Soalan: Apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika dia mendapati pada malam perkahwinan bahawa isterinya tidak dara kerana tiada darah.
Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah
Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam tidak menyatakan sedemikian.
Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga sukar dikenalpasti. Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian. Apatah lagi mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.
Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.
Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.
ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ
“Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”
(Sûrah al-Nisâ’: 34)
Sumber : dialihbahasa dari http://islamtoday.com
Filed under: Fisiologi Wanita, Seksual
Salam Dr.
ana ada sdikit prsoalan..adakah seseorang muslimah yg aktif bersukan di wktu skolah dan remajanya dahulu boleh meneyebabkan kebarangkalian utk hymen koyak? klu ya, bagaimana utk kenalpasti dan mengatasi mslh trsebut?
Miss Zinnirah:
http://misszinnirah.wordpress.com
Abul Harith : Wassalam Sdr. Zinnirah, syukran atas soalan.
Selaput dara (hymen) adalah satu membran yang elastik di pangkal vagina. Ia boleh terkoyak disebabkan sukan aktif seperti menunggang kuda, gimbastik, hiking & lompat tinggi. Namun ada juga gadis yang tidak koyak walaupun terlampau aktif. Dan tidak dinafikan ada juga yang memang tiada hymen sejak lahir.
Satu-satunya cara untuk mengetahui selaput dara yang koyak adalah melalui pemeriksaan fizikal oleh doktor yang pakar.
Bagaimanapun, hymen yang koyak semasa bersukan & aktiviti lasak bukanlah bermakna gadis itu tidak dara lagi. Erti keperawanan sebenar dalam Islam adalah wanita yang terjaga dari hubungan seks luar nikah sehinggalah dia berkahwin dengan pasangannya yang sah.
WaLLAHu a’lam.