Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa 1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya. 2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya. 3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari. 4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) [...]

Preimplantation Genetic Diagnosis

Soalan : Apa hukum Islam tentang teknologi Preimplantation Genetic Diagnosis? Dijawab oleh Abul Harith Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) atau Embryo Screening adalah prosedur untuk mengenalpasti penyakit genetik yang mungkin dibawa bayi tersebut. Memandangkan PGD ini hanya boleh dilakukan bagi mereka yang melakukan kaedah IVF, maka hukumnya juga tertakluk kepada kaedah IVF. Dengan kata lain, pasangan [...]

Akikah Bayi Yang Meninggal

Soalan: Saya melahirkan anak dalam sudah tidak bernyawa. Apakah saya boleh membuat akikah untuknya? Jawapan: Sekiranya dia lahir atau janin yang gugur dalam keadaan telah ditiupkan ruh, iaitu setelah berlalunya empat bulan ibunya mengandungkannya maka boleh diakikahkan untuknya. Ini kerana ia layak dinamakan bayi. Sumber : http://drmaza.com

Mengawal Kelahiran

Soalan : Adakah mengawal kelahiran diizinkan dalam Islam Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî, mantan Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh Penggunaan ubat-ubatan atau apa sahaja bentuk kawalan kelahiran yang akan mencegah kehamilan secara kekal (pemandulan) adalah tidak dibenarkan melainkan si ibu tenat atau berada dalam situasi di mana doktor memutuskan bahawa kehamilan boleh membahayakannya. Dalam [...]

Puasa Wanita Istihadhah

Soalan : Minta bantuan para panel menerangkan permasalahan wanita istihadhah yang ingin berpuasa, sama ada puasa di bulan Ramadhan ataupun sekadar puasa sunat atau puasa ganti. Harap dapat keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat, terima kasih. Jawapan: Hukum wanita istihadhah (darah kerana sakit) adalah sama dengan hukum wanita suci [...]

Qadha’ Puasa Kerana Nifas

Soalan : Saya nak tanya. Sekiranya ada wanita yang mengalami nifas sepanjang bulan Ramadhan selepas melahirkan anak, dan dalam masa yang sama menyusukan anak tersebut. Bagaimana wanita tersebut sepatutnya menggantikan puasa? Saya ada bertanya kan beberapa orang ustaz, ada yang menjawab; 1. Bayar fidyah sahaja, tanpa qadha’, kerana ia termasuk wanita yang menyusukan anak. 2. [...]

Menyusu Badan & Niat Ganti Puasa

Soalan : 1. Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya mengulangi wuduk? 2. Bagaimanakah cara berniat ganti puasa? Bolehlah ia dibuat dalam bahasa Melayu? Jawapan : 1. Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk. [...]

Dedah Aurat Ketika Bersalin

Soalan : Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut? Dijawap oleh Ustazah Sakinah Jawapan : Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan [...]

Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding)

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa. Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg [...]

Ganti Puasa Wanita Mengandung

Soalan: Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung 7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas. Soalannya: 1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan yang amat sangat [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers