Onani Ketika Puasa

Soalan : Baru-baru ini isteri saya berpuasa ganti. Setahu saya, hukumnya wajib sepertimana hukum puasa Ramadhan.semasa berpuasa, saya melakukan onani terhadap isteri saya dengan memasukkan jari saya ke dalam farajnya. Dan pada ketika itu, kami benar-benar terlupa yang isteri saya sedang berpuasa.

Apakah hukum puasa isteri saya? Batalkah? Wajib kaffarahkah?

Mohon maaf atas ketidaksopanan bahasa yang digunakan. Tiada niat lain melainkan ingin mandapatkan kepastian. JazakALLAH kepada panel yang sudi memberikan penjelasan.

Jawapan:

Oleh kerana perbuantan anda dan isteri anda berlaku secara lupa, maka puasa isteri anda adalah sah dan tidak dikenakan apa-apa kaffarah.

Syarak telah menjelaskan bahawa seseorang yang melakukan perkara membatalkan puasa secara lupa, tidak membatalkan puasa. Kecuali dalam permasalahan jimak, ada khilaf.

Sabda Nabi SAW:

من أكل ناسيا وهو صائم فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه

Maksudnya: Sesiapa makan secara lupa walhal dia sedang berpuasa, maka hendaklah dia sempurnakan puasanya. Maka sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.
- HR Bukhari (no: 6292)-

Begitu juga perkara-perkara lain yang membatalkan puasa, jika dilakukan secara lupa tidak membatalkan puasa.

Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Majmuk Nawawi 6/324

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

34 Responses

  1. saya terbaca post tentang “air mani lelaki dan wanita”. setelah baca post itu saya baru tahu yang wanita mempunyai air mani.

    soalan saya, kadang2 saya merangsang diri sendiri sehingga terasa badan lemah2,tetapi tidak sehingga memasukkan sesuatu ke dalam faraj. perlukah saya mandi wajib? adakah puasa saya terbatal jika melakukannya di balan puasa?

  2. Wassalam Sdr. Syaz & terima kasih atas soalan.

    AlhamduliLLAH, Sdr. Syaz mendapat manfaat dari artikel yang ada.

    Memasukkan sesuatu ke dalam faraj ketika puasa tidaklah membatalkan puasa kerana ia tidak seperti makan dan minum. Namun perlu diingat juga memasukkan sesuatu ke dalam faraj juga bukanlah keperluan yang biasa melainkan jika terdapat keperluan perubatan seperti memasukkan alat pap smear dan seerti dengannya.

    Puasa Sdr. memanglah tidak terbatal jika meransang diri sendiri hingga lemah dan tidak perlu mandi wajib jika tiada mani. Tapi jika sudah keluar maninya, puasa telahpun terbatal dan perlu mandi wajib.

    Namun, isunya bukanlah soal batal puasa atau tidak. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dahaga semata-mata. Matlamat puasa selain menjadi ibadah Muslim di bulan Ramadhan, ia juga berperanan untuk menundukkan nafsu.

    Ar-Rasul s.a.w. telah menunjuk panduan melalui hadithnya riwayat Bukhari & Muslim, dari ‘Abdullah bin Mas’ud, “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa berkemampuan antara kamu untuk AL-BAA’H, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ianya penunduk bagi pandangan, pelindung bagi kemaluan. Dan barangsiapa yang yang tidak berkemampuan, maka ke atasnya untuk BERPUASA. Sesungguhnya (PUASA) itu baginya penurun nafsu”

    Kalimah AL-BAA’H dalam hadith tersebut ditafsirkan sebagai berumah tangga menurut kitab Bulughul Maram, hadith no. 994. Namun maksud AL-BAA’H yang paling tepat adalah menurut Al-Imam Ibn Qayyim dalam At-Tibb An-Nabawi dan juga Zaadul Maa’d iaitu jima’. Maknanya, apabila seseorang telah pun matang organ seksualnya secara biologi dan mampu melakukan hubungan seks (dan mempunyai fantasi seks), maka dia ‘wajib’ berkahwin walaupun seawal usia 12-15. Jika tidak mampu, solusi keduanya ialah Nabi s.a.w menyuruh kita berPUASA untuk mengawal nafsu.

    Jadi, jika berpuasa gagal mendidik kita mengawal nafsu, maka kita tidak mendapat pengertian puasa sebenar melainkan lapar dan dahaga. Saya syorkan Sdr. mengurangkan tabiat tersebut, banyak dekatkan diri dengan ibadah dan doa. Jika sudah berkemampuan, saya juga syorkan Sdr. untuk berkahwin sepertimana tuntutan hadith di atas.

    Wassalam.

  3. ustaz,apa hukum nya sekiranya seseorang lelaki itu mengeluarkan air mani dengan sengaja pada bulan puasa?adakah perlu untuk megganti puasa selama dua bulan?dan apakah sekiranya seseoang lelaki menonton video lucah pada bulan puasa,perlu mengganti puasa selama 2 bulan juga?
    harap ustaz dapat membantu saya,kerana saya ingin mengubah diri saya menjadi seseorang yg lebih baik.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Din & terima kasih atas pertanyaan.

    Sila rujuk post sahabat saya untuk soalan Sdr.
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/01/onani-di-siang-bulan-ramadhan/

    Melihat video lucah tidak membatalkan puasa. Tapi mengaibkan amalan puasa.
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/08/31/pelihara-diri-dari-melakukan-maksiat-di-bulan-puasa/

    Semoga Sdr. diberi kekuatan dan istiqamah dalam amalan untuk menjadi lelaki yang soleh.

  4. ustaz,apakah hukum melakukan onani?mcm mana nak tinggalkannya?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Iwan & terima kasih kerana sudi bertanya.

    Sdr. boleh rujuk jawapan dari sahabat saya ini,
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/22/hukum-melancap/

    Sekadar tambahan untuk menangani hal ini.
    1. MENTAL – Ingatlah ALLAH dalam segala hal setiap masa. Fikirkan baik buruk suatu perkara dan hukum hakamnya.
    2. EMOSI – Elakkan emosi, fantasi dan khayalan songsang.
    3. FIZIKAL – Banyakkan bersenam, kurangkan tekanan dan amalkan gaya hidup sihat.
    4. SOSIAL – Bergaullah dengan orang yang baik dan soleh.
    5. ROHANI – Tingkatkan amalan & banyakkanlah doa kepada ALLAH.

    WaLLAHu a’lam.

  5. assalamu’alaikum..dr,saya ingin bertanya,apakah itu onani,melancap?

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Hidayah atas komen.

    Sila rujuk komen saya yang lepas, dan klik pada link yang disediakan. Nasihat saya, elakkan mencari sendiri tentang hal ini di internet ataupun kawan sebaya kerana maklumat mereka mungkin tidak tepat. Boleh bertanyakan ibu ayah Sdr. ataupun kaunselor di sekolah atau kolej.

    Wassalam.

  6. Assalamualaikum dr ustaz, tambahan kepada soalan hidayah, apakah hukumnya onani dalam islam dan kesannya kepada kesihatan. DIharap jawapan adalah berdasarkan facts and figures, bukan andaian semata. terima kasih.

    Wassalam Sdr. Kimi,

    Sila rujuk link di atas. Dinyatakan di sana bahawa hukum onani adalah haram.

    Terdapat banyak penyelidikan tentang tabiat onani, namun saya tidak mampu sampaikan kesemuanya. Secara ringkas, yang paling teruk adalah kesan psikologi apabila melibatan ‘ketagihan’. Boleh baca buku Psikologi atau Behavioural Sciences berkenaan gejala ini. Pengamalan gaya hidup sihat adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah ini.

    Wassalam.

  7. assalamuaalaikum..
    kalo kite melancap pade bulan puase,
    contoh melancap pade malam hari atau selepas berbuke puase..
    bile kite boleh mandi wajib? dan..
    adekah puase kite itu batal?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Belo,

    Memanglah melancap pada malam hari selepas berbuka puasa tidak membatalkan puasa pada siang harinya, namun bulan puasa Ramadan bukan sahaja waktu siang. Jangan cemarkan keberkatan Ramadan dengan maksiat pada malamnya, maka sia-sia sahaja pahala yang diburu pada siangnya.

    Isikan malam Ramadan dengan segala amalan Wajib & Sunat. Insya-ALLAH kebaikan yang dikejar akan menghindarkan keburukan.

    Apabila melancap, dikira berhadas. Maka perlu mandi wajib untuk meneruskan amalan lain seperti puasa & solat dengan sah.

  8. Salam..
    saya ingin mendapatkan kepastian.
    Sekiranya malam sebelum berpuasa. Ketika jam pukul 3 pagi, saya telah mengeluarkan air mani secara sengaja. Tetapi, selepas itu, saya tidak mandi wajib dan terus tidur. Pada pukul 5 pagi, saya bangun untuk bersahur dan terus berpuasa. Saya hanya mandi wajib pada pukul 11 pagi.
    Adakah sah puasa saya itu?
    Soalan kedua :
    Adakah batal puasa saya jika saya ragu-ragu sama ada saya terkeluar air mani/air mazi. Sedangkan saya tidak merasa basah di seluar.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Adam, terima kasih atas kunjungan.

    Puasa Sdr. tetap sah. Tetapi apakah mandi wajib pukul 11 pagi bermaksud Sdr. tidak menunaikan solat Subuh? Walaupun puasa sah, namun tanpa solat yang sempurna, lapar dan dahaga semasa puasa seolah-olah tiada ertinya.

    Ramadan juga bulan yang mulia. Usah cemarinya dengan perkara maksiat & keji, termasuklah meninggalkan solat. Alangkah baiknya jika waktu 3 pagi itu diguna untuk tahajjud dan berdoa kepada ALLAH.

    Jika tidak basah, maka tiada mani atau mazi. Keluarnya mani atau mazi tanpa sengaja di siang Ramadan tidak membatalkan puasa.

    WaLLAHU a’lam.

  9. assalamualaikum ustaz..
    sya agk muram sjak akhir2 ni..
    dan pd masa2 trtentu, sya rsa sgt xtenang..
    sya onani utk hlgkn mslah sya..
    tlg sya..
    sya xnk buat prkara tu dah..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Mi,

    Banyakkan ibadah & mengingati ALLAH. Boleh berpuasa untuk mengekang nafsu. Jika mampu, berkahwinlah.

    Sibukkan diri dengan sahabat-sahabat yang baik dan sertai program-program yang bermanfaat. Pastikan masa terisi dengan perkara berfaedah dan elakkan melayan perasaan seorang diri.

  10. Askm, saudara mi,

    Buatlah solat taubat dan mohonlah keampunan dari dosa dan tabiat yang tidak baik.

    Amalkan solat tahajud dan solat hajat agar diberi ketenangan.

    Insyaallah, segala masalah akan selesai.

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Nur atas perkongsian. Moga ALLAH merahmati Sdr. atas saranan baik yang diberikan.

  11. Salam..sy ade satu kemusykilan.. Dahulu semasa remaja,sy penah melakukan onani pd bulan Ramadhan..setelah mencapai tahap klimaks..tetapi hny cecair putih jernih (seperti putih telur tetapi tdk likat) yg keluar.. Pd keesokan hr nye,sy berpuasa seperti biasa tanpa mandi wajib.. Adakah yg keluar itu air mani? Kerna sy baru tahu bahawa beronani juga boleh mengeluarkan air mani..adakah sy wajib mengganti puasa sy sepanjang sy tidak mandi wajib itu? Skrg, Alhamduliilah sy sudah berhenti melakukan perkara itu..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Azian,

    Mengikut karekter yang Sdr. nyatakan, ia menyerupai mani. Keluar selepas perasaan yang lazat (klimaks) dan seperti putih telur. Maka, bolehlah ganti puasa pada hari tersebut. Untuk hari yang seterusnya, hukumnya dimaafkan kerana Sdr. tidak tahu. Tapi jika Sdr. mampu, maka menggantikannya adalah lebih baik.

    Tahniah kerana sudah berhenti. Banyakkanlah amalan soleh untuk terus hindarkan diri dari perkara ini. Jika sudah berkahwin, maka itu lebih bagus.

    WaLLAHu a’lam.

  12. Assalamualiakum ustaz.. Apakah puasa seseorang itu batal jika dia berpelukan.berciuman dan hampir saja membuat maksiat tetapi gagal membuat maksiat semasa dia dan rakan lelakinya sedang berpuasa? Haruskah mereka membayar puasa selama 2 bulan?
    Tetapi selepas membuka puasa..mereka melakukan maksiat..apakah hukumnya ustaz?

  13. salam…..
    saya ingin mendapatkan kepastian. sy telah mengeluarkan air mani…..pastu niat sy mmg nak mandi wajib tp terlupa nak niat sampai asar baru saya teriggat…..kira sah ka sembahyang sy,,,,,
    jazakallah

  14. Assalammualaikum…

    Saya ada masalah..dulu saya selalu onani..sekarang dah berhenti..tetapi,bila saya dah rasa puas ketika onani,saya tengok, tiada keluar apa2 cecair pun..saya risau kalau ia mendatang kesan yang buruk pada bakal suami saya nanti..kerana kami akan berkahwin..

  15. askum ustaz sy ingin btnya 1 soalan apakah kesan jika onani ketika dtg haid?

  16. assalamualaikum ustaz…saye nie nak puasa nazar..tapi malam sebelum sya nak puasa tu..sye onani…adakah kalau sye mandi wajib sebelum zohor pada ke esokkan harinye (hari puasa nazar) itu masih sah sama seperti di bulan ramadan?

  17. assalamualaikum w.h.b. ustaz, saya ade persolan tentang wanita bermimpi basah. di website lain ade menulis, Jika mimpi itu telah berlalu lama sekali dan mimpi itu tidak menyebabkan keluar air maka tidak ada kewajiban mandi atasnya, akan tetapi jika mimpi itu menyebabkan keluarnya air maka hendaknya ia menghitung berapa solat yang telah ia tinggalkan lalu hendaknya ia melaksanakan solat yang ia tinggalkan itu. akan tetapi ustaz, jika ianya sudah berlaku 2 tahun, dan saya baru mengetahuinya sekarang? haruskah saya mengganti solat2 saya?

  18. as salam ustaz.. ingin mendapatkan kepastian ttg status puasa saya..saya pernah melakukan seks oral di siang hari hingga keluar mani..perlukah saya menggantinya sebanyak 2 bulan berturut2 sepertimana melakukan seks di siang hari?

  19. as salam ustaz…sya ingin bertanya…sya dlu tgk video lucah dan tiba2 keluar mani(pada bulan puasa)..adakah puasa sya sah..? sekarang sya cuba utk berhenti ..

  20. asssalammualaikum….ustaz saya telah banyak melakukan onani dan berhasrat hendak berhenti….masalahnya perlukah saya mandi wajib sebanyak bilangan hadas besar saya…untk pengetahuan ustaz saya sudah beronani sebanyak lebih 20 kali pada hari yang berbeza….oleh itu bantu lah saya ustaz…

  21. A’kum ustz, adakh batal puasa suami isteri jika si suami memasukkan jarinya ke dalam faraj si isteri dgn senghaja di siang hari bulan Ramadhan sedangkan mereka berdua sedar mereka sedang berpuasa Ramadhan, dan kedua-duanya tidak klimaks (tidak keluar mani disebabkan perbuatan itu? Perlukah kaffarah?

  22. kepada yang bertanya, berkaitan soalan tentang air mani yang keluar ketika berpuasa, sama ada sengaja ataupun tidak, bolehlah ke link di bawah.

    http://soaljawab.wordpress.com/2008/08/31/pelihara-diri-dari-melakukan-maksiat-di-bulan-puasa/

    http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/01/onani-di-siang-bulan-ramadhan/

    http://www.azizibasyah.com/2010/08/adakah-istimna-onani-membatalkan-puasa.html

    wAllahua’lam. semoga Ramadhan ini dapat mendidik kita agar menjadi Muslim yang sejati dan tidak mudah kalah kepada hasutan hawa nafsu yang menyesatkan. insyaAllah.

    saya bukan ustaz tapi saya harap kita sama2 berusaha menjadi manusia yang lebih baik insyaAllah.

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Nik atas perkongsian. Web SoalJawab adalah dari seorang teman saya. Ia blog yang amat bermanfaat sebagai rujukan.

  23. assalamualaikum
    ustaz saya mahu bertanyakan sama ada puasa saya sah atau tidak apabila saya telah beronani pada pukul 3 pagi dan selepas azan baru saya mandi junub dan bersembahyang subuh?

  24. Apakah niat utk mandi wajib setelah onani diakhir haid? sy tahu tidak perlu utk mandi dua kali. cuma saya tidak tahu niat mandi wajib utk haid dan onani(diakhir haid). tq

  25. assalamualaikum
    ustaz,saya mahu bertanyakan sama ada batal atau tidak puasa saya jika saya terlupa saya berpuasa lalu saya menonton video lucah

  26. salam ,ada satu kemusykilan ,adakah onani pada perempuan mampu menyebabkan kanser serviks?

  27. salam,sy ingin btnya apakah hukum seorg suami memasukn jari d dubur is3 adakah ianya d kra liwat..bntula sy.

  28. salam…. sya ingin bertanya…. saya beronani 2 hari berturut – turut dan tidak mandi wajib…. esok hari ialah bulan puasa.. dan puasa saya ini sah atau tidak

  29. salam,,sye nk tnye sye kdng2 bronani bersndrian ap kesnnye dan kdng2 sye beronani bersama temn lelaki saya ap kesnnye?

  30. salam, saya nak bertanya, onani di malam bulan puasa dan telah mandi wajib , adakah kita perlu berniat puasa balik ?

  31. saya dah cuba untuk brubh spy xmlancap..,tp sukar..,sy sering mngemut2 utk puaskan diri..,masalahnya sy ketika puasa kekdg perasaan itu dtg apakah puasa sy sah? apa sy perlu mndi wajib? bgiamna nak tau kluar air mani or x sbb sy perempuan kn..,

  32. ustaz btol ke jika kite beronani kita perlu solat taubat utk ibadah kita diterima?????

  33. ustaz kalau kita tak hafal ayat2 al-Quran, boleh tak kita sembahyang letak ayat2 yang perlu dibaca tu untuk melihat dan baca???

  34. Salam ustaz,

    apa hukum seseorang melihat video lucah di bulan puasa dan kemudiannya dia tidur dan mendapat mimpi basah disebabkan video yg ditonton itu? terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers

%d bloggers like this: