Khatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-kanak Cacat Akal

i. Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.

 ii. Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadat termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.

Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-77, JAKIM

2 Responses

  1. Salam. Sekadar bertanya. Setahu saya, circumcision adalah salah satu daripada sunnah fitrah yang tsabit dari Rasulullah S.A.W melalui hadits yang shahih. Malah, dari aspek perubatan, kita akan mendapati bahawa circumcision mempunyai banyak kelebihan, antaranya untuk menangani masalah phimosis dan paraphimosis, dll.

    Sedangkan heamophilia adalah relative contraindication bagi circumcision (kerana kita boleh menyediakan blood product yang diperlukan sebelum melakukan proses tersebut).

    Bukankah ini bererti masalah tersebut boleh diatasi? Atau mungkinkah ada alasan-alasan lain yang turut diambil kira?

    Abul Harith : Wassalam mrblinc. Syukran atas soalan.

    Memang kita boleh sediakan blood product (especially Factor VIII & IX) untuk mengatasi masalah pendarahan pesakit hemophilia. Namun, menurut pakar hematologi yang saya jumpa, kos untuk menyediakan semua ini boleh mencecah RM 20 000. Tidak ramai yang mampu mengeluarkan kos begitu semata-mata untuk berkhatan.

    Bagaimanapun, fatwa yang dikeluarkan tertakluk kepada limitasi teknologi & penemuan perubatan semasa. Andai di masa depan, kita menemui cara yang lebih baik membantu pesakit ini, maka fatwa tidak harus pesakit hemophilia berkhatan secara automatik akan tidak terpakai.

    WaLLAHu a’lam.

  2. salam alaik.

    macam mana pulak kalau menggunakan tara clamp?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: