Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH.
Nabi
bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
———
Rujukan Fatwa :-
1. حكم تقويم الأسنان المعوجة
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711
2. عمليات التجميل للضرورة الطبية
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176
Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N
Sumber : Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com
Filed under: Pergigian
assalamualaikum wbt,encik, kalau saya nak buat braces untuk kelihatan cantik di mata pasangan, adakah ia dikira x boleh memakai pendakap?
atau pun mgkin bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri saya di hadapan pasangan..
Wassalam Cik Erna & terima kasih atas soalan.
Soalan Cik telahpun dijawab oleh Sdr. Hani. Beliau adalah bakal doktor gigi yang mendalami soal hukum hakam berkaitan pergigian. Moga ia memberi manfaat kepada Cik Erna.
Wassalam..
Aslmkum wbkth.
Nak menyibuk juga. Izinkan saya mencelah ya abulharith (sensitif terhadap persoalan2 tentang pergigian). Silalah abulharith menjawab dari sudut fiqh.
Erna,
Dari perspektif pergigian, memakai pendakap gigi/braces sudah dikira menjadi satu keperluan buat mereka yang mempunyai susunan gigi yang tidak teratur, walaupun giginya hanya senget sedikit, pemakaian braces perlu untuk normal kan maloklusi, supaya nanti tak ada masalah pencernaan mahupun karies gigi atau kerosakan2 gigi lainnya. Ramai orang yang oklusi giginya tak normal, Jadi, generally, pakai braces bukan untuk mencantikkan tapi untuk mengembalikan fungsi normal gigi dalam pengunyahan, percakapan, dan menelan, memang secara tak langsung ia membantu estetika, tak salah memelihara estetika especially untuk suami tersayang dan boleh juga membantu memberi keyakinan bila berhadapan dengan public.
Abul Harith : Terima kasih Dr. Hani atas perkongsian ilmu Sdr. kepada pengunjung blog ini. Sesungguhnya Sdr. lebih arif dalam soal ini. Saya sangat mengalu-alukan perkongsian Sdr. di masa depan. Moga ALLAH membalas jasa Sdr. Wassalam..
Assalamualaikum…
saya mempunyai gigi hadapan yang jarang..disebabkan keadaan ini saya menjadi kurang berkeyakinan apabila berhadapan dgn org ramai…
saya ingin merapatkan gigi saya jarang dan apakah hukumnya?
Abul Harith : Wassalam Sdr. Nur,
Soalan Sdr. telah pun terjawab oleh artikel & komen di atas. Ianya dibolehkan atas tujuan membaiki kecacatan.
WaLLAHu a’lam.
salam…nak tanya sikit…3 thn sebelum neh pernah lah cabut gigi then sekarang ni gigi2 yang duduk bersebelahan dengan gigi yang dicabut tu,berenggang…1 day,terbaca dlm 1 majalah ni,dia kata klau jd mcm tu,kena pakai braces…jadi,kat sini nk mintak penjelasan….
Abul Harith : Wassalam Sdr. Akira Nana,
Saya bukanlah mahir dalam prosedur pergigian. Bagaimanapun, saya telah memohon pihak yang arif dalam bab pergigian untuk menjawab soalan Sdr.
Terima kasih.
Salam…
Izinkan saya menjawab soalan ini ya abulharith.
Keadaan gigi renggang yang dimaksudkan ini dalam bidang pergigian dikenali sebagai DIASTEMA.
Untuk memakai braces atau tidak, terpulang kepada pilihan pesakit. Memakai braces merupakan satu cara untuk merapatkan semula gigi yang terpisah tersebut, saudara/i digalakkan bertemu dengan pakar ortodontik untuk melihat kondisi gigi saudari/a.
Melihat kepada kes saudari/a akira_nana, di mana diastema terjadi disebabkan oleh kehilangan gigi, jadi, ada KEMUNGKINAN bahawa lebih banyak baik pulih lain yang perlu dilakukan seperti rawatan dental implants, bridge, crown, atau partial denture…
Selain braces, terdapat satu lagi pilihan yang pembiayaanya mahal dalam bidang dental cosmetics, iaitu dengan penggunaan porcelein veneers untuk menutup jarak antara gigi.
Apakah tujuan merapatkan semula dan menggantikan gigi? Salah satunya adalah untuk membaiki kecacatan, dan yang kedua, mengembalikan fungsi asal gigi, untuk kesihatan umum tubuh badan dan mengelakkan kerosakan gigi menjadi lebih teruk.
Abul Harith : Terima kasih DrG. Hani atas jawapan.
Moga ia memberi manfaat kepada semua. Dan moga ALLAH membalas sumbangan Sdr.
saya mpnyai susunan gigi yang tidak teratur di bahagian atas dan bawah. saya ingin memakai pendakap gigi tetapi kawan saya mengatakan ianya tidak boleh kerana mengubah ciptaan tuhan.. ini membuatkan saya keliru……