Guna Inhaler Semasa Puasa

Soalan : Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

21 Responses

  1. assalamualaikum..
    bkn kah memasukkan sesuatu ke dlm rongga merupakan perkara yg mmbatalkn puase..?

    salur pernafasan termasuk dlm sejnis rongga atau tidak..?

    maafkan sy kerana b’tanye krn sy agak keliru..

    Abul Harith : Wassalam Sdr., terima kasih atas soalan.

    Salur pernafasan adalah berbeza dari salur pemakanan. Salur makanan adalah dari mulut, esofagus hinggalah ke perut. Menelan sesuatu bersifat makanan & minuman melalui salur tersebut akan membatalkan puasa.

    Bagaimanapun, salur pernafasan meliputi hidung dan mulut, terus ke trakea sehingga ke paru-paru. Menyedut sesuatu ke dalam saluran ini tidak mengeyangkan dan tidak membatalkan puasa. Apatah lagi kandungan Inhaler tersebut bukanlah bersifat makanan.

    Maka, menyedut inhaler bagi pesakit asma tidak seperti makan dan tidak membatalkan puasa.

    WaLLAHu a’lam.

  2. assalamualaikum wbt.

    sekadar ingin tahu.
    jikalau seseorang itu menghisap rokok adakah puasanya tidak batal kerana asap rokok disedut ke paru-paru dan tidak pula mengenyangkan.
    setahu saya inhaler jenis topeng muka yang dibolehkan.
    harap mendapat penjelasan.
    syukran~

    wallahu’alam

    Abul Harith : Wassalam Sdr.,

    Soal rokok tidak boleh disamakan dengan inhaler. Memang betul kedua-duanya tidak mengeyangkan & tidak masuk ke perut. Tapi inhaler bertujuan memberi manfaat penyembuhan, tapi rokok mendatangkan mudarat & penyakit.

    Rokok & kandungannya adalah berbahaya dan difatwakan haram oleh majoriti ulama’. Segala apa yang haram untuk dimasukkan ke rongga badan, maka ianya juga membatalkan puasa.

    WaLLAHu a’lam.

  3. [...] http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/guna-inhaler-semasa-puasa/ [...]

    Abul Harith : JazakALLAH, moga sebaran dari laman ini memberi manfaat buat pengunjung laman Sdr. BarakALLAH.

  4. thaNks laH paSal informatIon paSal inheaLer…saya bErsYukuR saNgat…saYa ingaTkan saYer x dEr pluaNg naK bPuaSa kEraNa sTiaP haRi saYa pakai inhEaler…rUpaNya Allah mEmbEri keMudahan paDa saya daN sahabaT yaNg bpEnyaKit maCam saya….

    Abul Harith : Sama-sama. Sesungguhnya ALLAH tidak bertujuan menjadikan agamanya susah untuk penganutnya. Terdapat banyak peruntukan & keringanan bagi mereka yang tidak berkemampuan.

  5. “menghisap rokok adakah puasanya tidak batal”

    Mengenai hukum menghisap rokok boleh diperolehi di
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti /fatwa_search_result.asp?keyID=1147

    Bukan setakat batal puasa, haram pula hukumnya.

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Helmi atas perkongsian. Moga memberi manfaat buat semua.

  6. Ustaz,

    Saya baru baca di Utusan Malaysia dalam soal jawab agama bahawa mengguna inhaler semasa berpuasa
    hukumnya haram.

    Saya pengidap asma. Ustaz kata boleh tetapi jawapan dalam Utusan Malaysia adalah haram

    Abul Harith : Wassalam Tuan Ismail Hashim,

    Artikel Utusan Malaysia tersebut boleh dipertikaikan. Fatwa yang mengharuskan penggunaan inhaler sewaktu puasa adalah fatwa terkemuka yang diputuskan oleh persidangan majoriti ulama melalui Majlis Fatwa yang berwibawa seperti Majma’ Fiqh Islami, Fatwa Lajnah Daimah dan termasuk juga oleh pakar perubatan melalui Islamic Organization for Medical Science (IOMS). Bahkan JAKIM & Majlis Fatwa Kebangsaan juga menyatakan keharusannya.

    Selain itu, hal ini juga dibenarkan oleh Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa Adda’awah Syaikh Abdul Aziz Ben Baz, Mufti Besar Saudi Arabia, Fatwa no 979). Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga berdasarkan fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248). Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu sekalipun ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al-Muhalla, jld 6, ms 203), maka tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.

    Sesungguhnya ALLAH tidak menyusahkan hamba-NYA untuk dalam menunaikan ibadah mereka. Terdapat perlbagai rukhsah & peruntukan bagi mereka.

    WaLLAHu a’lam.

  7. Salam.
    Hukum menggunakan inhaler ketika berpuasa tidak haram,Yang menjadi persoalan adakah puasa itu batal atau tidak?
    1.Fatwa Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat batal puasa.
    2.Fatwa Mufti Arab Saudi Ibnu Baz puasa tak batal.
    3.Fatwa Syeikh Soleh u’saimin tak batal puasa kalau dalam keadaan yg sangat teruk tak boleh tahan….dan pendapat ini lebih saya cenderung…..

    Bagi yang guna tak la jadi haram sbb orang yg sakit diharus berbuka….kalau sikit sahaja lelah dan boleh tahan atau main2 baru la haram kerana sengaja membatal kan puasa di bulan ramadhan…Wallahu a’lam

    Abul Harith : Wassalam Ustaz Abu Muslim,

    Terima kasih atas perkongsian. Moga memberi manfaat kepada semua pegunjung.

  8. sakit 2 adalah ujian dari allah swt…memasukkan sesuatu kedalam roggge mulut adalah haram…rongge mulut..seee

  9. salam, bagaiman pulak hukum mendapatkan gas oksigen apabila athsma dalam keaadaan yg teruk di bulan puasa.

  10. salam kpd ummat islam…
    hukum hisap rokok dan pakai inhaler tak sama tuan
    inhaler tak membatalkan memandangkan keperluan yang mendesak dan ianya tidaklah boleh disamakan dengan merokok yang sekadar melepaskan kehendak nafsu gairah menyedut kandungan yang haram..
    jangan ada niat untuk membatalkan puasa kepada pengguna inhaler..teruskan puasa anda dengan menggunakan inhaler hanya kalau benar2 anda terdesak….Allah lebih mengetahui kemampuan kita.

  11. sakit mmg ujian daripada Allah..kita kena berusaha mengatasi ujian itu dan sabar menerimanya..itu pasti..

    saya sendiri menggunakan inhaler untuk melegakan sesak nafas @ kesukaran untuk bernafas disebabkan kahak yang banyak dalam saluran pernafasan..memang saya akan sukar untuk melakukan aktiviti dan bergerak sekiranya tidak ambil sedutan ubat inhaler itu

    bagi saya pesakit asma seperti saya bukan saja2 nak menggunakan inhaler ini pada bulan puasa kerana gejala asma ini berlaku tanpa diduga setiap hari yang bukan saja hanya pada bulan puasa..

  12. assalamualaikum, saya merupakan pelajar tahun 2,university of yarmouk dalam jurusan Usul fiqh. saya telah mengikuti perbahasan tentang penggunaan inhaler pada semester ini, Dr Di university saya secara rinkasnya, beliau memecahkan inhaler kepada 3 bahagian (mengikut kandunagn inhaler) 1.inhaler yg mengandungi semata2 udara. 2.inhaler yg mengandungi udara dan kandunagn air yang sama seperti kandunagan air didalam oksigen(kebiasaan)3. inhaler yg mengandungi udara dan kandungn air yg lebih dari oksigen persekitaran biasa.
    adapun kumpulan 1 dan 2 tidak membatalkan puasa,dan hanya membatalkan puasa kumpulan yang 3.
    melihat kepada nilai air yang tidak seragam (contoh seperti negara yg udaranya lembab malaysia,dan seperti jordan yang udaranya agak kering) hukum untuk kita meletakkan inhaler yang tidak membatalkan puasa adalah berdasarkn kawasan yang paling lembab didunia ini (sy sendiri tidak tahu dimana) yg ada manusia tinggal di kawasan tersebut. sekian. wallahu a’lam

  13. Sila rujuk pada penggunaan inhaler di http://www.scribd.com/doc/61299051/Jabatan-Kemajuan-Islam-Malaysia-Panduan-Berpuasa-Bagi-Pesakit-32

    “Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:
    i. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asthma) atau penyakit paru-paru kronik…”

    Saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan puasa tidak batal. Tapi bagaimana pula setelah membaca panduan di atas keluaran JAKIM?

  14. ….salam ramadhan… puasalah mcm mana rasul kita nabi muhammad saw berpusa…. moga2 kita mendapat rahmat daripadanya…. jgn bergantung sgt kepada ubat-ubatan… wasalam….

  15. Syukur alhamdulillah.. selama ni kalau bulan puasa saya selalu curi2 guna inheler bila astma..hanya berserah pada Allah untuk menilaikanya… sebab selama ni ramai yg mengatakan puasa akan terbatal jika guna inheler …. terima kasih atas info yg diberikan…

  16. Apakah boleh jika kta mengeltarkan air mani dngan tngan maupun istri

  17. Fatwa JAKIM pd 2009 kata batal kalau guna inhaler semasa posa? mohon pencerahan utk kepastian ..

  18. Boleh tak saya menggunakan nasal spray seperti afrin atau oxy nase … saya mengalami resdung dan kesan daripada resdung itu selain gatal-gatal yang paling memberi kesan adalah hidung sumbat. Ianya mengganggu saya semasa sesi pengajaran memandangkan saya seorang pengajar jika saya tidak menggunakan ubat nasal spray ini.

  19. boleh dikatakan setiap hari saya menyedut inhaler pada waktu siang.lebih-lebih lagi ketika kepenatan bekerja. Saya hanya mampu bertawakal kepada Allah semoga Allah menerima puasa hambaNya ini.

  20. syukran ala maklumat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 83 other followers

%d bloggers like this: