Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa 1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya. 2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya. 3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari. 4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) [...]

Keliru Haid Ketika Puasa

Saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1 Ramadhan. Malam itu saya bersama dengan suami. Keesokan harinya pada waktu saya hendak solat Zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur coklat. [...]

Kaedah Khitan Wanita

Ada kajian, ramai perempuan ada masalah dalam seks berpunca daripada khatan. Perlu pencerahan ni. Contohnya; khatan bagaimana? Berikut adalah petikan jawapan Abul Harith dari ruangan Soal Jawab Perubatan, Al-Fikrah.net. Dilampirkan di sini untuk perkongsian agar dapat merungkaikan kekeliruan ulama’ juga ahli sains Muslim mahupun non-Muslim tentang isu khatan wanita. As-Salamua’laykum.. Majoriti ulama’ mengatakan khitan lelaki [...]

Solat Dalam Keadaan Hadas Kerana Uzur

Soalan: Apakah hukum jika sesuatu keluar dari qubul dan dubur? Bagaimana jika seseorang mengeluarkan angin dari duburnya, walaupun dia telah mengambil wuduk lebih dari lima kali? Bagaimana pula jika dia terus melakukan solat itu. Adakah dikira darurat? Jawapan: Pertama, masalah sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terlalu banyak seperti air mani, air mazi, air [...]

Puasa Wanita Istihadhah

Soalan : Minta bantuan para panel menerangkan permasalahan wanita istihadhah yang ingin berpuasa, sama ada puasa di bulan Ramadhan ataupun sekadar puasa sunat atau puasa ganti. Harap dapat keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat, terima kasih. Jawapan: Hukum wanita istihadhah (darah kerana sakit) adalah sama dengan hukum wanita suci [...]

Menyusu Badan & Niat Ganti Puasa

Soalan : 1. Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya mengulangi wuduk? 2. Bagaimanakah cara berniat ganti puasa? Bolehlah ia dibuat dalam bahasa Melayu? Jawapan : 1. Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk. [...]

Melakukan Facial Ketika Puasa

Soalan : Adakah sah puasa seseorang itu jika dia melakukan facial semasa berpuasa? Jawapan : Puasa seseorang yang melakukan yang demikian sah di sisi syarak kerana mencuci muka tidak termasuk makan dan minum atau yang sama maksud dengannya. Wallahu a’lam. Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Keluar Air Mazi Ketika Puasa

Soalan : Adakah batal puasa seseorang itu, ketika waktu puasa terkeluar air mazi? Boleh nyatakan dengan teliti apa itu air mazi? Jawapan : Air mazi berbentuk cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan atau melihat perkara-perkara yang mengghairahkan. Ia najis dan membatalkan wuduk. Cara membersikannya ialah dengan merenjiskan air pada pakaian [...]

Keluasan Fiqh Untuk Pelajar & Pengamal Perubatan

Berikut adalah sedutan dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Moga menjadi panduan & manfaat buat semua. Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh [...]

Darah Hitam Keluar Dari Kemaluan

Soalan : Sekiranya darah yang berwarna hitam legam keluar dari kemaluan seseorang tersebut selain dari darah haid, apakah darah tersebut? Adakah ia suatu petanda penyakit? Jawapan : Sekiranya darah yang berwarna hitam itu keluar ketika dalam tempoh haid, berserta sengal-sengal di bahagian perut dan pinggang seperti yang terjadi kepada sesetengah wanita ketika didatangi haid, maka [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers