Gugurkan Bayi Kerana Sakit & Cacat

Soalan : Adakah dibenarkan untuk menggugurkan bayi atas perkiraan dia mengalami penyakit genetik atau pun cacat kekal apabila lahir? Bagaimanakah hal ini boleh ditentukan?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian makmal dan klinikal bahawa janin (fetus) itu tidak normal, terjejas teruk, tidak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur empat bulan (120 hari).

Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.

Ini adalah kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12 pada 15 Rejab 1410 H, oleh pandangan pendapat majoriti.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

19 Responses

  1. Saya ingin bertanyakan soalan dimana saya akan dipaksa bersalin atau inducee bagi mengeluarkan janin dimana usia kandungan saya 18 minggu atau 4 bulan setengah. di mana ia telah disahkan oleh sepasukan pakar yang mengatakan janin dalam kandungan mengalami kecacatan kekal dimana walaupun dialahirkan ia tidak dapat hidup dengan kata lain akan meninggal sebaik saja lahir. apakah hukumnya?

  2. Wassalam Puan Idailani,
    Terima kasih atas soalan dan penerangan puan yang sangat jelas.

    Sebelum menjawab soalan puan, perlu dijelaskan bahawa ‘induced abortion’ adalah pengguguran yang dilakukan dengan sengaja menggunakan rangsangan dadah ataupun paksaan mekanikal. Ia boleh dilakukan kerana pilihan sendiri ataupun tujuan perubatan. Pilihan sendiri untuk menggugurkan adalah HARAM di sisi Islam. Namun,
    ‘induced abortion’ diizinkan atas tujuan perubatan ‘therapeutic abortion’ sebagaimana berikut;

    1. menyelamatkan nyawa perempuan mengandung
    2. menjaga kesihatan fizikal & mental perempuan
    3. menghentikan kehamilan yang membawa kelahiran bayi yang berisiko cacat kekal, seterusnya menyebabkan penyakit kronik atau kematian pada bayi.
    4. memilih untuk mengurangkan jumlah janin untuk mengurangkan risiko kesihatan apabila terdapat kehamilan janin yang banyak ‘multiple pregnancy’

    Puan memang dibolehkan bersalin paksa berdasarkan alasan No. 3, dan mungkin juga alasan No. 1 & 2 boleh diguna pakai dalam kes puan. Apatah lagi, mengikut keterangan puan yang ada, puan memang boleh meneruskan prosedur tersebut kerana memenuhi syarat-syarat berikut;

    1. ia telah disahkan oleh sepasukan PAKAR yang mengatakan janin dalam kandungan mengalami kecacatan kekal
    2. ia juga telah disahkan oleh PAKAR bahawa bayi tidak dapat hidup atau akan meninggal sebaik saja lahir.

    Dalam kes ‘therapeutic abortion’ seperti puan ini, keputusan tidak boleh disandarkan dengan soal umur kandungan sebagai pertimbangan. Walaupun ada pandangan ulama’ melarang pengguguran selepas 120 hari, namun kes puan tidak tertakluk dengan pendapat ini kerana keadaan janin yang tidak normal dan mungkin membahayakan kesihatan puan.

    Namun, dinasihatkan puan mendapatkan pandangan kedua dari pakar terutamanya dari doktor Muslim yang amanah. Bincangkan tentang risiko dan kaedah terbaik sama ada menggugurkan terus ataupun tunggu sahaja bersalin secara biasa. Tanyakan juga method terbaik dalam melaksanakan prosedur ini. Yang penting, kesihatan puan tidak terjejas.

    Saya doakan moga puan selamat menjalani prosedur tersebut dan agar dimurahkan rezeki dengan kehadiran zuriat lain di masa depan. Syukran. WabiLLAHi Taufiq, WaLLAHu A’lam. Wassalam..

  3. saya ingin berkongsi sekaligus meminta pendapat tuan dengan apa yg saya rasakan sekarang. saya mengandung anak kelima (yg ada 2 lelaki dan 2 perempuan) pada 2008. semasa usia kandungan 28 minggu bayi saya disahkan cacat iaitu tiada tempurung kepala. doktor memberitahu yang anak saya hanya akan hidup antara 1 hingga 2 jam sahaja walaupun saya meneruskan kandungan. Perasaan terkejut dan sedih benar2 menghantui saya. Doktor memberi cadangan supaya melahirkan anak saya lebih awal. saya mengambil masa selama 1 bulan mengeluarkan bayi tersebut.Apabila bayi saya lahir ,bayi saya terus meninggal. ..yang saya kesalkan mengapa saya melakukan itu? sepatutnya saya kandungkan dia hingga dia bersedia untuk lahir sendiri. saya telah membunuh bayi saya sendiri. mengapa saya memendekkan umur bayi saya…… saya benar2 kesal dan berharap agar tiada wanita lain yg melakukan kesilapan seperti saya……

    Wassalam Puan Imon & terima kasih kerana sudi berkongsi.
    Takziah atas apa yang menimpa kandungan Puan.

    Namun, Puan disarankan agar tidak kesal & kecewa dengan keputusan yang dibuat. Tindakan Puan bukanlah suatu kesalahan dan diharapkan ia tidak menghantui hidup Puan. Anggaplah ia sebagai taqdir dari ALLAH yang lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

    Saya yakin pihak doktor telah menyiasat secara teliti dan membuat keputusan terbaik untuk Puan dan juga kandungan Puan. Kes ini dinamakan anencephaly iaitu ketiadaan tulang tengkorak dan sebahagian otak. Ia berlaku bermula minggu keempat kehamilan kerana kecacatan perkembangan tiub saraf (neural tube) pada bayi. Sama ada digugurkan mahupun dibiarkan lahir, bayi tersebut tidak mampu hidup.

    Semoga Puan sentiasa tabah dan saya mendoakan agar Puan dikurniakan dengan zuriat soleh solehah di masa hadapan.

  4. Duhai Puan Imon

    Usahlah dikesali perkara tersebut.
    apabila bayi puan telah disahkan mengidap ketiadaan tempurung kepala atau dikenali sebagai anencephaly, sememangnya cara yang terbaik ialah menggugurkan bayi Puan atas kerana bayi Puan sememangnya tiada harapan untuk hidup. Tujuan para Doktor menggugurkannya denga lebih awal kerana atas beberapa faktor; –

    1) untuk mengelakkan kesan psychology yang teruk kepada Puan jika Puan meneruskan kandungan yang tak normal.
    2) supaya Puan dapat membuat persediaan yang lebih awal untuk kandungan seterusnya yang Insyallah kandungan yang normal.
    3) Untuk mengelakkan komplikasi mengandung. Kita tahu mengandung boleh menyebabkan ibu kurang darah, sakit pinggang, lemah badan, pendarahan. Kalau kandungan disahkan tidak dapat hidup, buat apa nak ditanggung semua komplikasi tersebut.

    Bersabarlah Puan, mungkin ini salah satu asbab yang Allah berikan untuk Puan dipilih menjadi penghuni syurga.
    Allah SWT berfirman pada harui kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam surga!” Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi:
    “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian kedalam surga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.” (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)

    Abul Harith : Terima kasih Dr. Farhan atas perkongsian hadis Qudsi tersebut. Moga memberi ketenangan buat Puan Imon dan ibu-ibu yang lainnya.

  5. asslkm.
    saya cewek berumur 17 tahun, saat ini saya sedang hamil lebih kurang 11 minggu. tapi tuan saya belum menikah. saya ingin menggugurkannya, dengan alasan saya karna saya tidak ingin kecewakan orang tua saya, karna mereka berharap ama saya, saya dapat kuliah dan mencapai cita-cita saya. menurut tuan bagaiman?>

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Ziah. Terima kasih atas perkongsian.

    Saya akan menjawab soalan Sdr. secara jujur mengikut apa yang dianjurkan agama demi kebaikan agama, maruah dan nasab Sdr.

    Pertama, zina (bersetubuh di luar pernikahan) adalah HARAM sama sekali dan merupakan dosa di sisi agama. Justeru, saya menyeru Sdr. untuk menginsafi ketelanjuran ini dan bertaubat sebenar-benarnya. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengasihi hamba-NYA dan pintu taubat sentiasa terbuka.

    Kedua, menggugurkan kandungan tanpa sebab samalah seperti membunuh insan lain. Ia juga adalah HARAM dan dikira dosa besar di sisi agama.

    Maka, cukuplah dengan satu kesilapan. Jangan buat kesilapan kedua dengan sangkaan untuk menutup kesalahan pertama. Ia hanya merumitkan keadaan dan menambahkan dosa. Walaupun kita mampu berselindung di dunia, namun takutlah azab ALLAH dan api neraka menyala yang membakar di Akhirat kelak.

    Saya tidak menghukum Sdr., saya sekadar menyatakan kaedah dan hukum agama. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui keadaan hamba-NYA.

    Oleh itu, saya cadangkan Sdr. berbincang dengan baik dan berterus terang dengan teman lelaki termasuk kedua-dua pihak keluarga. Dapatkan sokongan ibu, ayah dan ahli keluarga lain. Jika mampu, berkahwinlah agar teman lelaki Sdr. boleh bertanggungjawab atas kandungan Sdr.

    Jika Sdr. berselindung, lambat laun hal ini akan diketahui oleh keluarga jua dan akan merumitkan lagi keadaan di masa depan.

    Moga ALLAH memudahkan urusan Sdr.

    WaLLAHu a’lam.

  6. terima kasih untuk tuan abul harith dan dr hadi,

    baru hari ini saya berkesempatan ke ruangan ini, terimakasih atas segala nasihat yang di beri, baru kini saya merasa agak tenang apatah lagi pada 13 jun lepas,arwah bayi saya genap setahun.

    sememangnya saya tidak pernah meluahkan segala keperitan saya ini pada sesiapa walaupun pada suami saya. Membaca nasihat dari kalian membuatkan air mata saya mengalir lagi, tapi bebanan perasaan saya semakin berkurangan .

    untuk saya mengandung lagi mungkin tidak, kerana suami tidak mengizinkan.

    Abul Harith : Sama-sama Puan Imon.

    Saya bersyukur respon sebahagian pengunjung memberi ketenangan dan semangat buat Puan.

    Insya-ALLAH, sesungguhnya terdapat bahagian yang lebih bermakna buat Puan & arwah bayi Puan di sisi ALLAH di Akhirat sana. Semua milik kita di dunia hanyalah pinjaman, dan akan kembali kepada-NYA jua. Ianya hanyalah kehilangan sementara yang akan diganti dengan janji agung ALLAH seperti hadith yang dinyatakan.

    Bagaimanapun, saya berharap Puan tidak putus harapan dalam meneruskan hidup seperti mana ibu yang lain. Puan boleh berbincang dengan suami dan bertemu doktor untuk mengetahui perkembangan Puan. Mungkin masih ada peluang untuk mempunyai zuriat seterusnya.

    Saya mendoakan semoga Puan terus dirahmati ALLAH dalam segala urusan hidup Puan.

    Wassalam.

  7. Puan Imon,

    Sebenarnya saya juga mempunyai pengalaman yang sama seperti puan imon. apabila membaca crita puan rasa sedih saya timbul kembali kerana teringat bayi saya yang telah juga saya gugurkan kerana mendapat penyakit yang sama. Sebenarnya untuk wanita yang telah mempunyai anak yang sihat seramai 5 orang dan telah berumur 39tahun memang agak sukar untuk menerima berita seperti ini tambahan pula penyakit ini tidak pernah saya dengar sebelum in. Namun begitu saya bersyukur kepada allah s.w.t keranamengerakkan hati saya untuk membuat ’scan’ kepada baby seawal kandungan 4 minggu. pada usia kandungan 12 minggu sekali lagi saya di beritahu ’shape’ kepala baby saya nampak tidak normal tapi saya kurang percaya sehinggalah saya membuat 3D scan pada usia 15 minggu dan Dr mengesahkan bby saya tiada tempurung kepala. saya dan suami amat terkejut , seminggu kami meratapi ‘ujian’ yang allah turunkan kepada kami. Namun kami redha. Atas nasihat dr yang mana ianya sama seperti yg di katakan oleh Dr Farhan dan Abul Harith , kami mengambil keputusan ‘melepaskan’ nya pada 2 Jun 2009 yang lalu. dan semasa komen ini ditulis saya masih lagi dlm keadaan ‘berpantang’. saya memang sedih apabila suami beritahu baby saya cukup sifat iaitu lelaki dan dia sangat comel, berbadan bidang dan tinggi. 4 hari pertama fikiran saya amat berkecamuk dengan rasa bersalah kerana merasakan saya tidak memberi peluang untuk dia hidup dalam perut saya, sama seperti yang puan rasa. Tapi saya menjadi tenang bila membaca banyak pendapat yg mengatakan ianya adalah wajar.
    Sekarang saya berdoa agar allah s.w.t akan mengizinkan saya memperolehi seorang lagi anak yang sihat kali ini dan saya akan cuba berusaha menebus apa yang telah berlaku. Jika terdapat kesilapan yang telah di lakukan.
    Jadi puan, kita mendapat ujian yang sama , dan saya berdoa agar perkara ini tidak akan menghantui kita selamanya.

    Abul Harith : Terima kasih Puan Lina atas perkongsian pengalaman.

    Berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikul. Hanya TUHAN yang mampu memahami situasi yang dialami Puan Lina & Puan Imon.

    Saya kagum dengan semangat Puan untuk meneruskan hidup seperti biasa & berazam untuk mempunyai zuriat lagi. Insya-ALLAH, segalanya akan dipermudahkan ALLAH. Kes anenchepaly adalah kecacatan kebetulan, dan tidak mempengaruhi kandungan seterusnya.

    Semoga hidup Puan dirahamati ALLAH dengan kebahagian bersama keluarga dan anak-anak yang sihat yang telah ataupun bakal lahir.

    Wassalam.

  8. kesan drp menggugurkan kandunagan???? makanan apaka yang tak bole di makan dan yang harus di makan….bagi membersihkan dalaman

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Bee atas soalan.

    Kesan daripada pengguguran yang bahaya adalah sepsis & shock. Sepsis disebabkan jangkitan bakteria, sel tisu yang mati yang menghasilkan toksin yang mencemarkan seluruh sistem badan. Shock disebabkan kehilangan darah akibat pendarahan tidak terkawal.

    Ini semua boleh berlaku terutama jika seseorang yang melakukan keguguran paksa di klinik yang tidak bertauliah. Biasanya akibat terlanjur sehingga mengandung.

    Tiada makanan spesifik bagi membersihkan dalaman. Rawatan tradisonal mungkin ada yang berkesan, tapi mungkin juga dapat memberi mudarat. Maka berhati-hati dalam hal ini.

    WaLLAHu a’lam.

  9. saya agak terperanjat dengan pengalaman puan imon & puan lina. saya tidak pernah mendengar apa itu anenchepaly. mengapa terjadinya anenchepaly? apakah mereka berpeluang untuk mengandung lagi dan memiliki anak yang normal ?

    puan sofea

    Abul Harith : Wassalam Puan Sofea, terima kasih atas soalan,

    Anenchepaly (tiada tempurung kepala) adalah kecatatan sewaktu perkembangan bayi dalam kandungan. Maknanya, tempurung kepala & otak tidak berkembang sepenuhnya.

    Ia bukan keturunan. Jika pernah ada kes keguguran kerana anenchepaly, dia masih boleh mengandung lagi dan mempunyai anak yang normal.

    Boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Anencephaly untuk maklumat asas kes ini.

  10. salam…
    saya ade seorang kawan yg kemungkinan mengandung sebelum bernikah..

    persoalan saya, bagaimana mahu memastikan anak yang dikandung itu adalah anak siapa??

    ada tidak cara lain bagi mengetahui gen bayi selain dari DNA??

    terima kasih

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Reen,

    Tiada kaedah lain mengetahui bapa bayi tersebut melainkan bawa orang yang bertanggungjawab berjumpa keluarga perempuan tersebut.

    Mengandung sebelum nikah adalah akibat zina yang sememangnya dilarang keras agama.

    Cara terbaik, ialah mencari si ayah untuk bertanggungjawab atas perbuatannya. Pujuk sahabat anda bekerjasama demi kebaikannya. Jika tidak, laporkan pada polis sahaja.

    WaLLAHu a’lam.

  11. sy hanya ingin berkongsi pengalaman diruangan ini,sy skrg hamil kali ke dua dan usia kandungan sy 5bulan,kandungan pertama sy gugur pd 3bulan, ini kerana sy disahkan rahim sy tidak kuat. bl sy disahkan mengandung kali ke dua sy terus berusaha menjaga sebaik yg mungkin dan sy cuba dengan perubatan Hemeopati.pada pandangan tuan pada perubatan Hemeopati adakah ia satu inisiatif baru selain perubatan moden?

    Abul Harith : Wassalam Puan Baizura,

    Secara peribadi, saya tidak menggalakkan tindakan untuk mengambil ubat homeopati yang tidak pasti keberkesanan dan keburukannya. Ia samalah seperti Puan membeli apa-apa ubat di farmasi atau kesan malam dengan risiko Puan sendiri.

    Saya syorkan agar Puan berjumpa pakar O&G di mana-mana hospital dan meminta nasihat, pemeriksaan & rawatan khusus. Ceritakan masalah lampau Puan. Insya-ALLAH, mereka akan memberi perhatian terbaik.

    Saya doakan Puan akan melahirkan anak yang sihat sejahtera.

  12. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya seorang ibu kepada seorang bayi perempuan yang akan berusia 7 bulan genap hujung Julai ini. Dalam pada masa yang sama, saya didapati positif mengandungkan anak kedua (akhir period saya adalah lebih kurang 25 Jun 09). Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.

    Masalah yang saya hadapi adalah;
    1. Kelahiran yang terdahulu adalah melalui pembedahan kerana foetal distress. Tarikh kelahiran 31 Disember 08.
    2. Jarak kelahiran terdahulu dengan kandungan sekarang lebih kurang 7 bulan.

    Persoalan saya;
    1. Adakah saya akan selamat mengandungkan anak saya ini sedangkan saya masih lagi baru melalui proses pembedahan? Saya masih terasa kesakitan akibat daripada proses pembedahan itu dan kesan luka pada rahim serta perut.
    2. Kuatkah rahim saya untuk mengandungkan anak kedua ini akibat kesan daripada pembedahan itu?
    3. Adakah menggugurkan kandungan ini satu opsyen yang dibolehkan kepada saya?

    Terima kasih atas perhatian tuan atas permasalahan saya ini…

    Abul Harith : Wa’alaykum salam Puan Nur. Terima kasih atas perkongsian.

    Untuk mengandung selepas 7 bulan melahirkan anak bukanlah suatu yang mustahil bagi kebanyakan wanita yang tidak mengamalkan perancangan keluarga.

    Disebabkan Puan mempunyai sejarah pembedahan sebelum ini, maka terdapat kemungkinan rahim Puan belum sembuh sepenuhnya. Namun biasanya tiada masalah yang patut timbul selepas beberapa bulan bersalin.

    Bagaimanapun, Puan disyorkan berjumpa pakar O&G secepat mungkin dan menceritakan masalah Puan. Pemeriksaan oleh pakar akan menentukan kedudukan sebenar kandungan Puan.

    WaLLAHu a’lam.

  13. Salam,
    Kisah ini berlaku 14 tahun yang lalu ketas diri saya. April 1995 saya dikejutkan dengan berita kembalinya ibu saya kerahmatullah diketika persiapan untuk menunaikan haji cuma berbaki 2 hari dari tarikh keberangkatannya. Diketika itu saya sedang mengandung anak kedua untuk tempoh baru memasuki usia 4 bulan. Oleh kerana terperanjat dengan berita kematian ibu, saya mengalami masalah ” kebocoran air ketuban” yang serius dimana bayi dalam kandungan langsung tiada air dalam “sarung”. Saya mendapatkan rawatan Dr pakar dan dinasihat bahawa kes seperti saya belum ada bayi yang selamat dan dalam keadaan sihat. Ertikata yang lain saya mengalami risiko kehilangan bayi atau jika bayi dilahirkan peratus kelahiran bayi cacat adalah tinggi. Ini adalah kerana perut saya langsung tidak membesar. Melalui scanner saya ditunjukkan dengan bentuk bayi yang kelihatan tidak normal. Dr pakar pertama yang merawat saya tidak memaksa saya untuk menggugurkan kandungan kerana dia beragama Islam (mualaf) tetapi apabila usia bayi menjangkau 22 minggu, Dr pakar tersebut bercuti dan saya terpaksa menerima rawatan Dr pakar berbangsa India. Saya dimarahi kerana tidak menggugurkan kandungan tersebut dan beliau ada menyebut saya sebagai “bodoh” kerana mengambil risiko dengan kelahiran bayi cacat berdasarkan pada scanner. Saya nekad untuk tidak menggugurkan bayi berkenaan kerana tidak sanggup untuk kehilangan 2 orang tersayang dalam tempoh terdekat. Saya dimaklumkan dgn risiko kematian diri saya sendiri jika jangkitan kuman menyerang otak saya. Saya membuat keputusan biarlah keguguran itu berlaku dgn sendirinya jika itu ketetapan Allah terhadap saya. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk menerima rawatan lanjut di hospital kerajaan kerana Dr. pakar (mualaf) itu bercuti agak lama dan hilang keyakinan dgn Dr kedua. Saya dirawat (direhatkan selama hampir 3 bulan di hospital) kerna tiada sebarang ubatan yangsesuai untk saya. Akhirnya pada 10hb Ogos 1995, saya berjaya lahirkan bayi lelaki seberat 1.25kg pd usia kandungan 7 bulan. Bayi itu Alhamdulilah tiada sebanrang kecacatan samada fizikal atau mental. Cuma mengalami “hip dislocate” (mungkin kerana kelahiran sonsang tanpa pembedahan kerana Dr cuma mangandaikan peluang bayi untuk selamat cuma 20% – 30 % sahaja)& “hernia” Berbagai dugaan yang ditempohi dan saya amat bersyukur pada Allah kerana semuanya selamat dan kini anak saya dah berusia 14 tahun. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

    Wassalam Puan Asliza, terima kasih atas perkongsian.

    Semoga Puan dan keluarga sentiasa sihat dan ceria selepas pelbagai dugaan yang berlaku sepanjang mengandung dan membesarkan anak Puan. Moga ALLAH membalas segala usaha Puan.

    Namun untuk pengetahuan pengunjung, kes yang dialami Puan Asniza adalah masalah obstetrik, iaitu masalah ibu semasa proses mengandung. Doktor pakar mungkin berbeza pendapat mengenai cara menguruskannya kerana perbezaan pengalaman dan ilmu. Bagaimanapun, anak tersebut masih berpeluang lahir tanpa sebarang kecacatan.

    Manakala contoh kes Puan Imon adalah berupa masalah congenital, iaitu perkembangan tidak normal anak semasa dalam dalam kandungan. Ia adalah kecatatan yang tidak boleh diubah (irreversible) tanpa mengira bila masa ia diketahui sama ada semasa dalam kandungan ataupun lepas dilahirkan.

    Mesej saya adalah, masalah yang menimpa setiap orang adalah berbeza dan nasib akhirnya juga berbeza. Usah kita ‘generalize’ mengatakan doktor tertentu atau keguguran yang berlaku tidak betul oleh kerana terdapat contoh kes lain yang tiada apa-apa komplikasi.

  14. puan Azliza…

    tabahnya puan dalam tempoh 7 bulan mengandung.. di duga dengan kembalinya ibu tercinta…baby di sahkan cacat…. kagum saya dengan semangat puan..

    sememangnya semua itu datang dan pergi dengan izin Allah, hanya Dia yang mengetahui semua yang berlaku..

    Abul Harith : Terima kasih atas kunjungan.

  15. salam…
    saya kagum dengan semangat semua..walaupun kehilangan bayi..tapi tetap tabah menghadapi hidup..ini menyedarkan saya..bukan saya sajer yang kehilagan bayi…malah ramai lagi menghadapinya.. saya kehilangan bayi pada usia kandungan saya 37 minggu kerana pendarahan…bayi tidak dpt diselamatkan..saya kecewa,putus-asa dan asyik mengalahkan diri sendiri kerana bayi itu anak pertama saya dan saya melalui pembedahan, berapa tahun saya harus tunggu untuk mengandung semula?

    Abul Harith : Wassalam Puan Yanti.

    Saya bersimpati atas apa yang berlaku. Moga ALLAH merahmati Puan atas kesabaran selama ini.

    Terkejut, tidak dapat menerima dan kemudian menyalahkan diri adalah respon biasa bagi sesiapa yang menerima musibah berat seperti Puan, begitu juga mereka yang lain. Namun, yang penting ialah kita tidak terperangkap dalam jerat emosi ini sekian lama. Kita perlu bangkit meneruskan hidup seperti biasa.

    Puan masih boleh mengandung, seawal mungkin apabila Puan bersedia. Tapi disyorkan Puan berjumpa pakar O&G untuk pemeriksaan jika terdapat apa-apa masalah dari keguguran lepas dan dapatkan nasihatnya untuk hamil dengan sejahtera.

  16. klo mnrt saya sah2 aja seseorang menggugurkan kandungannya hanya untuk menyelamatkan dirinya tapi klo krn bayi itu cacat saya sangat2 tdk setuju krn bagaimana pun itu adalah anugrah Tuhan…so..kudu mensyukuri apa aja yang di kasih Tuhan
    saya juga setuju kalo seseorang yang diperkosa lalu hamil boleh diaborsi…
    Thanks…..

  17. salam,
    anak kelima saya br berumur 6 bulan, kini isteri saya disahkan hamil 4 minggu.Memandangkan jarak yg terlalu rapat, isteri saya mahu cuci kandungannya kerana risaukan kesihatannya…adakah cara utk mengatasi masalah ini…thanks

  18. Salam…buat pengetahuan semua..mendapat anak yang tiada tempurung kepala telah saya alami pada tahun 2004.Saya mengetahui anak saya cacat pada usia kandungan 7 bulan di PPUM. Betapa sedih apabila doktor Thani memberitahu anak yg d kandung tidak akan hidup lama..tambahan pula dia adalah anak pertama kami…baby lelaki yg bakal menjaga adik2nye kelak..ketika berita tsebut sampai…saya bagaikan seperti org gila..tidak dapat menerima knyataan..bahawa anak sy akan mati apabila lahir..Tuhan saja yg tahu perasaan saya…shingga doktor Thani tpaksa memeluk saya untuk mententeramkan perasaan saya…suami dan kakak terduduk mendengar berita tersebut..Saya d sarankan untuk mengugurkan kandungan…Tapi sebagai org islam…saya menolak untuk menamatkan nyawanye…pada saya jika ambil kptusan begitu..umpama saya mbunuhnye…saya sanggup mlahirkan secara normal. saya bsyukur mempunyai suami dan ahli keluarga yg memberi sokongan dan mhalang saya untuk gugurkanya.Saya lalui hari2 terakhir dgn nya..secara tenang..tapi jauh d sudut hati terasa sayu…Pada tarikh 23 mac 2004 jam 8.14 malam..Muhammad Danish Aniq berat 3.4 kg lahir kedunia setelah 12jam menahan kesakitan..Kuasa tuhan tiada siapa dapat mhalang..doktor hanya mampu meneka baby ku akan mati 1@ 2 jam d lahirkan…Untuk pengetahuan semua..anak ku hidup selama 3 hari…aku sempat menjaga dan membelainya…Doktor tkejut apabila mgetahui anak ku dapat btahan lebih lama. Itu lah kuasa ALLAH SWT…tiada siapa yg berhak mencabut nyawa hambanya selain dari NYA…aku redha dgn pemergian anak ku..Aku yakin dia akan mnunggu ku disana nanti…Yang pasti aku tidak bputus asa untuk mendapat anak semula…selang 6 bln selepas aku kguguran…aku berjaya mngandung dan diawasi oleh doktor Thani(pakar) sehingga melahirkan Iklil Iman batrisyia skrg berusia 4 tahun dan pada thn 2009 aku mlahirkan Iklil Iman Zulaikha berusia 9 bulan…Alhamdulillah…kepada semua yg pernah mgalami peristiwa ini…ingat..ALLAH tidak akan memberi ujian melampaui kemampuan kita…

  19. Assalamulaikum WR. WB,
    Kepada Tuan Abul Harith,
    Maaf jika saya mengganggu tetapi saya musykil didalam bab ini. Saya kehilangan bayi dalam kandungan yang berumur 16 minggu kerana “Pre-term Premature Rupture of Membrane” atau PPROM. Saya sedih tapi harus redha. Doktor telah induce saya selepas berlakunya cord prolapse dan saya tidak dapat lagi menyimpan bayi dalam kandungan. Soalan saya adalah- saya dapat tahu dari doktor yang bayi saya adalah bayi perempuan. Dengan informasi ini, saya mahu meletakkan nama anak perempuan di batu nisan. Boleh kah saya buat begini? Terima Kasih.

Leave a Reply