Derma Organ Orang Meninggal Dunia

Soalan : Assalamualaikum… Apakah hukumnya kita mendermakan organ kepada orang lain? Adakah itu dibenarkan dalam Islam?.

Jawapan :

Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

  1. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
  2. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
  3. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggotanya.
  4. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – Panel(fs)051007

9 Responses

  1. soalan tambahan;

    saya pernah mendengar pendapat yg mengatakan jika badan orang mati dilukakan maka roh jenazah akan menderita… bagaimana pendapat ahli panel di sini…???/

  2. Wassalam Sdr. AbuIzzat,

    Berkenaan soalan Sdr., saya telah selidik dan tiada sebarang dalil yang menyokong dakwaan tersebut. Mungkin mana-mana pengunjung boleh mengemukakan dalil jika terjumpa. Setakat yang ada, hanyalah tuntutan memuliakan jenazah dalam erti kata menutup aib si mati.

    Tambahan pula, urusan dunia berunsur nikmat, sakit dan dugaan adalah ujian dan cubaan (taklifat) kepada orang yang masih hidup yang boleh beramal untuk menilai sejauh mana kebajikan dan pahalanya. Maka, andai sudah bercerai ruh dari jasad, tiada lagi taklifat ke atasnya melainkan masa untuk balasan samada nikmat atau azab dikubur dan seterusnya.

    Tiada banyak hal yang boleh dijelaskan berkenaan urusan alam ruh melainkan serba sedikit yang dinyatakan nas Quran & hadith. Firman ALLAH;

    وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيلا
    “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.”
    (Al-Isra’:85)

    WaLLAHu a’lam.

  3. assalamualaikum w.b.t..
    saya berminat untuk menderma organ.apakah prosedur yanag perlu saya lalui?contohnya nak daftar kat mana ek?ada tak laman web rasmi untuk orang yang hendak menderma organ

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Najihah,

    Tahniah kerana berminat menderma organ. Berkenaan segala urusan dan proses untuk menderma organ, sila hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional di talian bebas tol 1-800-88-9080 atau lawat laman web http://www.agiftoflife.gov.my/

    Terima kasih.

  4. asalamualaikum w.b.t
    saya nak tanya,apakah hukum kalau kita tangkap gambar mayat ataupun ambil video ketika proses pengebumian jenazah?

    lagi satu,
    saya nak tahu tentang pembahagian wasiat si mati kepada anak-anaknya.
    situasinya begini, sebelum si mati meninggal dunia,beliau ada menyimpan sejumlah wang di KWSP dengan menggunakan nama anak sulungnya. kemudian setelah meninggal dunia anak-anaknya ingin menuntut kembali wang itu. persoalannya di sini, adakah anaknya yang lain mempunyai hak terhadap wang tersebut, ataupun wang itu hanya berhak digunakan oleh anak sulung nya sahaja?
    terima kasih……

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Yana, terima kasih atas soalan.

    Hukum mengambil gambar mayat dan semasa pengebumian bergantung kepada keperluan. Jika ia dilakukan oleh ahli keluarga untuk merakam saat akhir orang tersayang, maka ia diharuskan. Ia juga dibolehkan untuk urusan penyasatan jenayah dan bedah siasat perubatan jika perlu. Tapi jika ia dilakukan oleh pihak yang tidak berkaitan dan dikhuatiri akan menyebarkan aib si mati, maka ia adalah haram. Aib dan maruah si mati perlu dipelihara.

    Wang KWSP dikira wang pusaka si mati yang perlu dibahagi kepada setiap anak dan keluarga yang berkaitan mengikut nisbah pembahagian yang telah diperuntukkan Syariah. Anak sulung terbabit hanyalah penama sahaja, bukan bererti dia waris mutlak wang tersebut. Sila rujuk peguam atau Ustaz yang mahir tentang cara pembahagian harta pusaka ini.

    WaLLAHu a’lam.

  5. Mengapa pula menderma organ dilihat seperti tidak bersyukur dengan nikmat Allah?
    Bukankah lebih baik menderma organ untuk orang yang memerlukan berbanding membiarkan organ tersebut reput di dalam tanah selepas kematian kita.
    Lagipula semua di dunia ini adalah pinjaman Allah, maka kita harus bersyukur dengan nikmat tersebut dengan merendah diri dan membantu orang lain.
    Bayangkan jika anda sendiri merupakan pesakit yang mengalami kerosakan organ. Maka tentu sekali anda mengharapkan bantuan penderma organ untuk kembali sihat.
    Jadi, janganlah kita melihat pendermaan organ sebagai sesuatu yang tidak wajar.

  6. salam buat empunya blog, pengkomen dan sahabat yg membaca. maaf sekiranya tulisan sy ini mengganggu fikiran anda semua. sebelum sy pergi lebih jauh, ingin sekali sy bertanya kepada anda semua. pernahkah saudara saudari sekelian melihat bagaimana orang mati @ mayat @ jenazah itu dimandi, dikafan, diangkat dan diusung ke kubur @ tempat persemadian? mungkin soalan sy ini agak simple tp apa yg cuba sy sampaikan ialah,……

    semasa hayat kita masih ada, kita akan merasa sakit apabila dicubit, rasa nak meraung apabila tangan terhiris walau dengan pisau berharga rm0.20 (pisau lipat). kita merasa mahu merjeri “sakitttt” apabila situasi itu berlaku. sy sendiri jika diberi pilihan, sy tak mahu merasainya, namun itulah lumrah. mengelak dari pisau lipat tak bermakna akan terlepas dari parang, gergaji, mahupun mata kail bagi pemancing seperti sy.

    sekadar peringatan dari sy.
    ini berdasarkan pengalaman sy yg adakala pergi menghadiri dan ada ketikanya turut serta dalam proses pengurusan jenazah.

    semasa proses pemandian, sy sering diingatkan agar tidak mengasari tubuh simati kerana jika itu berlaku, tubuh simati akan merasa sakit yg amat sangat. terfikirkah anda?

    semasa proses pengkafanan, sy sering dinasihatkan supaya melakukannya dengan cara paling cermat. waima mengangkat tanganya untuk diletakkan cebisan tisu dicelah lelipatnya.

    semasa proses menghurung jasad simati ketempat persemadian pun sy diingatkan agar melakukannya dengan berhati- hati ( jangan sampai tubuh simati terhentak). simati akan merasa sakit berganda andai itu berlaku.

    tahukan anda bahawa jasad orang yg sudah dipisahkkan oleh roh juga akan merasa sakit? sakitnya pula adalah berganda berbanding rasa sakit jika dibanding dengan orang yg masih bernyawa. seandainya hijab kita dibuka oleh kuasa allah swt untuk diperdengarkan jeritannya diwaktu itu, pastinya tiada siapa sanggup menguruskan jasad simati.

    kesimpulan yg dapat sy berikan ialah, berfikirlah sebelum bertindak. ya ,. ayat yg selalu kita dengar dan sebutkan. mengenai program menderma organ selepas mati, sejujurnya, saya amat TIDAK SOKONG. sedarlah bahawa yg amalan kita hanya diterima oleh allah semasa kita masih bernyawa sahaja. nasihat sy, usahlah mengejar nama dengan kononnya dapat menolong orang selepas mati kelak kerana semuanya sudah tertulis bahawa:

    1)amalan semasa hidup (solat dan mengaji)
    2)doa anak yg soleh
    3)amal jariah semasa hidup

    itu saja yg menjamin kesejahteraan kita kelak. walau bagaimana pun, sy menasihatkan saudara saudari agar memilih untuk menderma organ selama hayat dikandung badan untuk mengelakkan azab sakitnya menempuh alam barzakh sebelum diazab pula oleh allah swt. lebih elok kita menderma rm0.10 ditabung membina masjid @ sekolah dari terpaksa menjerit kesakitan akibat jantung, hati, paru- paru dll direntap oleh hamba seperti kita juga. itu lebih dipandang mulia disisinya. belum tentu sipenerima “bantuan” anda itu seorang muslim. jikalau muslim pun, adakah dia anak anda?

    fikirlah….
    iklas dari saya….
    maaf jika kata- kata sy telah menyinggung perasaan saudara saudari sekalian. sy cuma mengingatkan saudara saudari seagama seperti dituntut oleh agama kita.

    hukum fatwa berubah setiap tahun, balasan allah swt kekal selamanya.
    sekian, terima kasih,
    regards,
    مهمر حافيظ

  7. Saya berharap agar ada dikalangan keluarga dan sahabat “SITI HAMIDAH” yang sakit knonik dan menunggu kematian. Tak sempat menunggu untuk organ baru kerana tiada kekosongan penderma baru.

    SYAITAN ni, kalau nak menyesatkan org bole buat mcm-mcm cara. Hendak buat sedekah terakhirpun dia pasti menyesatkan org ramai lagi dengan menggunakan alasan yg lembut sopan dan sebagainya.

    MasyaAllah. Israel sungguh keturunan perempuan ini.

  8. As salam.
    Terima kasih admin atas usaha saudara memperjelaskan hukum ini. Alhamdulillah, saya sendiri sudah rasmi bergelar penderma organ. Bagi saya, niat adalah penentu utama. Saya mengaku terdapat segelintir individu yang memandang serong perihal pendermaan organ ini, namun percayalah pendermaan organ ini sangat bermanfaat kepada masyarakat. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan pelajar master dalam bidang penyelidikan untuk mengenalpasti potensi herba tradisional sebagai ubat-ubatan. Dalam bidang kajian ini, kami menggunakan pelbagai sel manusia seperti sel kulit, sel kanser, sel hati dan sebagainya. Cuba bayangkan dari mana kami memperolehi sel-sel tersebut? Tentunya dari penderma-penderman organ. Lihat, bukan sahaja pendermaan organ dapat membantu individu yang memerlukan organ, tetapi juga dalam penyelidikan bagi mencari penawar terhadap sakit-sakit kronik. Sudah semestinya, kita hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan segala-galanya.
    Insha Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: