Sahabat Fiqh Medic

As-Salamua’laykum…

Bagi menghargai pengunjung setia FiqhMedic, kami berminat untuk memaparkan link (blog/website) anda.

Kami menyedari sebilangan besar pengunjung adalah dari kalangan pelajar dan pengamal perubatan, termasuk juga golongan professional dan aliran agama. Tidak dilupa juga kepada individu lain. Terima kasih.

Moga kita dapat mewujudkan jaringan sesama kita. E-group FiqhMedic akan diwujudkan sebagai medium untuk kita berkongsi pendapat dan perkembangan terbaru mengenai perubatan Islam dan isu Fiqh yang berkaitan dengannya.

Sila emailkan ke dr.abulharith@gmail.com detail anda;

a) Nama penuh

b) Pekerjaan

c) Universiti / Jabatan / Syarikat

d) Alamat blog / website

e) E-mail

f) No. Phone

g) Lain-lain

Insya-ALLAH, link blog/website anda akan disiarkan dalam page ni. Anda juga akan dijemput ke E-group yang mengumpulkan pengunjung setia laman FiqhMedic ini.

Terima kasih, Wassalam.

Link Sahabat Fiqh Medic

Abu Usamah, UIAM, http://the-authenthic.blogspot.com

Ahmad Husaini Dollah, INTEC UiTM, http://husaini06.blogspot.com

Ana Abdillah, Gadjah Mada Uni, http://kapalkecilku.blogspot.com

Effy Saiful, Cairo Uni, http://effysaiful.blogspot.com

Harith Abdul Malek, CUCMS, http://harithunjadid.blogspot.com

Juwairiah Md Jamil, API UM, http://diariungu.blogspot.com

Nor Azhani Azmi, Pegawai Perubatan UD41, http://azhaniazmi.blogspot.com

Nur Faisza Isa, Management & Science University, http://nurfaisza.wordpress.com

Yussamir Yusof, MMU www.yussamir.com

10 Responses

  1. ana skrgbertugs sbg Houseman.., sorry, susah pulak nak email nye..computer lambat skt..
    tapi berminat utk jadi sahabat fiqh medic

    Abul Harith : Wassalam Dr. Alquds. Selamat menyertai keluarga FiqhMedic. Sila-silakanlah berkongsi pendapat dan pandangan.

  2. salam’alaik…ana seorang siswi kejururawatan di salah sebuah ipts. ana dapati kebanyakkan kursus kejururawatan tidak menyediakan skop kandungan kursus untuk bahagian fekah,ini menyukarkan kami untuk mengplikasikan perawatan yang benar-benar membantu.boleh bantu untuk wujudkan saru bahagian khas untuk bahagian kejururawatan ke?dari isu yang mudah ke kompleks. syukran.

    Abul Harith : Wassalam & syukran Sdr. Diana atas cadangan.
    Isu ini selalu diutarakan oleh pelajar kejururawatan, jururawat & pengajar jururawat kepada saya. Saya menghadiri beberapa seminar & ceramah kepada golongan di atas berkenaan Fiqh Medic. Saya melihat kepentingan dan keperluan golongan jururawat mendapat pemahaman yang tepat dalam soal ini.

    Insya-Allah, saya dalam usaha mengumpul maklumat & bahan untuk keperluan silibus Fiqh Medic untuk keperluan jururawat. Saya dalam usaha berjumpa dekan & pengajar kursus kejururawatan untuk membangunkan modul ini. Sdr. digalakkan untuk bertanya soalan, memberi cadangan dan berkongsi pengalaman sebagai jururawat untuk kami mengetahui isu-isu yang berlaku di sekitar amalan kejururawatan.

    Terima kasih.

  3. Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

    Tahniah kerana saudara dapat mewujudkan bolg yang bermanfaat untuk orang islam. Semoga saudara diberi ganjaran oleh ALLAH.

    Abul Harith : Wa’alaykumusSalam Tuan Mohd. Nasir,

    AMIN atas doa Tuan. Terima kasih atas ziarah dan sokongan Tuan.

  4. thanks faidhi! (^_^) but Al-Azhar university is more like it..hehe

    n mine has been officially changed to http://www.effysaiful.com

    but that one’ll do too =)

    Abul Harith : Good luck in whatever you do, Sahabat.

  5. Saya muskil, sekiranya saya mengambil wuduk dengan memakai seluar pendek ataupun tuala selepas mandi , kemudian baru menyarung kain sarung .. Adakah wuduk saya batal kerana mendedahkan aurat…

    Abul Harith : Syukran Sdr. Abdul Razzaq atas soalan.

    Wudhu’ Sdr. sah walaupun mendedahkan aurat. Untuk persoalan lanjut tentang apa-apa masalah agama, saya syorkan Sdr. merujuk juga link tersebut;

    http://soaljawab.wordpress.com/
    http://al-fikrah.net/
    http://al-ahkam.net/

    Wassalam.

  6. saya ingin meminta kebenaran mengambil info dari blog anda ke blog saya…tujuan untuk menyebarkan maklumat kepada umum…terima kasih

    Abul Harith : Puan Ummi,

    Silakan sebar apa yang ada dari laman ini. Moga manfaat laman ini dapat disebarluaskan. Terima kasih.

  7. Saya berminat untuk membuat kerjasama pihak Doktor bagi menyiarkan segala bahan yang terdapat dalam laman ini ke dalam blog saya atau ke laman rasmi persatuan saya.

    Harap diluluskan dengan izin.

    Abul Harith : Wassalam Dr. Suhazeli, terima kasih atas kunjungan.

    Saya masih lagi penuntut perubatan di Cyberjaya. Saya cuma berniat berkongsi apa yang ada untuk manfaat masyarakat.

    Bagaimanapun, saya amat berbesar hati jika sedikit sebanyak bahan laman ini dapat dimanfaatkan oleh pihak doktor dan juga ahli persatuan yang ada. Silakanlah ambil apa-apa petikan artikel dari laman ini asalkan disertakan link bersumber dari laman ini. Ini memudahkan saya menerima apa-apa feedback dari orang ramai jika terdapat hukum hakam yang perlu dikaji semula di masa depan. Saya juga berharap doktor sudi memberi komen jika terdapat bahan dari laman ini yang perlu dinilai semula.

    Saya juga banyak mengambil manfaat dari blog tuan doktor dan web PAPISMA. Semoga segala usaha dan perjuangan doktor dirahmati ALLAH.

    Wassalam.

  8. suami saya menjadi mahram saya untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Sudah 4 kali check up di hospital, tidak boleh diinject meningitis sebab darah tinggi.Apa perlu dibuat?

  9. Ana ada bekerjasama dengan beberapa orang pengamal perubatan Islam yang diyakini caranya semata-mata untuk mengkaji betapa hebatnya penciptaan Allah di sudut Alam Ghaib yang mungkin jarang diketahui umum.

    Tetapi ada pesakit yang memberikan respon seperti tidak percayakan unsur ghaib, dan juga mengatakan dalil sains telah menyangkal pendapat perubatan Islam dan sebagainya.

    Jadi, saya berfikir, mungkin ada satu jalan pertemuan diantara dalil sains dan dalil perubatan Islam. Diharap, dengan berkerjasama dengan Doktor dalam berkongsi maklumat, InsyaAllah Ana dapat rungkaikan serba sedikit permasalahan yang berlaku. InsyaAllah.

    Syukran.

  10. Assalamualaikum.

    Mabruk pd saudara seagama kita ni.teruskan mengumpul sebarang isu fiqh kotemporari ini terutamanya melibatkan fiqh perubatan dan pergigian.

    insyallah, kami semua mendoakan najah kesemuanya.

Leave a Reply