Webmaster

ibnsina.jpg

As-Salamua’laykum….

Laman ini dibangunkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin fatwa dan jawapan berkenaan permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan dunia perubatan daripada aspek pengamal perubatan, ubat-ubatan dan prosedur perubatan sendiri.

Material laman ini kebanyakannya diperoleh dari sumber website lain dan juga buku atau kitab-kitab yang mempunyai rujukannya. Segala sumber rujukan akan dinyatakan. Bahasa perantara laman ini adalah B. Melayu untuk kemudahan semua pihak, namun English & Arab juga diterima pakai.

Laman ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia perubatan samaada doktor, jururawat, pegawai kesihatan bersekutu dan juga siswa perubatan. Ianya juga diharap memberi manfaat besar kepada masyarakat awam.

Segala pertanyaan, cadangan, komen dan sumbangan material (sama ada dalam B. Melayu, English atau Arab) untuk laman ini amatlah digalakkan dan bolehlah diemailkan ke dr.abulharith@gmail.com.

PENAFIAN

Pihak pembangun fiqhmedic.wordpress.com tidaklah berniat untuk menciplak, menyalahguna atau mengambil hasil pihak lain melainkan sekadar berniat memudahkan penyampaian ilmu agama kepada masyakat. Segala sumber artikel dan fatwa dinyatakan sumber website atau bukunya. Pengunjung digalakkan merujuk dan melawat sumber terbabit.

Segala material di laman ini adalah untuk manfaat semua. Pengunjung dibenarkan menyalin, mengestrak dan mencetak atau menerbitkan semula untuk tujuan pengajian dan penyebaran ilmu. Segala tindakan yang berunsur kepentingan peribadi dan komersial tidak digalakkan.

إِنْ أُرِيدُ إِلاَّ الإِصْلاَحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) ALLAH. Hanya kepada ALLAH aku bertawakkal dan hanya kepada-NYA-lah aku kembali.” (Surah Hud, 88)

Wassalam.

Abul Harith, Cyberjaya.

26 Responses

  1. Menarik blog ni akhi,informative!! bagus!!
    keep up a good work!!!
    ana balik tahun ini, boleh berjumpa….
    updated: ‘Jangan Kemaruk’ dan ‘Signifikan 40′ di:
    http://www.rencamagama.blogspot.com

  2. Alhamdulillah, satu blog yg menarik utk komuniti pelajar perubatan terutamanya, serta para doktor.

  3. blog macamni yg dicari2..dpt membantu pelajar2 perubatan seluruh dunia belajar sambil tidak lari dari hukum agama..

  4. Syukran atas response saudara semua yang menjadi motivasi untuk saya teruskan weblog ni. Saya mohon doa dari semua agar terus diberi kekuatan, ketabahan, kelapangan dan istiqamah dalam meneruskan usaha ni walaupun berkejaran dengan kesibukan dunia perubatan ni. Syukran sekali lagi.

  5. Assalamualaikum wm wb,

    Blog yang amat bermanafaat pada seluruh warga medik muslim khususnya dan seluruh muslim umumnya.
    Diharap isu seperti cloning dan teknologi perubatan terbaru dapat dimasukkan.
    Salah satu bahan rujukan yang berguna;rujuk kepada FIMA(federation of Islamic Medical Association) booklet.
    Wallah hu alam.

  6. salam…alhamdulillah.dh lama tercari2…jazakallah dgn adanya blog ni..moga ganjaran pahala berterusan dgn manfaat yg diberi kpd org ramai….syukran!

  7. nak minta kebenaran untuk copy ke blog ana ye…hrp blh…=)

  8. Wassalam kepada corneaspecialist & abid_sakina. Syukran atas kunjungan dan galakan. Moga beroleh manfaat dari laman ini lebih-lebih lagi Sdra/i dari bidang perubatan. Dan silakanlah sebarkan apa yang ada untuk manfaat orang lain juga. Boleh juga copy dengan menyatakan link laman ini sebagai kredit dan tujuan promosi.

    Syukran juga atas cadangan untuk rujukan itu. Saya sedang mengkaji isu-isu tersebut dengan merujuk kepada prosiding dan laporan dari perbicangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majma’ Fiqh Islami dan juga akademi fiqh lain. Saya akan sentiasa berbicang dengan pakar dalam isu tersebut dari PPIM & FIMA. Moga ia dapat dimuatkan untuk perbicangan di masa depan.

    Wassalam.

  9. Assalamualaikum…..blog ni ana bg lima bintang…bagus la akhi…..semoga akhi dpt meneruskan usaha murni ni….walaupun ana buka dari bidang perubatan ttpi ia berguna untuk rujukan…ana nak minta izin untuk copy apa2 maklumat berkaitan hukum perubatan dlm blog ni…

    Abul Harith : Wassalam mann_muslim. Syukran atas respon baik anta. BarakaLLAHu fik.

  10. Assalamualaikum..bg sseorg yg brmnt dgn fiqh medic..ana sgt kagum dgn usaha akhi..teruskn prjuangan..cuma nk tya..anta seorg dr bhgn mana?..

    Abul Harith : Wassalam akhi alquds. Syukran atas sokongan. Ana cuma mengambil manfaat dan berkongsi ilmu sebagai penuntut dalam bidang perubatan. Mendapat inspirasi mendalami ilmu Islam sejak di sekolah agama, mengenali dan mencintai al-Quran dan Sunnah tika di maahad tahfiz, kemudian bertafaqquh menyelongkar khazanah ilmu semasa universiti. Sentiasa mencari (kadang-kadang berkongsi) ilmu diniyyah melalui macam-macam ceramah, kuliah, program, seminar, kursus dan juga penglibatan dengan pelbagai NGO.

    p/s: Coretan ini hanyalah ‘Salam Perkenalan’ buat taulan pengunjung yang mungkin mengenali dan terlibat dengan ana secara langsung mahupun tidak. Syukur kerana berpengalaman bersama kalian. Tidak dilupa juga para mua’llim & murabbi yang pernah berbudi. Syukran atas ajaran kalian. Syukran buat semua pengunjung. Moga ALLAH merahmati semua.

  11. Tahniah atas laman web ini. Sekurang2nya menambahkan lagi bahan rujukan terutama dalam hal bersangkutan ‘praktis perubatan dan pandangan ISLAM terhadapnya’.

    Teruskan usaha anda.

    Mudah2an mendapat kebaikan di sisi ALLAH, amin.

  12. assalamualaikum w.b.t.

    syabas atas usaha akhi dalam membangunkan website ini. ana amat berminat untuk mendapatkan bantuan akhi terutama dalam fiqh perubatan. diharap dapat contact ana di email ana atau di thread perubatan dalam forum http://al-fikrah.net

    wassalamualaikum w.b.t.

    Wassalam, Syukran DrAbdullah atas pelawaan.

    Ana telah pun join site AFN & AAN. Insya-ALLAH, ana akan reply & hantar post jika berkelapangan. Ana akan kongsi isi weblog ini ke sana & mungkin juga mengambil beberapa perbicangan dari sana untuk diletak di sini. Moga ia memberi manfaat kepada semua.

    Wallahu a’lam.

  13. maaf..penuntut dlm bidang perubatan ke?blum lagi dr ke skrg?

    Naam. Masih menuntut. InsyaALLAH, doktor di masa depan. Amin..

  14. assalamualaikum akh.. i dont know how to put this.. but i’m soooo impressed..

    btw, menuntut di u mane? tahun berapa?

    byk faedah n manfaat blog ni.. moga terus maju..assalamualaikum

    Wassalam Akh Effy & Syukran,
    Saya cuma berusaha, hanya yang terbaik, untuk manfaat semua. Jika ada manfaatnya, mungkin boleh promosi weblog ini.
    Untuk lebih berkenalan, boleh lawat http://abulharith.wordpress.com/.
    May ALLAH bless you.

  15. faidhi ke?? is that u faidhi? huhuhu

    thank God for giving me a chance to be friend with such an accomplished person like u..

    teruskan usaha.. looking 4wd to ur next post.. wslm

    Naam Effy,
    AlhamduliLLAH, ana pun syukur kenal anta. Sahabat sebilik yang baik di Darul Quran, classmate di UIAM & masih sampai sekarang. Syukran sebab selalu menjadi teman diskusi hadith & fiqh, menelaah kitab & eksplorasi dari gereja ke kuil & macam-macam tempat mengikuti program perbandingan agama. But you go extra mile on it with your great writing in your blog. Keep on moving. May ALLAH bless you, akhi.

    p/s: Sila lawat http://www.effysaiful.blogspot.com untuk info Perbandingan Agama.

  16. Salam..
    Tahniah atas kewujudan blog yang sangat bermanfaat ini. Semoga usaha tuan diganjari Tuhan.
    Teruskan menulis….

    Abul Harith : As-Salamua’laykum, Syeikh Abu Umair.

    JazakALLAH atas ziarah Ustaz ke blog ana http://fiqhmedic.wordpress.com. Ana rasa syukur mengenali tuan Ustaz yang juga lulusan Madinah. Sebelum ini, ana banyak mengambil Istifadah ilmu dari Ustaz lulusan Madinah seperti Ustaz Bakhtiar Yaacob & Ustaz Fathulbari, termasuk juga Ustaz Ismail Omar & Rabitah Kiblahnya. Jadi ana rasa dekat sedikit dengan golongan Asatizah seumpama Ustaz.

    Ana memohon agar Ustaz sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat & teguran sepanjang ana menulis & mengendalikan blog agama seumpama ini. Ana juga sentiasa ingin dapatkan peningkatan ilmu dalam hal ini.

    Ana juga ingin memohon kebenaran Ustaz untuk copy beberapa soal jawab Ustaz yang berkaitan dengan perubatan , fiqh & hadith untuk dikongsi di blog ana.

    Ana mendoakan agar ALLAH memberi peluang untuk ana berjumpa berkenalan dengan Ustaz suatu hari nanti. BarakALLAH.

    Wassalam.

  17. salam perjuangan…

    aisey…dah lme surf blog ni br u tau Abul Harith punye blog…

    bagus2 akhi! teruskan usaha…

    Abul Harith : Salam perjuangan kembali, akhi.
    Akh Badrul Aini. Teman sebilik di UIA PJ dulu. Soleh orangnya. Insya-ALLAH, jumpa nanti. Jangan lupa inform ana jika anta turun ke Surau Ansar, Damai.
    Moga ALLAH sentiasa menaungi anta. Moga sukses selalu. Salam Ramadhan.

  18. “Assalamu`alaikum warahmatullah, Alhamdulillah, glanced thru your answers; good, tahniah and barakallahufik.
    May Allah guide you and give you strength in this jihad of writing for the sake of Allah via helping the ummah to understand the ad-diin i.e. in area of of fiqhmedic.
    I believe the fatwa-da’wah approach exemplified in your writing is the most appropriate approach for we share not only the fatwa from ulama but to bring about change in people and stimulate amal salihin truly based on Quran and Sunnah. It rings my bell on the days when we conducted such Q n A concept in magazines for general issues some years ago before the digital age. May Allah strengthen you with wisdom.

    Abul Harith : JazakALLAH En. MSI atas komen yang memberi semangat.

    Sebarang nasihat, pandangan, cadangan, komen & kritikan amat dialu-alukan. Syukran.

  19. Aslm. Agak lama dah tak menulis bahan baru ya. Mungkin kena kawal dan rancang masa untuk menulis kerana menulis kebenaran dan kalimah yang baik juga satu jihad. Peringatan untuk pakcik juga.

    Abul Harith : Tuan Haji Saidy, Syukran atas nasihat. Doakan supaya saya sentiasa istiqamahdan diberi kekuatan juga pertolongan di atas jalan ini. JazakALLAH.

  20. Aslmkm wbkth.

    Lama tak update kedua2 blog.

    Maybe next time boleh share info pasal bekam pula??

    Wassalam Sdr. Hani. Syukran atas sokongan.
    Cadangan Sdr, saya terima. Doakanlah saya sentiasa istiqamah dalam bidang ini.
    Terima kasih.

  21. salam….moga ALLAH memberi ganjaran yang berlipat ganda di atas segala perkongsian yang diberikan…moga segala input di sini bermanfaat untuk semua..

    Abul Harith : Amin. Terima kasih atas kunjungan.

  22. salam dr abul harith, saya nak minta izin menyalin dan mencetak artikel2 dr. kami di sini ingin menerbitkan buku mengenai fiqh ibadah di hospital. terjumpa blog dr, menarik dan banyak input, jadi mintak izin menyalin dan mencetak dlm bentuk buku ya..

    Abul Harith : Wassalam,

    Silakan, moga manfaatnya disebarluaskan. Mohon dilampirkan link sumber dari laman ini untuk tujuan semakan & perbincangan andai ada pembetulan atau penambahbaikan.

    JazakALLAH.

  23. Salam, Dr. apa hukumnya pakai krim mederma? ia mengandungi alkohol. Tujuannya untuk menghilangkan parut pada kulit. Saya ingin memakainya untuk parut jerawat di muka.

    Abul Harith : Wassalam Sdr,

    Hukumnya harus & tidak najis. Sama macam krim atau gel pencuci lain.

    WaLLAHu a’lam

  24. salam..dr. saya ingin bertanya selepas saya bgn tidur pagi tadi saya mendapati rahim saya teramat sakit..saya rasa rahim saya macam digenggam dengan kuat..apakah sebab nye dr..

  25. Salam dokt….sy nak bertanyakan sekiranya bersetubuh dan si suami tak nak pancut dalam atas perancangan family,tetapi semasa bersetubuh sebelum menarik zakar terpancut sedikit,adakah bole hamil??sy mpnyai 2org anak….dan untuk mencegah kehamilan tanpa pil bagaimana ye dokt ….harap dokt ada masa menjawap soalan sy….terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 86 other followers

%d bloggers like this: