Pembedahan Kosmetik

Soalan : Sila jelaskan sejauh manakah pembedahan kosmetik diizinkan dalam Islam?

Jawapan: Pembedahan kosmetik dibenarkan untuk memulihkan kecacatan atau mengembalikan wajah fizikal seseorang kepada normal selepas kemalangan. Diizinkan juga bagi individu untuk mengubah bentuk fizikal apabila wujud kecacatan semulajadi atau kekurangan selepas kemalangan.

Adalah tidak diizinkan untuk mengubah bentuk fizikal sesorang yang normal demi kelihatan lebih menarik kerana cenderung untuk cantik semata-mata. Dalam al-Quran, ALLAH berfirman bahawa Syaitan akan membawa manusia menjadi kufur (menyimpang dari jalan yang lurus) dan cara memperdaya manusia supaya mengubah ciptaan ALLAH.

لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا (118)

وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا (119) سورة النساء

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Dijawab oleh Jawatankuasa Penyelidik Jabatan Fatwa, dipengerusi oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî

Sumber: ditarjamah dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

5 Responses

  1. boleh tak saya buat pembedahan buang lemak atau sedut lemak di bahagian perut dan pinggang

  2. SALAM…SAYA PERNAH SUNTIK KOLEGAN PADA HIDUNG SAYA SEMATA2 UTK NAMPAK LEBIH CANTIK DAN MANCUNG…KEMUDIAN,SELEPAS 4X SUNTIK,HIDUNG SY TIDAK MENJADI SPERTI YG DISANGKAKAN..IA MNJADI PELIK SEHINGGA MENCACATKAN WAJAH SY.RAMAI YG PIKIR SY PATAH HIDUNG N ITU HIDUNG PALSU KRANA IA SGT HODOH.DGN KATA LAIN,WJAH SY MENJADI CACAT.HIDUNG SY MENJADI BESAR,KEMBANG,JATUH N SEPERTI PATAH KRANA BATANGNYA BENGKAK N MEMBESAR SEHINGGA BERCANTUM DGN DAHI.KMUDIAN,DOKTER MNGATAKAN KOLEGAN INI BERBAHAYA N HARUS D BUANG..KOS PEMBUANGAN KOLAGEN D MLYSIA RM3000 KE ATS..DAN KALAU D THAILAND HNYA RM1000 SEKALI DGN MEMASUKKAN BATANG LAIN N MEMBUANG LEBIHAN BUNGA(KELOPAK HIDUNG YG LEBIH)….SY IGN BERTANYA,ADAKAH HARAM KALU SY MEMBUANG KOLEGAN INI DAN MEMASUKKAN BATANG LAIN SERTA MEMBUANG LEBIHAN BUNGA??TLG JWB….

  3. […] Pembedahan Kosmetik « Isu Fiqh Perubatan Kontemporari14 Jan 2008 … Jawapan: Pembedahan kosmetik dibenarkan untuk memulihkan kecacatan atau mengembalikan wajah fizikal seseorang kepada normal … […]

  4. mau tanya hukum suntik filler (untuk mengurangi kerutan diwajah) bagaimana ?
    trmksh

  5. Ahaa, its nice dialogue about this paragraph here at
    this website, I have read all that, so now me also
    commenting here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: