Kuningan Dan Keruhan Dari Faraj Wanita

Soalan: Dr, Apakah hukum warna kekuningan atau keruhan yang keluar daripada faraj wanita. Kesan ini biasa dapat dilihat pada pakaian dalam wanita. Apakah itu sama dengan darah haid?
Hafiza, Klang


Jawapan: Dalam istilah fikah kekuningan itu disebut sebagai sufrah. Sementara keruhan yang menghampiri warna hitam itu dinamakan kudrah. Kata seorang sahabiyyah yang bernama Umm ‘Atiyyah: “Kami tidak menganggap kudrah dan sufrah selepas suci (dari haidh) apa-apa pun” (Riwayat al-Bukhari, al-Nasai, Abu Daud dan al-Nasai. Lafaz ini lafaz Abu Daud, sanadnya sahih)

Berdasar riwayat di atas, maka bagi soalan saudari ada dua keadaan. Pertama; jika ia keluar pada waktu kebiasaan haidh, maka dia dianggap haidh. Jika ia keluar pada waktu yang kebiasaannya saudari suci, maka ia tidak dianggap sebagai haid. Cumanya saudari perlu membasuh pakaian untuk solat.

21 Responses

  1. salam…
    apa beza air mazi,air mani n keputihan
    adakah semuanya membatalkan wuduk dan dikira najis?
    tq

  2. Wassalam & terima kasih Sdr. Nur atas soalan.

    Persoalan Sdr. berkisar tentang bab Thaharah, saya cuma mampu syorkan Sdr. membaca jawapannya berserta komen-komen di link berikut,
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/30/orgasma-tanpa-bersetubuh/
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/21/air-mazi-najis-jadi-seks-oralblowjob-hukumnya/

    Cuma sebagai perbandingan dari sudut sains perubatan. Mani lelaki (semen) dihasilkan di kelenjar gonad dan terkumpul di kelenjar prostate dan juga vesikel semen. Manakala mani perempuan terkumpul di kelenjar Skene atau parautheral. Kedua-duanya cecair yang keluar ketika kemuncak orgasm, dan terbit dari organ pembiakan (reproductive). Ia bukannya sisa buangan badan yang terbit dari usus seperti kencing dan tinja. Maka bertepatanlah hukum mani bukannya najis, namun perlu mandi wajib apabila keluar.

    Manakala, mazi lelaki berasal dari kelenjar Cowper yang terletak di pangkal zakar. Mazi perempuan pula berasal dari kelenjar Bartholin yang terletak di dinding vagina/faraj. Jika diamati, kedua-duanya terletak di organ luar yang mengalirkan kencing, dan tiada kaitan dengan organ dan salur pembiakan. Maka, statusnya sebagai najis tidak diragui dan perlu bersuci seperti biasa.

    Berkenaan keputihan (flour albus atau leucorrhea), ia adalah cairan yang keluar dari vagina/faraj secara berlebihan. Sumber cairan berasal dari vagina (faraj), cervix (pangkal rahim), uterus (rahim) dan juga tiub Fallopio. Cairan ini keluar kerana keadaan normal fisiologi wanita, mahupun keadaan penyakit.

    Cecair ini keluar dalam keadaan wanita normal semasa menjelang haid, terlebih hormon estrogen dan juga hamil. Dalam kes ini, kebanyakan cecair keputihan datang dari kelenjar di sekitar faraj. Boleh jadi juga cecair keputihan timbul akibat penyakit seperti jangkitan kulat Candida albicans, bakteria Nisseria gonorrhoe, protozoa Trichomonas vaginalis, keradangan dan juga kanser di organ berdekatan. Maka, cecairnya lebih kuning dan berbau dan boleh disamakan seperti nanah. Kesimpulannya, cecair dari keputihan adalah najis tanpa mengira apa sebabnya, dan perlu dibersihkan seperti biasa tanpa mandi wajib.

    Kesemua mani, mazi dan keputihan adalah membatalkan wudu’, maka perlu bersuci mengikut keadaannya.

    Segala penerangan di atas hanyalah sekadar perkongsian dan untuk membuktikan keagungan ilmu fiqh Islam dan ahlinya dalam menerangkan Syariat bersuci (Thaharah) dan relevannya dengan ilmu sains perubatan masa kini. Moga memberi manfaat kepada semua.
    WaLLAHu a’lam.

  3. assalamualaikum..
    saya ingin bertanya saya masih confius hendak membezakan air mani dan mazi…
    dan apa bila kita terasa ghairah tetapi tidak melakukan apa2 adakah kita diwajibkan mandi?
    saya harap tuan/puan dapat membantu…

  4. Wassalam Sdr. Shafi, Syukran atas soalan.

    Mazi adalah cecair yang keluar dari zakar lelaki kerana ghairah mahupun letih, samaada sedar ataupun tidak melakukan apa-apa. Ia tidak mengandungi sperma. Ciri-cirinya jernih dan tidak selikat mani. Tidak perlu mandi wajib, hanya perlu bersuci seperti biasa. Namun, jika bersetubuh, perlu mandi wajib walaupun hanya mazi yang keluar tanpa pancutan mani.

    Mani adalah cecair yang sifatnya terpancut dari zakar lelaki selepas mencapai puncak (klimaks) melalui persetubuhan ataupun cara-cara lain untuk mengeluarkanya. Ia mengandungi sperma dan keluar bersama perasaan lega buat lelaki. Ciri-ciri cecair ini pekat, putih kekuningan seperti gam kanji. Walaupun mani sendiri tidak dianggap najis, namun perlu mandi wajib jika keluar mani kerana dikira berhadas besar.

    Untuk maklumat lanjut tentang mani dan mazi dan pengurusannya, sila rujuk link di bawah;

    http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/27/kenapa-perlu-mandi-wajib/
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/30/wajibkah-mandi-kerana-melihat-cerita-blue/

    WaLLAHu a’lam. Syukran, Wassalam.

  5. syukur bertambah ilmu saya.

  6. “Berdasar riwayat di atas, maka bagi soalan saudari ada dua keadaan. Pertama; jika ia keluar pada waktu kebiasaan haidh, maka dia dianggap haidh. Jika ia keluar pada waktu yang kebiasaannya saudari suci, maka ia tidak dianggap sebagai haid. Cumanya saudari perlu membasuh pakaian untuk solat.”

    saya selalu ada cairan kuning (sufrah) pada hari2 biasa. saya datang haid selama 8 hari. hari ke-9 saya mandi wajib untuk berpuasa sebab 1st time check memang dah bersih. then, bila tengahari sket cairan kuning tu ada lagi. sah ke puasa saya?

  7. Wassalam Sdr. Ina & terima kasih atas soalan.

    Soalan saudari sudahpun diterangkan melalui hadith tersebut,
    Kata seorang sahabiyyah yang bernama Umm ‘Atiyyah: “Kami tidak menganggap kudrah dan sufrah selepas suci (dari haidh) apa-apa pun” (Riwayat al-Bukhari, al-Nasai, Abu Daud dan al-Nasai. Lafaz ini lafaz Abu Daud, sanadnya sahih)

    Adalah amat bagus Sdri yakin dan jelas bahawa Sdr. haid selama 8 hari. Jika, cairan kuning keluar pada hari ke-9, puasa Sdr. dikira sah. Dalam keadaan Sdr, sufrah keluar pada hari-hari biasa dan berkemungkinan ia suatu yang normal. Sdr. disyorkan berjumpa doktor jika menyesyaki ianya disebabkan penyakit.

    WaLLAHu a’lam. Wassalam.

  8. tumpang tanya.saya tinggal di kuching,malaysia.jika seseorng wanita berseronok sendirian hingga keluarnya lendir adakah perlu mandi wajib?dan bagaimana caranya?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Dayang & Terima kasih atas soalan.

    Sila amati komen di atas untuk penjelasan tentang ciri-ciri air mani dan air mazi. Kerana lendir yang keluar boleh jadi air mani atau air mazi. Jika air mazi, tidak perlu mandi wajib. Jika air mani, perlu mandi wajib. Cara mandi wajib, boleh dirujuk melalui link
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/20/cara-cara-mandi-wajib-mengikut-sunnah/

    Apapun, perbuatan bersoronok bersendirian sehingga menaikkan syahwat adalah dilarang agama. Elakkan perbuatan tersebut dan hindarilah perkara yang menaikkan syahwat seperti berkhayal & menonton yang lucah. Banyakkan menyertai aktiviti bersama teman-teman lain. Dekatkan diri dengan ALLAH melalui doa dan ibadat. Berpuasalah untuk mengekang nafsu dan syahwat. Seelok-eloknya Sdr disyorkan berkahwin jika boleh.

    WaLLAHu a’lam. Wassalam.

  9. Assalamualaikum wrt wbr

    Semoga dalam keadaan sihat wal’afiat.

    Soalan saya adalah,

    Selalunya pada akhir2 haid pada hari ke-8 atau ke-9, saya akan keluar kekuningan dan ini saya ambil sebagai tanda haid sudah tamat.

    tetapi pada kali ini, pada hari yang ke-15, ketika saya buang air kecil ada liquid/cecair putih yg keluar. Adakah ini bermakna haid saya baru tamat.

    saya musykil kerana saya sudah keluar kekuningan selama seminggu dari hari-9, takkanlah haid saya baru saja tamat.

    SOalan saya adakah keluar liquid putih tadi itu wadi atau tanda sebenar haid saya tamat?

    terima kasih. salam.

    Abul Harith : Wassalam & terima kasih Sdr. knfs atas soalan.

    Seperti yang Sdr. katakan, haid Sdr. biasanya 8-9 hari. Maka tempoh 8-9 hari itulah haid Sdr. Cecair yang keluar selain dari tempoh itu tidak dikira haid.

    Jika yang keluar pada hari (hari ke 10 sampai 28) itu darah, maka ia dikira darah penyakit atau istihadah.
    Jika yang keluar pada hari (hari ke 10 sampai 28) itu adalah cecair keputihan atau kekuningan, maka ia juga bukanlah haid.

    Jika berlaku hal sebegini diluar tempoh haid Sdr., maka bersihkan cecair yang keluar dan beribadahlah seperti biasa.

    Saya tidak pasti sama ada ianya madi dalam kes Sdr. Jika keadaan berterusan, Sdr. dinasihatkan berjumpa doktor terdekat.

    WaLLAHu a’lam..

  10. salam
    semasa sy melakukan hbngan intim dngn suami sy dpti trdpt sdkt darah keluar dri faraj sy

    Abul Harith : Wassalam Puan Ina, terima kasih atas soalan.

    Terdapat banyak kemungkinan punca darah yang keluar.

    Sama ada ianya sebahagian haid yang akan keluar (jika dekat dengan waktu haid) atau saki baki haid yang belum habis (jika baru sahaja tamat haid)

    Jika baru pertama kali atau masih baru melakukan hubungan intim, ia boleh disebabkan hymen (selaput dara) yang baru koyak.

    Selain itu, ia boleh disebabkan koyakan tisu pada dinding dalam faraj semasa hubungan. Punca yang lain adalah kanser.

    Jadi, sila berjumpa doktor jika keadaan berlanjutan dan menyakitkan.

    Terima kasih.

  11. salam..
    sy ada memakai pantiliner dr jenama biosilk.Setelah beberapa lama kemudian, sy mengalami kencing kotor dan tidak lawas.Alat sulit sy menjadi sakit apabila membuang air kecil.Sy b’jumpa dgn doktor dan doktor memberikan sy ubat anti kuman & ubt cecair utk melawaskan buang air kecil.Selepas dr kejadian itu sy menghentikan memakai pantiliner biosilk tersebut dan beli pantiliner laurier.Namun tidak lama kemudian, pantiliner laurier sy telah habis, sementara nak tnggu beli pantiliner baru, sy memakai pantiliner biosilk itu kembali.Kemudian mengalami kegatalan pd alat sulit pula.Di sini sy ragu2 kalau sy kena penyakit perempuan yg sering diperkatakan oleh emak sy.Di sini, sy mahu tahu apakah penyakit yg sedang sy hadapi?Dan bagaimana sy hendak mencegah dari kegatalan alat sulit sy ini berterusan?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Bunga, terima kasih atas soalan.

    Masalah yang berlaku pada Sdr. boleh berpunca dari kesan alergi atau iritasi dari produk pantyliner yang tidak sesuai. Ia akan membawa kepada jangkitan jika berlanjutan. Jadi, gunakanlah jenama yang sesuai mengikut perkiraan Sdr. Penukaran pad dengan lebih kerap dan menjaga kebersihan semasa jangkitan dapat membantu mengurangkan symptom tersebut. Sila berjumpa doktor jika masalah berlarutan.

    WaLLAHu a’lam.

  12. 1) adakah mani wanita meleleh atau memancut?

    2) adakah bila mazi keluar maka kemudiannya mani keluar bg wanita? kerana mengikut pengetahuan mani keluar ketika klimaks. maka mazi itu seperti muqadimah mani..

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. atas soalan.

    Mani wanita bewarna kuning nipis (jernih), tapi kadang-kadang berwarna putih. Ia keluar dengan rasa syahwat secara memancut diikuti rasa penat & letih selepas itu.

    Mazi wanita adalah putih jernih yang keluar dengan syahwat ataupun tidak. Ia tidak memancut & tidak diikuti rasa letih. Keluar mazi tidak semestinya diikuti keluar mani. Tidak wajib mandi junub kerananya.

  13. Tahniah kepada pihak yang bertanggungjawab mengadakan ruangan ini dan ianya sangat berfaedah dan sangat ilmiyah. Semoga Allah memberi kekuatan dan ditambahkan ilmu serta pahala oleh Allah Subhanahu Taala.

    Abul Harith : Terima kasih Puan Rohayati atas kunjungan.

    Moga laman ini memberi manfaat kepada Muslim & Muslimah keseluruhannya.

  14. Assalamualaikum

    Saya menggunakan perancang keluarga Mirena pd Januari 2009. Sejak itu kitaran haid sy tidak teratur. Kadang2 pendarahan berlaku selama 7 hari, sehingga 16 hari serta berselang seli dgn ’spots’ (sebelum & selepas pendarahan).
    Saya selalu keliru pada waktu saya sepatutnya mandi wajib.
    Semoga dapat membantu saya segera.
    Jazakallah kathiran.

    Abul Harith : Wassalam Puan, Syukran atas soalan.

    Puan perlu tahu purata hari Puan datang haid setiap bulan. Maka hari tersebut dikira hari haid yang jelas, dikecualikan dari solat & puasa, dan tidak perlu mandi wajib sehinggalah Puan benar-benar suci.

    Untuk hari yang berdarah secara tidak teratur (on-off) di luar masa kitaran haid yang Puan pasti, maka darah itu dikira istihadah. Puan perlu mandi wajib bila perlu dan tunaikanlah solat seperti biasa.

    WaLLAHu a’lam.

  15. salam….

    saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. baru2 ini saya dapati darah haid saya kurang daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1 ramadhan. malam itu saya bersama dengan suami.

    keesokan harinya pada waktu saya hendak solat zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur coklat. saya jadi bingung sama ada boleh solat dan meneruskan puasa atau tidak..

    adakah ianya dikira haid??

    Abul Harith : Wassalam Puan,

    Saya telah jawab soalan Puan sebagai posting baru. Sila rujuk;
    http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/08/23/keliru-haid-ketika-puasa/

    Tambahan dalam kes Puan, Puan perlulah yakin bahawa ia bukan haid ataupun haid. Jika tiada darah yang jelas, teruskan puasa macam biasa dan puasa dikira sah.

    WaLLAHu a’lam.

  16. salam..di sini sy terdapat kemusykilan tentang warna darah haid..boleh x dr tolong jelaskan..adakah cecair yg berwarna coklat pekat dikira sbg drah haid dah wajib untuk mandi wajib?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nur Adil,

    Darah haid kebiasaanya merah kehitaman atau merah coklat seperti yang digambarkan Sdr. Namun, kadang-kadang ia juga merah cair, keruh, mahupun kuning. Ulama berselisih apakah darah kuningan yang keluar itu dikira haid. Namun semua ulama bersetuju, apa sahaja warna darah yang keluar sewaktu tempoh haid, dikira sebagai darah haid.

    Apabila suci dari haid, maka wajiblah mandi janabah. Jika ini adalah kali pertama Sdr. mengalami pendarahan haid, maka berbincanglah dengan mereka yang lebih tua dan rapat dengan Sdr. seperti ibu, ustazah ataupun kaunselor.

    WaLLAHu a’lam.

  17. salam..
    saya seorg remaja yang musykil..
    seperti wanita yang lain, saya kerap mengalami keputihan dimana saja saya berada.. bolehkah saya teruskan ibadah seperti solat jika ia masih ada di pakaian dalam tersebut tanpa membersihkan pakaian dalam tersebut terlebih dahulu?adakah solat saya sah?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Ladyprincess. Terima kasih atas soalan.

    Sdr. perlu meneruskan solat seperti biasa. Namun kain yang dipakai perlulah suci dan bersih. Bahagian faraj juga perlu disucikan sepertimana Sdr. bersuci selepas membuang air kecil.

    Sdr. disarankan membawa kain khusus untuk solat. Selain itu boleh memakai pad yang boleh ditukar sebelum solat. Ini semua demi menjamin kesempurnaan solat.

    Jika keputihan itu berterusan dan tidak boleh dihentikan walaupun semasa solat, maka teruskanlah solat sehingga habis seperti biasa. Keadaan sebegitu dikira darurat, dan solatnya sah.

    WaLLAHu a’lam.

  18. salam,puan sy hrap puan prlu bntu sy.wlaupn ia agk slit ttapi sya prlu trus trng….sjak brunr 18 thn sy sring ke intrnet untuk mlihat perkra yg lucah,cnthnya seks,ktika sdang mlihat sy ada brsa sdikt geli d kamaluan,,dan tlah kluar sdikt ccair yng berlndir,apakah sy brdsa,,tlonglh sy mngatasinya

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nor Fatin, terima kasih atas soalan.

    Banyakkan mengingati ALLAH melalui ibadat kepada-NYA. Banyakkan berdoa dan bersolat agar diampunkan dosa. Berpuasalah untuk mengekang syahwat. Jika mampu, berkahwinlah seawal mungkin.

    Bergaullah dengan sahabat yang solehah. Banyakkan menyertai aktiviti luar yang bermanfaat bersama sahabat lain di luar. Binalah kehidupan yang aktif agar masa sentiasa terisi dengan perkara berfaedah.

    Jika masih sukar, jumpalah Ustazah atau kaunselor untuk dapatkan nasihat & bantuan.

  19. Assalamualaikum panel,
    Situasi sprt begini, saya belum berkahwin dan mempunyai msalah kekuningan dan selalu memakai pantyliner. Bangun dari tidur sy ker toilet utk membuang air kecil. Pada pantyliner tiada apa2 kesan cecair. Semasa saya membasuh bhgian sulit saya, terasa sprt ada lendiran tetapi sy tidak pasti status lendiran itu. seingt saya tidak ader pulak bermimpi bersetubuh. d sbbkan saya berpuasa pd hari itu dan ader prasaan was2 saya mandi wajib aje bg mengelakkan amalan sy tidak d terima. tp jika ini berulang bagaimana saya nak menghadapinya? Adakah jika tidak pasti, hukumnya adalah mazi?
    apakah hukumnya jika kita menganggap cairan yg kluar itu adalah mazi sdgkan ia nya adalah mani kerana tidak dpt membezakan antara dua…kadang2 ia menganggu ibadat saya memikirkan adakah ia mazi atau mani. lagi satu saya ader terbaca yg jika wanita blum berkahwin air mani hanya kluar d rahim. betul ker?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nur_iman111,

    Cecair yang keluar mungkin sama dengan apa yang telah dibincangkan di atas, iaitu masalah keputihan. Boleh jadi juga ia mazi yang keluar akibat keletihan. Sama ada mazi atau masalah keputihan, sucikanlah cecair itu seperti biasa dan teruskan solat dan puasa.

    Mani keluar dengan rasa syahwat, melalui pancutan disertai rasa lega. Jika pasti ia mani yang keluar akibat mimpi, maka boleh mandi wajib. Jika tidak, anggaplah ia sekadar mazi ataupun masalah keputihan.

    WaLLAHu a’lam.

    Semoga pihak panel dpt membantu saya. terima kaseh.

  20. assalamualaikum..

    bolehkah panel menyertakan dalil-dalil mengenai kewajipan untuk mensucikan keputihan sebelum bersolat..saya ada juga terdengar bahawa tidak perlu menyucikan keputihan tersebut.tapi dalil juga tiak ada..

    saya sebenarnya terasa terbeban untuk ke tandas bersuci terutama antara maghrib dan isya’ kerana selalunya program keagamaan penuh di surau.jika lebih2 lagi tandas sangat jauh dr surau..dan saya akan miss berjemaah jika sy pergi ke tandas tersebut..

  21. satu persoalan yg bermain diminda????
    apa sbnrny yg berlaku???
    pada saat malam pertama suami dan isteri melakukanny…
    xde darah yg keluar..sedangkn itulah kali pertama si isteri lakukan…
    boleh jelaskn.???
    sy xmahu disebabkan ini berlakuny pepecahan di dlm rumahtngga…sedangkn ini bkn salah siapa2 pun..

Leave a Reply