan Sdr. Sudi-sudikanlah menghubungi saya. Saya mendoakan Sdr. sihat walafiat dan sentiasa dirahmati ALLAH.
Wassalam..
bagaimana pula jika khunsa ini tidak memilih untuk menukar jantina? dia dilahirkan perempuan, tapi alat kemaluan lelakinya keluar pada usia awal remaja, tiada haid dan tiada naluri terhadap lelaki – macam mana ya? solat semua dilakukan seperti perempuan, pergi umrah seperti perempuan, tapi dia tahu bahawa dirinya adalah lelaki – keraana alat lelaki nya berfungsi.
Abul Harith : Wassalam Sdr. Puteri, terima kasih atas soalan.
Khunsa tersebut juga perlu menjalani pemeriksaan perubatan, hormon & genetik untuk memastikan jantina sebenarnya, buka semata-mata mengikut rasa & naluri. Kerana rasa & naluri mungkin terpesong.
Jika seorang khunsa itu telah yakin dan disahkan jantina asalnya, maka wajiblah dia hidup dan beramal ibadat sebagai seorang lelaki atau wanita mengikut yang telah ditentukan.
Soal pembedahan, ia hanyalah pilihan khunsa tersebut dan tidak diwajibkan. Namun jika dia mahu pembedahan agar tidak mendatangkan kesulitan ketika dia berkahwin kelak, maka dibolehkan. Yang penting, dia wajib hidup mengikut ketetapan jantina yang telah ALLAH tetapkan atasnya.
WaLLAHu a’lam.
apa hukumnya seorang perempuan itu yang normal dan sihat tidak berkahwin hanya kerana takut dan malu padahal nagsu mereka memuncak-muncak untuk berkahwin…..
Di mana letaknya perempuan yang tidak berkahwin ini di akhirat kelak???
Abul Harith : Wassalam Sdr. Bobrizal, terima kasih atas soalan.
Berkahwin adalah Sunnah Nabi, ia perlu dipatuhi bukannya disanggahi. Nabi pernah bersabda, “Sesiapa yang berpaling dari Sunnahku, maka mereka bukanlah dari kalangku.”
Untuk apa takut dan malu pada manusia? Tidakkah kita patut malu pada ALLAH di akhirat kelak.
Kahwin juga fitrah manusia yang mempunyai nafsu. Untuk apa menipu diri yang sehingga terseksa batin? ALLAH Maha Pemurah telah syariatkan kahwin melalui Nabi-NYA.
Di mana perempuan berkahwin di akhirat kelak? WaLLAHu a’lam (Hanya ALLAH yang tahu).
Tapi jika mahu tempatkan diri di dalam umat Nabi Muhammad, maka ikutlah Sunnahnya. Berkahwinlah tanpa rasa malu & ragu. Moga ALLAH merahmati perkahwinan sedemikian.
terima kasih kerana menjwab soalan saya. dan kes ini kes saya… sama spt sdr husaini – saya lega bila ada org senasib mcm saya. tapi utz, bole tak kalau khunsa tu meneruskan kehidupan sbg perempuan? (solat dan umrah) sbb masih ada payudara – kalau mengerjakan umrah bagaimana? malu. dan tidak mahu jadi mcm ahli sukan yg dimalukan dan dipertikaikan jantinanya. saya juga mmg ahli sukan waktu belajar. kalau mrk tahu? habis sejarah saya dibongkar. saya sendiri keliru. saya mempunyai kerjaya & kedudukan yg baik, kereta, rumah, tapi dianggap ‘andartu’. saya tidak tension, sbb saya tau saya ‘lelaki’ -pernah buat scan di singapura. cuma nak buat keputusan saya jadi gerun. tkt juga sbb saya tak pernah solat jumaat….. mcm2 dalam fikiran saya… cuma Allah je yg tahu dan mohon diterima amal ibadah saya..
Abul Harith : Terima kasih Sdr. Puteri atas respon lanjut.
Jika Sdr. telah membuat pemeriksaan dan sudah jelas dengan jantina Sdr., maka wajiblah Sdr. hidup seperti jantina tersebut. Jika Sdr. lelaki, maka perlulah hidup sebagai lelaki.
Soal fizikal yang berupa jantina sebaliknya, maka ia boleh dirawat melalui terapi hormon, pembedahan dan sebagainya. Sdr. juga boleh dapatkan nasihat pakar & kaunseling untuk mengatasi segala masalah berkaitan yang timbul.
Semestinya amat sukar untuk berubah apatah lagi setelah sekian lama hidup sedemikian dalam masyarakat. Mungkin ada masyarakat yang memandang serong. Tapi usahlah berasa hina dan malu di hadapan mereka. Sesungguhnya kita patut berasa malu dan hina di sisi ALLAH jika kita mengabaikan Syariatnya.
Rahmat ALLAH itu sangat luas. ALLAH Maha Memahami isi hati dan susah payah hamba-NYA dalam berusaha mendekati-NYA. Insya-ALLAH, jika Sdr. boleh membuat keputusan yang tepat, moga ALLAH akan membalas segala usaha jerit perih Sdr. dengan setimpal di dunia dan di Akhirat.
Yang penting, kita ingin mendapatkan redha & cinta ALLAH semasa hayat kita di dunia dan seterusnya di Akhirat. Kata-kata dan pandangan negatif manusia hanya akan membawa kita kepada kehancuran dan lurah neraka.
Moga ALLAH merahmati Sdr.
salam..saya mengalami kekeliruan sama ada saya lelaki atau perempuan kerana sejak kecil saya tidak ke arah keperempuanan…umur saya 17..dan masih berperangai seperti lelaki..saya tidak pernah ada hati kat org lelaki..saya pernah bercouple tp saya rasa seperti bercinta dengan seseorang yang sama dengan saya..means rase cam sejenis je..tapi yang pelik nya saya lebih suka tengok kaum hawa..bukan sekarang tapi sejak dulu sejak kecil…kadang2 saya keliru jantina sebenar saya..saya bukan buat2 untuk ke arah lelaki tapi saya rasa lebih selesa begitu….bila bersama dengan kawan2 lelaki saya jadi biasa dan boleh bergaul seperti biasa tapi bila dengan perempuan saya agak malu dan x berani tuk pandang ke mata mereka..sejak kmenjak ini saya makin keliru dengan keadaan ini..saya mula jatuh hati pada perempuan sejak di kecil lagi..seingat saya katika 6tahun..dan perasaan itu xdapat dibuang sehingga peranagai itu kembali ketika darjah6 shingga kini..saya cuba untuk buang perasaan itu dengan memasuki sekolah agama..namun,rasa itu tetap ada..saya tak mahu buat dosa..saya amat keliru..if nak ceritakan pnjang lagi..tapi setakat ini saja..dan boleh saya tau ciri2 seorang khunsa?? trimas atas segala pertolongan..wassalam….
Abul Harith : Wassalam Sdr. SiPolan, terima kasih atas soalan.
Khunsa bermaksud mereka yang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar & faraj) serentak. Maka mereka kemungkinan mengalami masalah untuk memilih dan meneruskan hidup mengikut jantina sebenar mereka. Terdapat hukum khusus dari segi Syariat dan perubatan untuk mengatasi masalah mereka.
Jika Sdr. tidak mengalami masalah fizikal (ada dua alat kelamin) seperti di atas, maka Sdr. bukan khunsa.
Jadi, masalah Sdr. lebih bersifat kepada psikologi, emosi dan sikap yang merasakan jantina Sdr. adalah sebaliknya.
Jika Sdr. mempunyai ciri-ciri fizikal lelaki, maka teruskan hidup sebagai lelaki secara normal. Hindarkan segala emosi negatif dan sifat yang menyerupai perempuan. Begitulah juga jika Sdr. seorang perempuan. Hiduplah mengikut jantina yang telah ditetapkan ALLAH dan kerjakanlah Ibadah seperti yang ditentukan mengikut jantina masing-masing.
Jika Sdr. masih bermasalah untuk menyesuaikan diri, maka Sdr. bolehlah berjumpa Ustaz, kaunselor atau pakar psikiatri yang Sdr. percayai untuk mendapatkan bantuan.
WaLLAHu a’lam.
si polan,
saya pun mempunyai ciri macam tu masa sekolah lagi, tapi saya memang tak ada period/haid. sampai sekarang. cuma bila scan, ada ovari dan ada kemaluan lelaki yg dilipat ke dalam ruang bawah ovari. saya faham perasaan si polan – cuma kalau si polan tak period, pergi check doctor… takut macam kes saaya.. lepas check baru alat kemaluan lelaki saya boleh dikeluar dan dimasukkan semula.
utz,
saya dah pergi kaunseling, namun di marah.. dan pernah heboh satu insitusi. saya di malukan, dituduh ada aids pula tuh… so, sekarang ni saya solat macam lelaki (dulu bertelekong sbb tak tau). cuma.. sekarang saya takut kalau saya mati.. saya tak nak dimalukan.. bole ke saya nak saya di kapan kan seperti saya dilahirkan ??? saya tak nak saya diaibkan bila mati nanti..
salam ……………….{SOALAN 1) saya nak tanye boleh kah kite rase kemaluan kite yg kedua tu melalui tangan ( contoh seorang lelaki dan cume merase ade ke tidak faraj tu? dan kalau dia rase x de adakah ketika membuat pemeriksaan nanti pon takde atau mungkin ade?)………….{SOALAN 2} kalau didapati kedua2 kemaluan itu berfungsi macam mane pulak?{soalan 3}kalau dia adalah lelaki tetapi mempunyai perasaan perempuan and bile buatpemeriksaan dia adalah perempuan tetapi payudara dia tdak membesar……………{soalan 4} kalu didapati dia adalh perempuan tetapi mempunyai halkum’ kalau yg tu macam mane plak?……………………
itu saje soalan saya setakat ni………..
asalamualikum………………………
saya ingin betanye…………….. adekah mengetahui diri seseorang itu khunsa daripada bayi atau tidak semestinye?………………………..kalau dia tidak tahu bahawa dirinya khunsa dan dia sudah sunat tetapi beberape tahon lepas tu baru dia tahu yg diri nya mempunyai dua alat kelmin(adakah itu bermaksud bahawa dirinya lelaki atua tidak semestinye?)…………….dia adalah khunsa dan memilih menjadi kearah wanita tetapi suara macam lelaki .tu macam pulak??………………………pabila dia ke klinik dan doktor itu kata bahawa dia ituu lelaki bedasar kan dia mempunyai “telur”pada bahagian bawah zakar nya tanpa membuat pemeriksaan yg lebih terliti (adakah itu bermaksud dia adalah lelaki atau tidak semestinya?)