Keluar Air Mazi Ketika Puasa

Soalan : Adakah batal puasa seseorang itu, ketika waktu puasa terkeluar air mazi? Boleh nyatakan dengan teliti apa itu air mazi?

Jawapan :

Air mazi berbentuk cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan atau melihat perkara-perkara yang mengghairahkan. Ia najis dan membatalkan wuduk. Cara membersikannya ialah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota yang terkena cecair itu.

Puasa juga tidak batal dan tidak perlu diganti. Tetapi seseorang hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwat sama ada pada bulan puasa atau tidak. Wallahu alam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

40 Responses

  1. sya nak tanya,jika lelaki terkeluar air mazi
    maknanya lelaki itu tidak perlu mandi wajib n hanya mandi biasa atau basuh zakar kemudian berpuasa seperti biasa ke?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Mujaheed,

    Benar seperti yang Sdr. katakan. Tidak perlu mandi wajib. Basuh dan bersuci, kemudian teruskan solat & puasa seperti biasa.

  2. jadi jika mazi keluar tidak batal puasanya? Kalau sudah berhenti bersyahwat tapi keluar mani bagaimana?

    Abul Harith : Sdr. Anom,

    Keluar mazi tidak membatalkan puasa. Namun jika sudah keluar mani, batal puasanya. Biasanya mani keluar memancut diiringi perasaan syahwat.

  3. cmne nk bezakan mani ngan mazi ni??
    bleh bagi detail?

    Abul Harith : Sdr. Mohd., sila search melalui laman ini, sudah banyak posting & jawapan berkenaan hal ini.

  4. Salam, sy nak bertanya, sering kali saya keluar air mazi ketika solat walaupun tidak naik syahwat? bagaimana hendak mengatasinya kerana air mazi yang terkeluar adalah tidak terkawal dana selalu berlaku ketika saya hendak solat?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Hazrul.

    Dalam kes sedemikian di mana mazi selalu keluar, saya syorkan Sdr. letakkan tisu pada hujung kemaluan. Jangan lupa juga bawa tisu lebih bila ke masjid atau ke mana sahaja. Apabila masuk saja waktu solat, maka bergegaslah ke tandas, bersihkan kemaluan, gantikan dengan tisu yang baharu, perbaharui wudhu’ dan teruskan solat secepat mungkin di awal waktu. Jika sudah berusaha dengan segala hal ini, maka jika keluar mazi tanpa syahwat semasa solat, maka InsyaALLAH ianya dimaafkan.

    Jika mazi tak berterusan keluar & boleh berhenti sewaktu solat, maka boleh juga bersalin dengan kain pelikat setiap kali mahu solat.

    Andai tiba waktu solat lain, maka ulangilah perkara yang sama seperti di atas. Walaupun susah dan membebankan, namun mudah-mudahan usaha kita untuk beramal dalam susah akan mendapat lebih ganjaran.

    WaLLAHu a’lam.

  5. A’kum, sya ingin bertanya, jika air mazi terkena pada pakaian, adakah ianya boleh digunakan untuk solat? kerana ada sesetengah rakan sya mengatakan bahawa ianya boleh digunakan

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Ilham,

    Air mazi dikira najis, sama seperti air kencing. Jika kena pada pakaian, maka dikira tercemar & tidak boleh digunakan untuk solat. Yang hanya boleh digunakan untuk solat ialah pakaian yang terkena air mani.

    WaLLAHu a’lam.

  6. Salam, pertanyaan saya sama juga saudara hazrul, kenapa tiada jawapan? Setahu saya, satu wudhuk terpakai untuk satu solat sahaja kepada orang yang menghadapi pemasalahan ini. Bagaimana dengan kapas yang dimasukan ke dalam lubang zakar, bolehkah digunakan untuk solat2 seterusnya tanpa ditukarkan? Apa maksud istilah benda ditanggung/tanggungan?

  7. As’kum wbt.

    Saya menghidap jangkitan saluran kencing. Jadi, sering terkeluar air mazi yang amat sedikit (tidak sebesar duit syiling dirham). Apakah hukumnya, samada najis di maafkan atau tidak, ianya amat menyukarkan untuk solat?

  8. Salamulaikum!
    Saya ingatkan saya je yg ade msalah nie.Tp rmai jugak.
    Saya kadang solat ada cecair keluar dari kemaluan.Itu air kencing ke mazi ke mani.Kalau nafsu saya x bangkit macamana boleh keluar.Saya jujur kata nafsu saya tak de pun.Kadang2 dia keluar masa saya buanga air besar atau kecil.Kadang2 putih kadang2 jernih.Saya musykil.Ini penyakit atau normal?Susah nak solat dan penat saya istinjakkan.Tolong ye!Terima kasih.

  9. as’kum
    apkh batal puasa seseorang itu ktika waktu puasa tidur terus mimpi basah atau keluar air mani

  10. pakaian terkena mazi…cukup sekadar merenjis?? atau basuh sehingga suci??

  11. salam..saya ada pertanyaan yang ditanyakan oleh kawan saya kepada saya…jika seseorang membaca novel2 lucah@menonton cerita lucah di bulan puasa dan keluar air mazi..adakah puasa batal???

  12. salam..saya ada pertanyaan yang ditanyakan oleh kawan saya kepada saya…jika seseorang membaca novel2 lucah@menonton cerita lucah di bulan puasa dan keluar air mazi..adakah puasa batal???

  13. assalamualaikum..ustaz…
    boleh terangkan apakah hukum keluar air mani dengan sengaja dalam keadaan tidak tahu ketika sedang puasa..?

  14. ustaz..apakah hukum mengeluarkan air mani dalam keadaan tidak tahu ketika sedang berpuasa.?

  15. Air mazi keluar scara meleleh bagaimana pula kalau ia kluar scara pancutan adkh ia air mani sdgkn ciri2nye adlh air mazi..?

  16. Askum ustaz….apakh hukum mngluarkn air mazi dgn sngaje sprti menggosok kmaluannye sndiri?

  17. mcm mne nk basuh air mazi,, xkan laj dgn renjis j,,kan kne bersih sehigga hilang baur warna dan rasa,,saya memepunyai masalah keluar air mazi terlalu kerap..
    susah untuk saya menunaikan solat..

  18. saya dh paham .. dh bace keterangan kt atas tdi,,
    oleh itu perlu lh saya guna tisu,,tpi mcm mne klu dh gna tisu sehingga air mazi melepasi tisu itu,,
    kerana iir mazi saya terlalu banyak keluar,,,saya rasa pelik
    mcm ne nk letak tisu,,
    mesti lah tisu itu lari,,

  19. alhamdulillah..mudahnya mendapat penjelasan dari website sdr…semoga Allah mempermudahkan segala urusan sdr…terima kasih di atas ilmu yang dikongsikan,,

  20. assalamualaikum..
    sy ade masalah berkenaan air mazi dan air mani… Ttp yg sy musyikil skarang berkenaan puasa sy.. masa puasa yg lps,sy mendapati sesuatu cecair tlh keluar disebbkn ketelanjuran sy melihat sesuatu,sy menganggap nye air mani dan mndi wajib.lantas kejadian itu,sy terus bertaubat dan rse bersalah serta malu kpd ALLAH kerana gagal mnjga puasa..jd sy perlukn pndgn,apekah sy perlu mengganti puasa disebbkn keluar mani,atau sebaliknya kerana keluar mazi..lg satu,sy prasan cecair yg keluar itu sdikit shja,dan seperti gam yg tlh kering..

  21. tq atas soalan n jawapan yg diberikan korang sumer yer…skg aku dah dapat bezakan antara aiyak mani ngan aiyak mazi…..hehehehe:p..

  22. Assalamualaikum..
    saya ada beberapa soalan disini.
    knp zakar saya selalu keluar air keputihan yang jernih apabila saya memakai selua spedel saya berasa basah bagaimanakan untuk mengellakkan hal ini mintak tolong please saya rasa susah hendak solat dan sebagainya

    Abul Harith: Wassalam Sdr. Abdullah,

    Cecair itu biasanya mazi. Hukumnya sama dengan air kencing. Basuh seperti biasa sebelum berwudhu & solat.

    Jika air selalu keluar, boleh cuba lapik tisu, kapas, kain atau apa sahaja yang boleh menahan buat sementara. Jika sudah berusaha melapiknya, dan masih keluar ketika solat, maka ia dimaafkan.

  23. Assalamualaikum..
    kalau mimpi basah (semasa puasa) keluar air mani , pastu mandi wajib kan ? mandi wajib tak batal puasa ke ? kan kena masukkan air kedalam hidung . saya kalau bulan puasa mmg mimpi basah . cane ea klu kes mcm nie ? nak bt ape ?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Felnizam,

    Terkeluar mani akibat mimpi basah tak membatalkan puasa kerana dikira tidak sengaja. Keluar mani dengan sengaja baru batal puasanya.

    Cukuplah mandi wajib seperti biasa, usah keterlaluan memasukkan air ke dalam rongga badan. Masukkan air ke dalam hidung, mulut & telinga sekadarnya saja.

  24. asalammualaikum…..terima kasih di atas ilmu yang sudi di kongsi semoga allah s.w.t memberkati awak.

  25. assalamualaikum….kalau air mazi itu di keluar kan dengan sengaja…..maka batal atau pun tidak puasa seseorng itu….. hairan …

  26. jika di keluarkan air mani dengan sngaja….kene mandi wajib ker….selalunye saya mandi wajib sekadar membasuh telingga,muke,rambut,ketiak,tangan,pusat,badan,celah kangkang,di jubur dan di peha……adakah ianya SAH……kerana amat risau …..

  27. waaa.. ramai juga yg mengalami pengalaman yg serupa. mmg risau sebab tak tau membezakan antara air mani dan air mazi. kadangkala terlelap di siang hari, bermimpi yg agak mengghairahkan hingga keluar cecair putih di kemaluan. tapi sebab tak yakin, terus mandi wajib dan puasa diteruskan. tapi, qada’ jugak puasa hari tu sebab takut puasa dah dikira batal. hmmm…

  28. mcm mane kalau air mazi dikeluarkan dgn sngja sperti melihat benda2 yg mengairahkan

  29. beza air mazi dan mani adalah..
    - air mazi rupanya jernih manakala air mani rupanya putih pekat kejernihan.
    - air mazi bila dikena pada air ia larut dan air mani bila terkena air ia jadi gumpalan.
    - air mazi keluar dengan lelehan manakala mani keluar dengan pancutan(lelaki) atau dengan nafsu yang klimak umumnya.
    - air mazi wujud dengan pemikiran manakala air mani wujud dengan urutan.
    - air mazi akan keluar mendahului mani dan mustahil sebaliknya.
    amat detail, Jelaskah??

  30. adakah air mazi itu berbau??

  31. assalamualaikum,,sy musykil la,,ap bezanya air mani dan air mazi..??blh detailkan

  32. saya mengosokan zakar say dgn tangan.. apabila ingin klimak sy melepasknnye dan terkeluar 2-3 titis cecair yg sedikit keputihan.. adakah ia mazi atau mani

  33. adakah berdosa jkalau saya menggosokkan kemaluan ke dubur kakak saya walaupun berpakaian

  34. apsal bleh tergosok kt ctu…

  35. ass . ketika kita brtemu sama cewek dan air mani keluar dalam keadaan berpuasa . tetapi saya tdk bersentuhan dengan dia .apakah puasa saya batal ?

  36. thanks

  37. bagaimana kalau nkeluar air mazi dgn sengaja?

  38. saya gemar meniarap sambil menonton tv dan kadang-kadang ia menyebabkan saya terbayang perkara lucah hingga mengeluarkan cecair putih.saya baru berumur 14 tahun dan belum mimpi basah.cecair apakah yg keluar itu

  39. saya tahu cara membezakan mani dan mazi tetapi apabila keluar cecair itu terkena seluar saya .saya menjadi musykil dan menyebabkan saya terus berpuasa tanpa mandi wajib

  40. Salam…Apakah hukumnya jikalau seseorang itu tidak mengetahui akan adanya air mazi dekat seluar dalamnya lalu membasuh pakaian itu bersama pakaian lain di dalam mesin basuh fully auto 13 kg?Thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers

%d bloggers like this: