Pemindahan Jantung Dan Mata

Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

a)Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

b)Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.

c)Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.

d)Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat kemalangan.

Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama

One Response

  1. Assalammualaikum,
    Saya & suami akan menjalani prosedur IVF setelah menjalani bermacam macam treatment untuk mendapatkan zuriat setelah kian lama. Doktor kami telah tetapkan hari mulanya treatment kami mulai Julai dan suntikan untuk menghasilkan folikal telur akan bermula pada hari ke 21 of menses cycle. (haid untuk bulah Julai). Tetapi, setelah saya membuat kiraan mengikut jadual suntikan selama sebulan sebelum prosedur IVF dilaksanakan, saya dapati tarikh prosedur IVF kemungkinan besar akan jatuh ke dalam bulan ramadhan, yaitu pertengahan atau akhir bulan Ogos 2010. Untuk melaksanakan prosedur ini, doktor mensyorkan kami, supaya suami saya menghasilkan spemanya(fresh specimen) secara onani pada hari yang sama kami menjalani prosedur ini. Soalan nya, ia haram untuk lelaki melakukan Onani pada bulan ramadhan, bolehkah suami saya menghasilkan spermanya dengan tujuan menjayakan proses IVF ini lalu membayar puasanya untuk hari tersebut atau dia harus brpuasa selang hari selama setahun ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: