Haidh Terputus Sehari, Kena Ganti Puasa?

Soalan : Seorang wanita datang haid selama 5 hari, hari ke 6 telah berhenti haidnya dan telah mandi wajib dan berpuasa pada hari itu. Hari ke 7, datang semua haidnya. Soalannya, perlukah wanita tersebut qadha untuk hari ke 6 itu? Adakah dia telah benar-benar suci pada hari ke 6 itu?

Sekian

Jawapan :

Kebanyakan fuqaha berpendapat sekurang-kurang waktu suci antara dua haidh ialah 15 hari. Dan ada pendapat (mazhab Hanbali) mengatakan 13 hari. Ada riwayat dari Malik iaitu 10 hari.

Oleh itu, jika terhenti pada hari ke-6, dan datang darah balik pada keesokannya, maka tempoh suci itu baru sehari. Maka ia tidak dinamakan suci. Ia masih dihukum sebagai haidh. Maka jika dia berpuasa hari itu, wajib diqadha’kan balik puasanya nanti.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

  • Syarah Kabir Ibn Qudamah 1/322
  • Al-Hawi al-Kabir 1/435

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

4 Responses

  1. hm..bukan ke tak perlu puasa balik utk hari ke enam tu..sbb dia kan dah mandi wajib..and waktu tu mmg dia berpuasa atas dasar dia dah suci..cumanya haid tu keluar utk hari ke tujuh..maknanya juga sepanjang hari ke 6 tu mmg dia dalam keadaan suci..

    ??

  2. Wassalam kepada Sdr. yang bertanya,

    Jika menurut fuqaha seperti di atas, kebanyakannya telahpun menetapkan waktu suci adalah paling kurang 13-15 hari.

    Tambahan pula, jika menurut sains perubatan, 1 hari tanpa darah itu bukanlah beerti telah habis haid atau menstruation. Proses pendarahan masih berlaku kerana hakisan dinding endometrium, cuma rembesannya boleh jadi terhenti seketika.

    Ia sama sahaja dengan keadaan darah yang tidak keluar selama beberapa jam setiap hari semasa haid. Cuma dalam kes ini, ia terhenti seketika melebihi 12 jam, maka ramai tersalah anggap mengira mereka telahpun suci.

    WaLLAHu a’lam.

  3. salam…
    saya hanya inginkn kepastian…adakah yg dimaksudkn haid di atas adalah cecair darah, bkn kekotoran yg berwarna coklat / hitam sepertimana yg keluar diakhir2 haid?sekiranya yg keluar hanyalah kotoran coklat, ia masih dikira suci kn?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nur & Syukran atas soalan.

    Soalan Sdr. telah dijawab dengan posting baru,
    https://fiqhmedic.wordpress.com/2008/10/20/darah-hitam-keluar-dari-kemaluan/

    JazakaLLAH.

  4. Salam.saya ingin bertanya. Saya sudah berhenti haid pada hari ke sepuluh.dua hari selepas itu pada waktu tengahari keluar lendir jernih dengan jaluran darah.keesokannya juga pada waktu tengahari dan petang juga begitu.adakah ini haid?dan apakah masalah yang mungkin saya hadapi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: