Wanita Keluar Mani Batal Puasa?

Soalan : Merujuk kepada persoalan dan jawapan berikut (diforum Al-Ahkam.net);

Bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)?

Jawapan; Jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. Jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)

——————————————

Persoalannya,

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita? Adakah pada keghairahannya?

2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar. Sudah pasti puasanya batal. Adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa sahaja? Sebab tak berlaku persetubuhan, hanya muqaddimah sahaja.

Mohon pencerahan

Jawapan:

1) Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yang ada salah satu daripada tiga;

  • Bau yg kurang enak. Masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya seperti putih telur.
  • Keluar dengan memancut.
  • Keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga-tiga sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. Dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja.

Rujukan: Fathul Aziz 2/121, Majmuk nawawi 2/141, Syarah Mumti’ Uthaimin 1/277-278.

2) Jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. Ini pendapat keempat-empat mazhab. Dalilnya:

a. Ada hadis sahih menyebut tentang puasa, iaitu: “Meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana AKU (ALLAH)”. Bukhari 2/670.

b. Qiyas kepada muntah dengan sengaja. Sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. Maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.

Diceduk daripada Syarah Syeikh Muhammad al-Syanqiti Hafizahullah,

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. Manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yang mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum.

Wallahu A’lam

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

7 Responses

  1. assalamualaikum

    dari segi perubatan, jelas kepada kita bahawa air mani lelaki ialah campuran beberapa cecair yang dirembeskan oleh beberapa organ seperti bulbourethral gland, seminal vesicle, prostate gland yang akhirnya membentuk seminal fluid yang mempunyai ciri2 yang disifatkan oleh para ulamak seperti yang disebutkan di atas..

    tetapi dari sudut saintifik / perubatan, apakah constituent air mani wanita / homologue-nya dgn sperm lelaki?

  2. As-Salamua’laykum & Syukran Sdr. Effy…

    Soalan tersebut telahpun ana jawab pada posting terdahulu. Boleh rujuk link;
    http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/01/13/kuningan-dan-keruhan-dari-faraj-wanita/

    Cuma dari apa yang ana jawab, ana simpulkan ianya berasal dari kelenjar Skene. Namun hal ini masih lagi menjadi perbincangan ahli perubatan.

    “Female ejaculation (also described in the medical literature as Orgasmic Expulsion, and colloquially as squirting or gushing) refers to the expulsion of noticeable amounts of clear fluid by human females from the paraurethral ducts through the urethra during or before orgasm. The exact source and nature of the fluid continues to be the topic of heated debated among medical professionals.”
    http://en.wikipedia.org/wiki/Female_ejaculation

    Wallahu a’lam.

  3. assalamualaikum…
    jika seorang wanita dah berusia 20an belum lagi berkhatan adakah kena berkhatan.jika ya, ada kesan sampingan tak kerana sudah besar berkhatan.

    Wassalam Sdr. Maya, terima kasih atas soalan.
    Soal ini telah pun dikupasoleh Ustaz Zaharuddin yang telah saya post dalam blog ini. Sila rujuk http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/08/20/hukum-khatan-lelaki-wanita/

    Kesimpulan yang diperoleh, khatan wanita bukanlah wajib mahupun sunat. Ia cuma digalakkan atas manfaat perubatan. Jika terdapat mudarat terutama dalam kes Sdr. yang sudah besar, maka tidak digalakkan.

    WaLLAHu a’lam..

  4. assalamualaikum
    saya ingin bertanya batal tak puasa sekiranya kaki atau tangan berdarah akibat terluka atau di garu.

  5. Assalammualikum…
    saya ingin bertanya,apakah saya perlu mandi wajib selepas saya melakukan ringan2 dengan suami saya?walhal saya sendiri tidak begitu pasti sama ada air yang keluar dari kemaluan saya adalah air mani atau mazi.bukankah air mani hanya akan keluar apabila saya melakukan persetubuhan sahaja?terima kasih.

  6. Saya ingin bertanya…cara mengetahu mani atau madzi gimana? Karena kan saya memakai cd jd tidak terlalu terlihat..apakah saya harus menadanginya dengan tisue agar terlihat?

  7. Klau air mani wanita keluar. Adakah perlu mandu wajib?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 86 other followers

%d bloggers like this: