Soal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Wanita dan Kelahiran

1. Mengazankan bayi

Soalan: Apa yang harus diucapkan selepas bayi dilahirkan?

Jawapan: Hendaklah dilaungkan azan pada telinga kanannya seperti azan untuk Solat, sebagaimana yang dilakukan Nabi s.aw. ketika Hasan anak Fatimah dilahirkan, agar kalimat pertama yang masuk ke telinganya adalah kalimat takbir dan tauhid.

2. Solat Jenazah bagi Bayi Gugur

Soalan: Adakah bayi yang gugur wajib disolatkan?

Jawapan: Bayi yang gugur tidak perlu disolatkan kecuali jika dia lahir dalam keadaan hidup, meskipun hanya beberapa minit.

3. Hukum Menggugurkan Kandungan

Soalan: Sebahagian orang beranggapan bahawa menggugurkan kandungan dibolehkan asalkan janin belum berusia tiga bulan. Apakah pendapat ini benar? Apa yang harus dilakukan oleh orang yang membantu menggugurkan kandungan yang belum berusia tiga bulan, jika pada waktu itu dia belum mengetahui hukumnya? Adakah dia harus membayar kafarat pembunuhan satu nyawa kerana perbuatannya itu?

Jawapan: Pada dasarnya -menurut pendapat yang saya pandang kuat- menggugurkan kandungan tidak dibolehkan kecuali kerana uzur. Apabila dilakukan sebelum kandungan berusia empat puluh hari, maka hal itu masih ringan, lebih-lebih jika uzur, maka alasannya kuat. Adapun setelah kandungan berusia lebih dari empat puluh hari yang ketiga (iaitu 120 hari) maka tidak boleh digugurkan sama sekali.

4. Hukum Memasang Alat Cegah Hamil

Soalan: Bagaimana hukum memasang alat-alat kontrasepsi pada wanita dan lelaki untuk mencegah kehamilan, baik terhadap Muslim mahupun terhadap non-Muslim?

Jawapan: Tidak boleh, kerana hal itu sama seperti mengubah ciptaan ALLAH, serta termasuk perbuatan dan hiasan syaitan. Kecuali dalam keadaan sangat darurat, misalnya jika kehamilan membahayakan si ibu, sedangkan cara pencegahan lain tidak ada. Maka hal ini merupakan darurat kepada individu yang jarang terjadi, dan diukur dengan kadarnya, serta tidak boleh dijadikan kaedah atau amalan umum.

Sumber : disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’siroh oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi

17 Responses

  1. Dari sumber yg ana dpt, amalan ini tiada sandaran hadis yg sahih.

    Mereka yg menyokongnya berdalil dengan hadis berikut:

    Hadis 1

    “Dari Abu Rafi’ ia berkata : Saya pernah melihat Rasulullah s.a.w. membaca azan (seperti azan sembahyang) pada telinga Hussain apabila dia dilahirkan oleh Fatimah.” (Riwayat Imam Ahmad)

    Hadis ini diriwayatkan juga oleh imam Al-Hakim dan Al-Baihaqi. Imam Abu Daud dan Tirmizi dengan org yg dibacakan azan adalah Hasan, bukan Hussain. Hadis ini disahkan oleh Imam Tirmizi. Kemudia diriwayatkan pula oleh imam Abu Nu’aim dan Tabarani dengan lafaz

    “Beliau (Rasulullah s.a.w.) membaca azan pada telinga Hasan dan Hussain r.a.”

    Masaalah kepada hadis pertama ialah hadis yang diriwayatkan oleh imam2 tersebut melalui jalan ‘Ashim bin Ubaidillah, yang dituduh keras oleh Imam Syu’bah sebagai pendusta. Imam Bukhari, Abu Zarah dan Abu Hatim pula berkata bahawa riwayatnya mungkar. Imam Daraquthi berkata riwayatnya tidak boleh diterima sebab kelalaiannya. Imam Ibnu Khuzaimah berkata: Aku tidak suka berdalil dengan riwayatnya kerana ingatannya tidak kuat.
    Hadis ini juga dilemahkan oleh Imam Ibnu ‘Adi.

    Dengan alasan ini tertolaklah hadis ini.

    Hadis 2

    “Dari Hussain bin Ali bin Abi Tholib, dia berkata : Nabi s.a.w. pernah bersabda : Barangsiapa yang mempunyai anak yang baru dilahirkan, kemudian dibacakan azan pada telinga kanan dan iqamah pada teling kiri, dia tidakakan diganggu Ummu Syibyan.” (Riwayat Abu Ya’la)

    Imam sayuti telah melemahkan hadis ini dalam kitabnya Al-Jami’ush-Shaghir (juz 2, muka 182)

    Kesimpulan yg ana ambil, azan hanya untuk panggilan sembahyang. bukan anak kecil.

    Adakah keterangan ini sahih dan kesimpulan yg ana ambil betul?
    Minta pencerahan.

  2. Mengazankan bayi

    banyak pendapat menyatakan perkara ini bid’ah.
    ruj: lihat soal-jawab A. Hassan

  3. As-Salamua’laykum…

    Syukran kepada Sdr. FAZH & Sdr. Haikal atas makluman & pembetulan.
    Ana mengambil pendekatan sepertimana Imam Syafie, “Jika sahih suatu hadith itu, itulah mazhabku”.
    Maka, hujah anda berdua semestinya lebih tepat dan diterima pakai.
    Di pihak ana, ana telahpun menyertakan sumber untuk rujukan dan ana akui edisi dari Fatawa Mu’asirah al-Qaradawi yang ada pada ana yang belum ditahqiq hadithnya. Ana mohon berlepas diri dari RABB al-JALIL akan kesilapan ini kerana telah pun berusaha untuk menyampaikan ilmu ini dengan amanahnya.
    WaLLAHu a’lamu bima Shawab, WabiLLAHi Taufiq.

  4. :Salam:
    Isk, Mereka yang kata mengAZANkan bayi itu bid3ah dholalah adalah mereka yang cetek pemahaman mereka tentang apa itu bid3ah dholalah. Kena faham betul2 apa itu bid3ah, jangan main bedal sahaja menghukum sesuatu itu bid3ah.

    Syeikh Yusof Qardhawi keluar fatwa dalam kitab, bahawa mengazankan bayi itu HARUS. Jangan sekali2 disangka Syeikh Mujtahid Zaman Kini itu ketika tulis kitab tidak rujuk kitab hadis, tidak baca pelbagai riwayat yang ada bagi satu hadis. Menghukum wajib atau terlarang sesuatu perkara bukan hanya berdasarkan satu hadis, inikan pula apabila menghukum suatu benda HARUS. Asal setiap perkara adalah HARUS kecuali ada dalil jelas mengHARAMkan atau meWAJIBkan.

    Apa dalil jelas mengAZANkan bayi itu bid3ah dholalah bertentangan dengan syari3at dan terlarang?

  5. Ada hadis yg menunjukkan Rasulullah saw azankan cucu2 baginda semana baru lahir..bleh rujuk balik.

  6. Wassalam & Syukran kepada Sdr. HangLekiu & Ahmad Farid,

    Berkenaan dengan status hadis ar-Rasul s.a.w. mengazankan cucunya, ianya telah pun diterangkan oleh respon Sdr. FAZH dengan jelas. Jika Sdr. ada tashih (hujah yang mensahihkan hadis) tersebut, harap boleh diutarakan untuk manfaat bersama.

    Dalam membahaskan soal hukum hakam syariat Islam, mizan (neraca pertimbangan) bukanlah dengan menyandarkan suatu hujah itu kepada ulama’ atau tokoh. Prinsip kita sebagai Muslim yang cermat, prihatin dan ikhlas dalam mempertahankan kesucian syariat Islam ialah “La Tanzhuru al-Haq bir-Rijal, I’rifi al-Haq, Fa Ta’rifu r-Rijal”. (Janganlah kamu menilai kebenaran itu dengan melihat orangnya, ketahuilah kebenaran [dahulu], maka kamu akan tahu [kebenaran] orang itu). Saya adalah seorang yang amat mengagumi ketokohan dan arif sumbangan Syeikh al-Qardawi selaku Mujtahid zaman ini, namun perlu kita akur bahawa tiada seorang pun ma’sum, terpelihara dari dosa dan silap melainkan Nabi s.a.w. Dan boleh jadi walaupun tokoh / ulama’ itu tak tersilap, namun tiada siapa yang sempurna dan mengetahui semua hal 100%. Maka sikap kita dalam isu ini, kita berterima kasih atas usaha tokoh tersebut menyampaikan ilmu & kebenaran Islam dan kita memohon ampun baginya andai ada kesilapan & kelupaan yang tak disengajakan dipihaknya. Kita ambil manfaat selagi ianya benar dan moga ALLAH menganjarinya. Dan andai datang hujah kebenaran yang lebih terang dari kitab al-Quran & as-Sunnah, maka sewajarnya kita akur dengan hal tersebut.

    Seterusnya, kaedah “Asal setiap perkara adalah harus melainkan ada dalil jelas yang mengharamkan atau mewajibkan” tidak terpakai dalam hal ini. Ia hanya diterima pakai dalam isu yang melibatkan mua’malah, halal haram dan urusan dunia yang umum. Dalam hal ibadah sebegini, kaedah yang diguna adalah “Asal setiap amalan ibadah itu adalah HARAM melainkan jika ada dalil yang mengharuskan, membenarkan ataupun mewajibkannya.” Maka, kita tidak disuruh dan tidak boleh mengganggap semua amalan adalah ibadah walaupun baik, sehinggalah ada dalil yang membenarkannya. Kaedah-kaedah fiqh ini diulas dengan lanjut oleh Syeikh al-Qardawi dalam bab-bab awal dalam bukunya ‘al-Halal wal Haram fi al-Islam’. Semua pengunjung disyorkan menelaah buku ini.

    Moga apa yang yang diterangkan memberi pencerahan & manfaat kepada semua. WabiLLAHi Taufiq, Wassalam.

  7. :SaLam KemBali:

    Saya menghormati dan kagum dengan huraian FAZH tentang hadis dan ilmunya, dan tiadalah saya layak untuk berhujah berkenaan tashih hadis tersebut kerana bidang ini bukanlah bidang pengajian saya jauh sekali…

    Saya lebih berminat untuk membincangkan tentang sunnah mengazankan bayi di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri:-
    Ternyata sunnah dan galakan (bahkan disebut sebagai ADAB menyambut bayi) dengan azan dan iqamah ini bukan datangnya dari Syeikh Qaradawi seorang malah saya dapati turut disepakati oleh JAKIM juga oleh Persatuan Ulama’ Malaysia, PUM, yang saya kira mengambil kira pandangan ramai sekali ulama (tulen). Saya amat musykil bagaimana begitu ramai sekali ahli ilmu boleh tersilap semuanya dalam permasalah ini (kalau mengikut huraian saudara).

    Dalam membahaskan soal hukum hakam Islam, saya kira benar bahawa neraca kita bukanlah bersandarkan kepada ulama’ atau tokoh semata2, malah saya kira bukan juga berdasarkan pemahaman terhadap hadis (satu/dua hadis sahaja) tanpa kepakaran dalam ilmu2 alat (untuk mengeluarkan hukum). Berkenaan perkara ini saya suka mengajak saudara mengambil iktibar daripada sikap Imam Malik yang banyak menjawab XTAHU apabila disoal tentang hukum.Rujuk Sini.

    Dan bicara saudara bahawa melainkan Nabi, semua orang boleh jadi TERsilap kerana semuanya tidak ma’sum; maka saya kira diri saya dan diri saudara juga tidak ma’sum malah mungkin lebih TERalpa, TERsilap, TERpesong dalam semangat berkobar2 menyampaikan Islam; berbanding orang alim seperti tokoh Dr Yusoff Qardawi. Moga diampunkanNya! Suka untuk saya kongsikan kisah perdebatan Dr Sa3eed Ramadan alBouty dengan orang yang tidak mahu bermazhab; pandai2 sendiri atau ikut imam mujtahid? Atau kata2 Syeikh alBani sendiri.

    Berkenaan kaedah “asal setiap perkara adalah harus melainkan ada dalil jelas yang mengharamkan atau menghalalkan”, saya telah merujuk kitab Halal wal Haram Fil Islam karangan Dr. Yusuf Qardawi. Cuma ingin saya tambah sedikit bahawa kaedah yang disebut itu berada pada Bab 1 berkenaan Mabadi’ Islam fi sya’ni halal wal haram, yakni ASAS2 Islam dalam soal Halal Haram, dan saya dapati perbincangannya amat ringkas. Untuk betul2 memahami kaedah ini serta aplikasinya saya syorkan baca kitab yang mengkhusus tentang Qawaid Feqh. Saya kira cukuplah sekiranya saya perturunkan disini petikan khutbah Jumaat daripada Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS berkenaan bidaah.(akhir dan hujung post)

    Moga apa yang yang diterangkan memberi pencerahan & manfaat kepada semua. WabiLLAHi Taufiq, Wassalam.

  8. Salam,

    Syukran kepada Sdr. HangLekiu atas maklumat untuk perkongsian dan manfaat bersama. Saya amat menghargai kesungguhan Sdr. yang mengemukakan dalil dan hujah dari penyelidikan Sdr.

    Sejak awal lagi, saya tidak pernah memberi kata putus dengan melulu mengatakan mana-mana pihak betul, salah, bidaah dan sebagainya. Selagimana semua pihak mempunyai hujah, dalil dan mengikuti manhaj, ruh dan prinsip ilmiah dengan sebenar-benarnya, terserahlah kepada mereka untuk memilih apa yang mereka yakini. Yang kita risaukan, adalah sikap mengikut secara membuta tuli.

    قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً (84) سورة الإسراء
    Katakanlah: “Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing”. Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

    Syukran, Wassalam.

  9. ASSALAMUALAIKUM..
    HANG LEKIU. SECARA JUJURNYA, KAMU MENAMPAKKAN KESUNGGUHAN PADA KALAM. AKU TIADA NAMPAK PADA PERBINCANGAN KAMU MELAINKAN MEHEBAHKAN KEHEBATAN. YAA…. KAMU HEBAT PADA MENELAAH, TAPI FAQIR PADA MENYAMPAIKAN APA YANG PERLU DISAMPAI. YANG JELAS AKU NAMPAK, KAMU MENGUTIP ILMU DARI APA YG TERCAPAI KEMUDIAN MEMPERAGAKANNYA DI KHALAYAK SAMBIL CUBA MENNGANGKAT KETINGGIAN ILMUMU. itulah kebodohan org2 yang berilmu.

  10. Wassalam,

    Sdr. Saladen, saya menghormati pendirian Sdr., Dalam tradisi keilmuan, memang sepatutnya kita bertegas dengan kebenaran, namun kita mestilah beradab dalam menegakkannya.

    Saya menganjurkan perbincangan ilmiah di laman ini. Harap dijauhkan sekali dari emosi, rasa & fanatik. Martabatkanlah fakta, angka, hujah dan dalil terutamanya dari al-Quran & as-Sunnah. Begitulah pendirian kita sebagai akademik.

    Mempunyai perdebatan & perbincangan di arena akademik adalah satu yang harmoni dan sihat yang akan menyuburkan keilmuan Islam. Justeru, saya menyeru kepada semua agar bertindak sebagai ahli penyelidik yang professional, tidak taksub dan berhemah dalam menyampaikan.

    Saya mohon keampunan ALLAH untuk diri saya dan semua pengunjung laman ini. Tiada apa yang saya harapkan melainkan manfaat buat semua dari isi laman ini. Moga ALLAH memelihara kita semua.

    Wassalam.

  11. saya berumur 24 tahun dan sudah berkhawin.bagaimanakah untuk mengatasi masalah payudara yang tidak mengeluarkan puting, tetapi apabila disentuh atau menerima rangsangan barulah puting akan muncul.adakah ini akan berterusan….

    bagaimana untuk mengatasi masalah semasa persetubuhan apabila terlalu geli sehingga tidak dapat meneruskan seks.

  12. Wassalam Sdr. Mimi & terima kasih atas soalan.

    Mengenai masalah seks Sdr., cara pengurusannya mungkin lebih kepada kaedah psikologi. Maka, Sdr. disyorkan mendapat khidmat nasihat dari pakar yang lebih arif. Konsultansi secara langsung lebih elok kerana Sdr. boleh menceritakan masalah Sdr. dengan lebih terperinci dan pakar tersebut boleh memberi jawapan secara khusus tentang hal tersebut. Antara tempat yang menawarkan khidmat nasihat dalam hal ini adalah Klinik Nur Sejahtera dibawah kelolaan Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara yang terletak di Jalan Raja Laut dan mempunyai cawangan di negeri lain. Boleh rujuk http://www.lppkn.gov.my/BM/.

    Berkenaan soalan Sdr. mengenai puting payudara, saya sekadar melampirkan jawapan dari seorang pakar sakit puan di bawah ini;

    WALLAHu a’lam.

    “BERJUMPALAH doktor untuk kepastian mengenai keadaan anda. Mungkin anda mempunyai puting payu dara tetapi tersorok ke dalam.

    Keadaan ini dinamakan inverted nipple. Jika benar, ia boleh dibetulkan namun teknik ini memerlukan kesungguhan dan kesabaran.

    Anda boleh mencuba meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di bahagian areolar pada sempadan luar pangkal kawasan puting sepatutnya terletak, kemudian menggerakkan kedua-dua jari terbabit ke arah bertentangan untuk “membuka” kawasan puting dan membolehkan puting timbul keluar.

    Pada awalnya, puting mungkin termasuk semula ke dalam, namun lama-kelamaan ia akan kekal berada terkeluar daripada permukaan kawasan terbabit. Ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan, ia memerlukan ketekunan.

    Anda boleh mengamalkannya pada waktu lapang seperti sewaktu mandi atau hendak tidur. Inverted nipple lazimnya suatu keadaan yang tidak bahaya, ia juga tidak menghalang penyusuan badan sekiranya menggunakan teknik yang betul.

    Ada juga keadaan puting ini sebenarnya termasuk ke dalam akibat tarikan oleh tisu fibrous di dalam payu dara, ini mungkin memerlukan sedikit pembedahan membebaskan tarikan berkenaan.”

    Kemuskilan ini dijawab oleh
    Dr. Adilah Ahmat
    Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

  13. saya bersama suami 5 hari sebelum tarikh datang haid..tapi selepas bersama hingga kini masuk bulan ke 2…saya tidak datang haid apakah saya hamil ? tapi suami saya pancut di luar faraj…

    Abul Harith : Terima kasih Puan Shera atas soalan.

    5 hari sebelum datang haid adalah tempoh subur. Hubungan seks pada waktu ini boleh membawa kepada kehamilan.

    Ketiadaan haid selama 2 bulan adalah petanda Puan hamil. Walaupun suami Puan mengamalkan pancutan luar rahim, namun masih ada kemungkinan sperma sudah terpancut ke dalam rahim sebelum sempat dikeluarkan. Ia juga boleh berlaku disebabkan sperma yang masih ada apabila hubungan seks disambung semula. Teknik memancutkan mani di luar rahim bukan 100% berkesan untuk mengelakkan kehamilan.

    Puan dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan samaada tiada haid kerana sebab penyakit ataupun sedang hamil. Tahniah sekiranya Puan hamil.

    WaLLAHu a’lam. Wassalam.

  14. hadis azan adalah thaif

    Abul Harith : Syukran Sdr. Farah atas keprihatinan tentang hadith di atas. Ianya telah dibincangkan melalui komen yang ada di atas.

  15. hai..saya sudah berkahwin 6bulan.namun sehingga kini saya belum hamil.sebelum ini,haid saya teratur sehingga 2bulan yang lalu,haid saya lambat.saya membuat ujian kehamilan tapi negatif.setelah itu,saya telah haid tapi darahnya hanya sedikit (1hari)dan cair.begitu juga bulan seterusnya..boleh doktor jelaskan apa masalah saya?

    Abul Harith : Wassalam Puan Aleesya,

    Puan boleh berjumpa pakar sakit puan atau O & G di mana-mana hospital untuk pemeriksaan. Berdasarkan cerita Puan, boleh jadi Puan telah mengandung 2-3 bulan. Pregnancy test strip yang dijual di farmasi tidak semestinya menunjukkan keputusan tepat jika kita sudah mengandung lebih 2-3 bulan.

    WaLLAHu a’lam.

  16. assalam’ualaykum.
    saya ingin bertanya satu soalan tentang masalah wanita.
    saya baru habis tempoh haid. pada hari ke-7 memang benar2 tiada lagi darah yang keluar dan saya telah pun mandi wajib dan menunaikan kewajipan seperti solat.. tapi pada hari ke-10, keluar cecair pekat berwarna coklat daripada kemaluan saya. tapi cecair itu diyakini bukan darah. saya musykil, adakah saya masih dikira haidh (kerana belum melebihi tempoh maksimum haidh iaitu 15 hari)? buat pengetahuan pihak berkenaan, saya memang biasa mengalami keputihan, tapi selalunya ia berwarna kuning cair dan tidak begitu banyak. harap kemusykilan saya akan terjawab.
    terima kasih. wassalam.

  17. salam, bg saya azan betullah mengikut pandangan Dr. Yusof qardhawi, ia adalah harus. kerana buat pun tak ape, tak buat pun tak pe. Cuma dalam budaya orang melayu, untuk mengelakkan dibacakan dengan mantera yang tiada asas dan budaya yang tiada asas, lebih baik digunapakai kaedah ini.
    Benda ini boleh menjadi bidaah sekiranya kita berniat azaan dan iqamah tu wajib.sebab tiada sebab kukuh yang mewajibkannya.

Leave a Reply