Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.
Dijawab oleh Ustazah Sakinah;
Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses situ perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan.
Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.
Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my
Salam.
Ayat jawapan di atas seperti dipetik daripada hadith. Boleh sy minta rujukan hadithnya atau siapa periwayat hadith ? Ini untuk rujukan lebih lanjut.
Syukran..
Abul Harith : Wassalam, syukran Sdr. Hanani atas kunjungan.
Hadis tersebut diriwayat dari ‘Arfajah ibn As’ad yang mana hidungnya telah terpotong semasa perang Kilaab ketika Jaahiliyyah, dan dia memakai hidung perak, tapi kerana ia berbau tidak menyenangkan, maka Rasul-ALLAH s.a.w. menyeruhnya memakai hidung yang diperbuat dari emas.
Ia diriwayat dalam al-Tirmidzi (1770), Abu Daud (4232) dan al-Nasai’ (5161). Diklasifikasikan Hasan oleh al-Albaani dalam Irwa’ al-Ghalil (824).
WaLLAHu a’lam.
saya nak tanya tentang gigi..masalahnya gigi di depan saya sudah cabut akibat jatuh menyebabkan sumbing gigi…doktor mengesyorkan memakai sarung gigi kekal???bebeza dengan gigi palsu susah hendak menjaganya??/
saya nak tanya apa hukum memakai sarung gigi kekal dalam islam?
Abul Harith : Wassalam Sdr. Lieza, terima kasih atas soalan.
Jawapannya adalah sama seperti di atas. Prosedur yang anda jalani adalah untuk membaiki keadaan gigi anda supaya lebih baik. Tiada masalah walaupun ia sarung gigi yang ditanam kekal.
WaLLAHu a’lam.
saya mengalami masalah gigi,gigi depan saya telah rosak,apakah hukum memakai gigi palsu kekal….bagaimana jika saya meninggal dunia..
Abul Harith : Wassalam Sdr. Muhammad,
Jawapan soalan Sdr. telah pun jelas tertulis dalam artikel di atas. Harap dapat baca dengan teliti.
WaLLAHu a’lam.
salam…..saya ada masalah dengan gigi depan saya dan saya sedang berkira-kira hendak membuat teeth crowning.gigi saya tak rosak teruk sangat tapi keadaan saya yang sealu berdepan dngan pelanggan menbuatkan saya berasa malu.adakah boleh saya memasang sarung gigi pada gigi saya?
Abul Harith : Wassalam Sdr. Juni,
Tiada masalah untuk buat teeth crowning, kerana kerosakan yang berlaku bukanlah asalnya begitu. Sila rujuk fatwa di atas dengan teliti.
apakah hukum mengecilkan gigi asal, untuk memakai gigi palsu jenis sarung? (apa yang saya tahu,mengikir gigi adalah haram.)
Assalamu’alaikum wbkth,
Merujuk kepada pertanyaan saudara Fadhil di atas,
mungkin yang saudara Fadhil maksudkan adalah proses mengubah kontur mahkota/crown gigi asal sebelum disarungkan gigi palsu.
Pengasahan gigi ini merupakan salah satu proses atau tahap yang perlu dilalui oleh pesakit sebelum menentukan design gigi palsu untuk pesakit. Tahap ini dilakukan sebagai salah satu bentuk “mouth preparation” setelah pesakit didiagnosa. Tujuan dilakukan “mouth preparation” adalah supaya pesakit dapat memperoleh kesihatan oral yang optimal, dan menghapuskan faktor2 yang boleh mengganggu gigi palsu tersebut dapat dipakai & digunakan bagi menggantikan gigi asal utk tujuan mengunyah, berbicara, dan lain2.
Perubahan kontur mahkota ini perlu dilakukan dengan cara pengasahan atas pelbagai sebab-secara umumnya saya ringkaskan, ia bertujuan sbg RETENTION, supaya gigi palsu tersebut fix dan benar2 muat ketika disarungkan.
Walaubagaimanapun, pengurangan struktur mahkota/crown ini haruslah dijelaskan terlebih dahulu kepada pesakit dan mendapatkan persetujuaanya untuk dilakukan.
Dilihat dari sudut fiqh nya, pengasahan gigi untuk diletakkan gigi palsu tidaklah bertujuan untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia lebih bertujuan ke arah perawatan, iaitu mengembalikan fungsi normal gigi.
WA.
apa hukum memasang pandakap gigi atas sebab untuk memperbaiki keadaan gigi agar nampak lebih cantik? tanpa ada masalah gigi. hanya semata-mata agar gigi kelihatan lebih cantik dari asalnya.