Qadha’ Puasa Kerana Nifas

Soalan : Saya nak tanya. Sekiranya ada wanita yang mengalami nifas sepanjang bulan Ramadhan selepas melahirkan anak, dan dalam masa yang sama menyusukan anak tersebut. Bagaimana wanita tersebut sepatutnya menggantikan puasa? Saya ada bertanya kan beberapa orang ustaz, ada yang menjawab;

1. Bayar fidyah sahaja, tanpa qadha’, kerana ia termasuk wanita yang menyusukan anak.
2. Qadha’ sahaja, tanpa fidyah, kerana ia termasuk wanita yang nifas dimana haram puasanya.

Wallahualam.

 

Jawapan :

 

Haidh dan Nifas adalah uzur syar’ie yang menghalang daripada sah puasa. Jadi, wanita nifas, HARAM puasa, dan TIDAK SAH puasanya. Selepas selesai nifasnya, maka hendaklah qadha’ puasanya tanpa fidyah. Masalah ini adalah ijmak tiada khilaf padanya.

 

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/257

 

Wallahu A’lam.

 

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

One Response

  1. Assalammualaikum..

    Sekiranya tahun lepas saya tidak berpuasa kerana bersalin di bulan ramadhan dan tahun ini saya tidak sempat qadha’ puasa saya sebelum sampai ramadhan tahun ini kerana menyusukan anak, adakah saya perlu menggandakan qadha’puasa saya? (maksudnya saya tidak puasa selama 20 hari tahun lepas dan tahun ini saya tidak sempat qadha’ puasa, berapakah qadha’yang perlu saya lakukan)?

    Abul Harith : Wassalam Puan Raihani. Terima kasih atas soalan.

    Puan hanya perlu qadha’ puasa Puan sama mengikut hari yang telah ditinggalkan. Tiada ditambah atau dikurangkan hari walaupun telah melampaui tahun semasa. Tidak perlu juga fidyah. Ini adalah pendapat Syeikh Soleh al-Uthaimin dalam 40 Sualan fis Saum (Rujuk ibnothaimeen.com). Moga Puan diberi kekuatan untuk qadha’ puasa bagi memenuhi tuntutan puasa Ramadhan sebelum datang apa-apa kerumitan mendatang.

    WaLLAHu a’lam. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: