Keliru Haid Ketika Puasa

Saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1 Ramadhan. Malam itu saya bersama dengan suami.

Keesokan harinya pada waktu saya hendak solat Zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur coklat. saya jadi bingung sama ada boleh solat dan meneruskan puasa atau tidak.

Adakah ianya dikira haid?

Jawapan oleh Abul Harith;

Apabila seorang perempuan melihat cecair putih atau kuning (yang keluar dari rahim selepas tamat haid), dan dia tahu dia sepatutnya suci buat masa itu, maka dia perlu berniat untuk puasa pada malam sebelumya dan harus meneruskan puasa.

Jika dia tidak pasti bila hari dia benar-benar suci, dia perlu memeriksanya dengan kain putih atau tisu. Jika ia bersih, maka teruskan puasa. Jika ia mula berdarah semula sama ada mengalir ataupun tompokan sahaja, maka dia perlu berhenti berpuasa selagi mana dia berada dalam tempoh haid (Fatwa Lajnah Daimah, 10/154)

Jika tidak berdarah sehingga Maghrib dan dia terus berpuasa seperti yang telah diniatkan pada malam sebelumnya, maka puasanya sah. Jika seorang perempuan merasa pergerakan darah haid dalam badannya tapi ia tidak keluar sehingga terbenam matahari, puasanya sah dan tidak perlu diganti. Jika darah haid atau nifas berhenti waktu malam dan dia berniat puasa, namun tidak sempat mandi wajib bila fajar (azan Subuh) menjelang, puasanya masih sah menurut semua ulama. (Fath al-Bari, 4/148)

Begitu juga, jika seorang wanita tahu haidnya akan datang kesokan harinya, dia masih boleh teruskan niat dan berpuasa. Dia tidak perlu buka puasa melainkan dia betul-betul melihat darahnya.

Rujukan : 70 Perkara Berkaitan Puasa oleh Syaikh Muhammad Salih al-Munajjid

19 Responses

  1. jazakallahu khairan kathira atas jawapan yang diberikan…

    Abul Harith: Sama-sama, moga mendapat manfaat dari laman ini, dan mohon disebarkannya.

  2. sudah 5 bulan sy mengalami prolonge menses (PM).. ada kalanya mengalami kejadian serupa dgn abul harith..
    ini bermakna sy sudah TAHU bhw..haid saya akan mengalami gangguan hingga lebih 15hr.. soalan saya..perlukah saya menunggu hingga 15hr (max) utk solat dan puasa sedangkan saya tahu bhw saya sebnrnya berpenyakit iaitu PM td. (krn telah berlarutan lebih 5 bulan)..

    Abul Harith : Wassalam Sdri,

    Prolong menses dikira Istihadah (darah penyakit). Tempoh 15 hari adalah tempoh terpanjang untuk haid mengikut Mazhab Syafie’. Hari yang selebihnya adalah Istihadah dan Sdri, perlulah solat, puasa dan beribadah seperti kebiasaan orang lain.

    WaLLAHu a’lam.

  3. selalunya soalan berkenaan dengan sama ada sudah suci dari haid. tp saya ada masalah mengenal pasti mulanya haid. saya mempunyai irregular period yg mungkin lari hanya 2-5 hari drpd tarikh biasa kadang2. ada masa2nya haid akan terus keluar seperti darah haid biasa. tapi kdg2 hanya seperti gumpalan/ “strings”/ lendir yg berwarna coklat/merah pekat/kotoran. tapi sedikit sahaja. selepas mencuci, terus bersih. ia tidaklah keluar berterusan. selalunya akan berlarutan lebih kurang dua hari. tapi saya tetap juga solat dan melakukan ibadah seperti biasa kerana menganggap itu bukan lagi haid. saya akan berhenti ketika darah betul2 keluar kerana itulah baru saya yakin haid dah bermula. adakah betul cara saya?

  4. salam..saya ingin bertanya bahawa saya selalu datang haid selama 7 @ 8 hari. Tapi selama 3 bulan yang baru ni saya mengalami masalah dimana 4 @ 5 hari setelah saya mandi wajib saya dapati terdapat lendiran coklat kekuningan keluar dari faraj. Saya musykil samaada itu adalah darah haid atau tidak sebab masih belum cukup tempoh 15 hari bagi seseorang wanita yang mengalami haid. Pada ramdhan baru2 ni saya tidak dpt berpuasa pada 1 dan 2 ramdhan kerana masih belum suci drp haid. saya mula berpuasa pada 3 ramdhan tapi pada 7 ramdhan saya dapati ada lendiran coklat kekuningan keluar semula dari faraj. Ia berlaku sejak 3 bulan yang lalu sehinggalah ia terjadi di bulan ramdhan ini.Saya ingin kepastian adakah itu darah haid dan adakah puasa saya sah pada 3 hingga 7 ramdhan itu??

  5. assalamualaikum.
    saya ingin bertanya tentang kemusykilan yang saya alami.

    pada waktu kebiasaanya, terdapat kekuningan, namun pada hari2 menghampiri haid, kekuningan akan menjadi warna cokelat. dari cokelat cerah ke cokelat gelap. namun ia mngambil masa dlm 1@2 hari sebelum darah haid keluar. adakah semasa warna cokelat itu keluar, saya dikira haid atau tidak?

    sekiranya dalam bulan puasa, semasa keluarnya warna cokelat, adakah saya masih perlu berpuasa dan solat?

    sungguh pun begitu, jika dikira hari dari bermula nya warna cokelat sebelum haid hingga habisnya warna cokelat selepas haid memakan masa kira2 7@8 hari sahaja.

    jadi adakah warna cokelat sebelum haid dan warna cokelat selepas haid itu dikira haid? bagaimana solat dan puasa saya dlm tempoh itu?

    mohon jawapan. terima kasih

  6. assalamualaikum….sy datang haid beberapa hari dlm bulan ramadhan,….jd sy kna wt puasa qada pada bln strusnya…..soalan sy,adakah syafaat nya sma dngn berpuasa dbln ramadhandngn puasa qada bg kaum wanita?

  7. Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya.Saya sudah berkahwin. Sepanjang bulan puasa saya tidak datang haid sehingga melebihi dari 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya..kemudian selepas lebih 20hari keluar sedikit lendir coklat kemerahan.adakah itu haid?

    Mohon jawapan.

    Terima kasih

  8. Sy nk tnya.sy br shj operate krana mengandung luar rahim.sy nk tnya mengenai darah yg keluar dr kemaluan.adakah darah nifas atau darah penyakit atau darah dr kesan pembedahan
    Dan adakah sy blh berpuasa kiranya.darah itu blm beehenti

  9. Irregular periods are mostly caused by abnormal hormonal level fluctuations. ,

    The latest write-up provided by our new blog page
    http://www.melatoninfaq.com/melatonin-for-children/

  10. Salam.sy lepas brsalin 3bulan dan telah suci dari nifas.sy telah mengambil depo(ubat cegah kehamilan)2mggu lepas yng mana ubat ini mempunyai side effect seperti irregular period and spotting. 3ari lepas sy mngalami spotting.adakah ini dikira haid?

  11. Xde jawapan utk pertanyaan tu srmua….srmua tu mslh sy…harao yg arif dpt menjawab

  12. Assalamualaikum. Sy ingin bertanya, sy mngambil suntikan perancang kluarga, jd haid dtg sdikit shj tetapi brlanjutan lbih dr 14 hari.saya was was hendak mneruskan solat dan puasa atau tidak.. harap dpt beri penjelasan

  13. Sya nak tnye 1 soalan, jika sudah mandi wajib siang hari so sudah berniat utk puasa utk keesokkan harinye tetapi mlm tu ada sedikit tompok2 coklat cair adakah sya boleh teruskan puasa or sya kene mandi wajib smula?

  14. Assalamualaikm,sya nak bertanya.Saya sudah datang haid seminggu sebelum bulan puasa dan masa 1 ramadan saya masih tak boley berpuasa lagy sebab masih ada drh haid keluar tetapi ia keluar sikit2 dan sehingga ramadhan ke7 baru saja boley berpuasa.After 4-5 hari berpuasa ada pula haid datang semula…Adakah tuu di kira haid jugak?Hampir 5 hari jugak darah tuu keluar tetapi tetap sama keluar sikit 2 je.Tapy saya tetap berpuasa,kalau waktu nak solat saya bersih kan.Saya pon keliru jgk sah atau tidak puasa saya

  15. Assalamualaikum….
    Boleh kah saya beribadat seperti biasa jika berlaku pendarahan di pertengahan tempoh haid cth haid saya 1hb till 7 hb tiba2 pada 17 hb saya ada tanda pendarahan merah warna nya tapi sedikit
    Mahon pencerahan
    Terima kasih

  16. Saya berpuasa hari ini. Dah saya dapati ada keputihan yang bercampur coklat . Kalau mengikut yang saya catat, sepatutnya haid saya datang 2 hari lagi. Saya memeriksa kembali setelah setengah jam dengan kapas putih tetapi tiada apa2 pula. Adakah puasa saya batal? Dan perlukah saya mandi wajib untuk sat seterusnya?

  17. jadi jika hanya ada cecair coklat sahaja dikira batal puasa ke?

  18. Assalamualaikum, selepas saya diberi suntikan ubat perancang kitaran darah haid saya agak x mnentu.. pada hari pertama hingga hri klima berpuasa sya mndapati ada setitis dua tompokan coklat yg tertinggal, dan pd hri keenam pula setompok kesan coklat pula yg tertinggal.. Adakah ibadaj saya sah atau tida

  19. Saya mengalami haid berwarna coklat cair,tetapi ia akn diteruskn menjadi darah berwarna merah,tetapi pada bulan leps saya tidk dtg haid dn padan buln ini saya dtg haid tetapi berwarna coklat yg cair tetapi tidk diikuti dengn darah,dn hanya mengeluarkn sedikit sahaja haid berwarna coklat cair…bulan ini bulan puasa,adakah puasa saya perlu dibatalkn atau diteruskn?

Leave a comment