Cuci Darah (Hemodialisis) Semasa Puasa

Soalan : Apa hukum mencuci darah (hemodialisis) bagi penderita sakit ginjal yang sedang berpuasa. Adakah dia harus qadha atau tidak ?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Dia wajib mengqadha kerana adanya tambahan darah bersih, dan jika ditambahkan zat lain, maka itu juga sebab pembatalan puasa.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2]

Komen Webmaster : Hemodialisis tidak membatalkan puasa selagi darah yang dicuci itu adalah darah sendiri (darah keluar masuk adalah darah yang sama dari pesakit). Namun jika berlaku pertambahan darah baru dari sumber lain dan dimasukkan zat tambahan, maka puasanya terbatal. WaLLAHu a’lam.

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

4 Responses

  1. salam..kalau cuci buah pinggang yg CAPD tu mcm mane ye?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nurul, Syukran atas soalan.

    Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) hakikatnya sama sahaja dengan proses dialisis biasa, cuma diletakkan alat PD Catheter di dalam abdomen secara kekal.

    Alat yang diletakkan ini sememangnya tidak membatalkan puasa. Namun proses dialisis itu membatalkan puasa kerana larutan dialisis yang dimasukkan mempunyai gula (dextrose) dan juga garam (potassium, sodium, magnesium, calcium) untuk menyeimbangkan elektrolit badan. Ini juga adalah Fatwa Lajnah Daimah (10/190)

    Maka puasa yang terbatal itu boleh diganti pada waktu lain. Jika tidak mampu kerana perlu dialisis setiap hari, maka bolehlah membayar fidyah.

    “Maka barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, gantilah (puasa itu) pada hari lain. Bagi mereka yang keberatan melaksanakannya, berilah fidyah makanan kepada orang miskin” (al-Baqarah: 184)

  2. Assalamualaikum wbt.

    Izinkan menambah.

    Ada 2 isu utk rawatan dialysis:
    1. Penyakit kronik
    2. Proses dialysis

    1. Penyakit kronik

    Secara umum, apabila seseorang ada penyakit kronik yang membahayakan nyawa, maka tidak diwajibkan berpuasa dan perlu membayar fidyah (kerana penyakit kronik tidak berkemungkinan untuk sembuh – kecuali transplant).

    Namun , setakat mana kroniknya atau bahayanya penyakit tersebut menjadi tanda tanya. Berpuasa untuk pesakit diabetes boleh membahayakan nyawa ketika hypoglycaemia, namun jika kontrolnya adalah baik, maka diharuskan berpuasa.

    Begitu juga pesakit buah pinggang, tidak membahayakan nyawa kalau mereka berpuasa kecuali sebahagian kecil sahaja.

    2. Rawatan dialysis

    Rawatan haemodialysis mahupun peritoneal dialysis dikatakan membatalkan puasa kerana terdapatnya element nutrition (glucose, sodium, potasium) yang akan diserap ke dalam darah semasa proses dialysis. Diumpamakan seperti seseroang yg menerima 5% dextrose/0.9% saline melalui saluran darah. Benarlah proses tersebut (fluid through IV line)membatalkan puasa kerana memberi tenaga ataupun nutrition kepada pesakit.

    Namun persoalannya, adakah glucose, sodium, potasium tersebut boleh dikira sbg memberi nutrition kepada pesakit? Saya berpendapat tidak kerana:

    1. Proses dialysis tidak boleh diibaratkan spt makan/minum sbg pesakit yg menerima rawatan fluid intravenously. Ia adalah semata mata proses pertukaran electrolytes yg tidak betujuan untuk memberi tenaga (malah ramai pesakit y mengatakan proses dialysis itu memenatkan terutamanya haemodialysis).

    2. Pendapat ini (tidak membatalkan puasa) telah dibuat oleh majoriti mereka yg terlibat (paka perubatan & scholars) dalam persidangan IOMS ke-10 (Islamic Organisation For Medical Sciences) tahun 1997 di Morocco bertajuk: An Islamic view of certain Centemporary Medical Problems).

    3. Lainlah kiranya dalam proses dialysis tersebut, pesakit menerima extra fluid (untuk prevent hypotension), or pesakit peritoneal dialysis menerima nutrineal untuk tujuan memberi nutrisi (amino acid).

    Hafiz
    want-to-be nephrologist

    Abul Harith: Terima kasih Dr. Hafiz atas kunjungan & perkongsian. Apa yang Dr. katakan adalah penerangan lanjut kepada Komen Webmaster ke atas fatwa di atas. Moga ia memberi kefahaman & manfaat buat pengunjung lainnya.

  3. Assalammualaikum,soalan saya:

    Kalau orang cuci darah (hemodialisis) bermula pukul 5.30 – 9.30, macamana dia solat maghrib?

  4. Saya seorang pesakit buah pinggang,masih menjalani dialisis.

    Pada pendapat saya, puasa itu boleh dan sah, kerana ia merupakan satu perubatan yang wajib dilakukan, kalau tidak boleh membawa maut.

    Sekiranya pesakit itu mampu berpuasa atas alasan menuruta perintah Allah kerana mampu berbuat sedemikian, apa salahnya, kerana puasanya itu kerana Allah. Allah yg akan menentukan bahawa puasanya itu sah atau tidak, bukan manusia yg sihat buat penilaian.

    Siapa nak menjalani dialisis?. Ini semua kerja Allah yg menguji hamba hambanya…saya redhoi dgn apa yg Allah kurniakan.

    Saya buat dialisis kerna nak hidup, nak beribadah pada Allah selagi masih mampu, salahkan sy berpuasa?

    Apa yg dimasukan dlm darah seperti syillin adalah keperluan dlm dialysis, rekomon pun merupakan keperluan utk dialisis, bukan saya saja saja minta untuk dimasukan dlm darah saya.

    Pendekan kata: pada pesakit yg buat dialisis, jika ingatkan Allah dan. Selagi mampu berpuasa buatlah atas ” lillahi taala”.

    Wallahu aklam
    Mohd Saad hashim
    KPJ Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 86 other followers

%d bloggers like this: