Derma Tubuh Untuk Cadaver

Soalan : Apa hukumnya mendermakan seluruh tubuh untuk kajian sains? Contohnya cadaver untuk medical students?

Dijawab oleh Abul Harith,

Mendermakan tubuh badan untuk kajian sains atau cadaver adalah tidak dibenarkan Islam. Ini kerana jasad orang Islam adalah dimuliakan.

Hadith Ar-Rasul s.a.w. menyebut,

إِنَّ كَسْرَ عَظْمِ الْمُؤْمِنِ مَيْتًا مِثْلُ كَسْرِ عَظْمِهِ حَيًّا

“Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya dalam keadaan hidup.”

[Ad-Darqutniy/ 2986]

Manusia adalah khalifah ALLAH dimuka bumi, tidak seperti makhluk lain. Apatah lagi makhluk lain telah diciptakan ALLAH untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Firman ALLAH,

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ

“DIA yang telah menciptakan untuk kamu semua apa sahaja di bumi ini keseluruhannya”

-Al-Baqarah, 29-

Pelbagai makhluk lain seperti tupai dan tikus boleh digunakan untuk kajian perubatan demi manfaat Ummah manusia keseluruhannya.

Untuk kegunaan mayat sebagai cadaver pada zaman ini, bukanlah suatu yang mendesak. Lagipun kebanyakannya untuk pelajaran Anatomi. Sudah terdapat ilustrasi buku yang cantik dan replika tulang & tisu yang menyamai jasad sebenar. Ditambah lagi dengan perisian anatomi 3D yang boleh membantu pembelajaran.

Untuk kajian patologi pula, kebanyakan spesimen biasanya diambil dari biopsi tisu ataupun organ yang telah dibuang kerana penyakit, maka tiada halangan untuk mengkaji darinya.

WaLLAHu a’lam.

9 Responses

  1. Salam. Takhrij untuk hadis di atas boleh dilihat di http://ad-diyari.com/fail_htm/hadis/topikal/32.htm dan kepada akhi l-Faydhi, hadis yang ditulis dalam `Arab itu adalah dalam [Ahmad/ 25743] manakala hadis yang ditulis dalam Melayu itu adalah dalam kitab seperti yang ditulis.

    Abul Harith : JazakALLAH kerana banyak membantu.

  2. Assalamu’alaykum

    Saya bersetuju bahawa jasad umat islam itu dimuliakan. Selain daripada hadith yg saudara nyatakan, Rasulullah s.a.w. juga pernah melarang daripada merosakkan mayat musuh di dalam peperangan.

    Saya juga bersetuju, teknologi sekarang memungkinkan kita mempelajari ilmu2 anatomi tanpa perlu membedah mayat sebenar.

    Namun begitu, saya memandang bahawa ada kepentingan untuk mempelajari struktur tubuh manusia menggunakan jasad sebenar. Lebih-lebih lagi jika seseorang mahu meneruskan kerjaya dalam bidang pembedahan atau forensik. Kemahiran membedah itu tidak mungkin diperoleh melalui program simulasi atau 3D semata-mata. (Walaupun pada masakini sudah ada pembedahan yang dilaksanakan menggunakan robot dsb).

    Sefaham saya, terdapat juga sebahagian ulama’ yang membenarkan bedah mayat dilakukan berdasarkan qaedah fiqh;
    “الضرورات تبيح المحظورات”
    dan
    “مصالح الأحياء مقدمة على مصالح الأموات”
    [rujuk: Penggunaan Organ Manusia Dalam Perubatan Menurut Kacamata Islam Oleh T. Mohd Saripuddin T. Ismail di dalam Monograf Manhal (Medical Edition) PMRAM. 2005]

    Dengan itu, saya berpendapat bahawa perlu untuk kita sama-sama mengkaji pelbagai pendapat ulama’ tentang perkara ini (sebagaimana pentingnya kepelbagaian pendapat ulama’ dalam masalah2 lain) memandangkan kita tidak boleh menafikan kepentingan membedah jasad mayat yang sebenar, khususnya dalam bidang pembedahan.

    My 2 cent.

    WaLLahu A’lam.

    Abul Harith : JazakALLAH Sdr. Elfaqiha atas komen.

    Memang tidak dinafikan terdapat beberapa fatwa yang membenarkan penggunaan mayat sebagai cadaver untuk pembelajaran. Ia bertepatan dengan komen Sdr. di atas. InsyaALLAH saya akan translate untuk dikongsikan.

    Namun dalam masa sama para ulama’ tidak mengharuskan orang Muslim untuk mendermakan jasad mereka untuk tujuan ini, sebaliknya bersetuju jika ianya datang dari non-Muslim. Isu dan hadis di atas adalah jawapan khusus kepada Muslim yang ingin mendermakan jasadnya sebagai Cadaver selepas mati.

    WaLLLAHu a’lam.

  3. ouhh..ana baru tau..
    thankkkkzzzzzzzzzzz

    :-)

    Abul Harith : Syukran Sdr. Azizi atas ziarah. Moga mendapat manfaat dari site ini.

    Wassalam.

  4. terima kasih atas perkongsian.
    selama ni tertanya-tanya juga sama ad bolehkan seorang islam mendermakan tubuh sbg cadaver..
    terjawab sudah.

  5. guilty. today i saw the dr cut the head of cardivor. i study with cardivor almost everyday.

    Abul Harith: Dear Ahmad, for your information, our Arabian brothers study medicine by using models and mannequins. Their religious and cultural sensitivity does not allow them to use cadaver. Maybe you propose to your college the same method; using models instead of using cadaver.

  6. Saya Dr Nurul ,
    Anatomist dari USM , saya rasa kurang setuju lah, sebab hadith yang anda utarakan di atas adalah benar tapi bukan menyatakan maksud tujuan mengapa menderma badan utk dijadikan cadaver .saya rasa kurang tepat dan adakah ia telah dibahaskan didalam Majlis Fatwa???Cuba renungkan surah al-baqarah ayat 272
    Saya merasakan bahawa mayat memang betul perlu dihormati dan kami di anatomi tak pernah tidak menghormati mayat atau cadaver sehinggakan kita ajar student macamana nak hormati mayat semasa belajar human anatomi dan kami potong bukan patahkan dan bukan utk bersukaria tapi utk belajar dan untuk kegunaan pembelajaran. Tahukah anda kenapa pelajar Malaysia kurang pandai anatomi? kerana tiada cadaver …itulah sebenarnya dan kenapa ia penting … kerana takkan sama manusia biasa dgn animasi 3D atau mannequin … tahukah anda ada model yang salah petaan pada bahagian otak?
    Renungkanlah…..

  7. Sebenarnya memang rumit sekiranya mayat org Islam yang menjadi cadaver sekiranya tiada prosedur yang sepatutnya bagi meguruskan mayat tersebut untuk pengkebumian selepas “dissection” .Apapun itu yang menyebabkan kekurangan cadaver kerana Islam majoriti di Malaysia. Itulah yang perlu dipersoalkan terutamanya di Malaysia. Sebenarnya kita memang sangat memerlukan kadaver baru yang boleh digunakan bagi pembelajaran anatomi yang efektif tetapi kekurangan cadaver; memang tak mendesak cuma kita tak tahu apakah kesannya akan datang secara keseluruhan. Belajar tanpa kadaver original hanya dengan imej 3D memang susah utk dibayangkan. Dengan ada cadaver yang sikit inilah kita gunakan dan ia amat membantu pelajar dan pensyarah. Apapun ia sesuatu yang perlu difikirkan.

  8. Setelah bertanya kepada seorang ustaz , sememangnya mayat orang Islam dan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam adalah dilarang untuk dijadikan kajian Sains atau cadaver . Kecuali mayat mereka yang kafir , dihukum bunuh , melakukan jenayah atau sebagainya dan ada juga berkenaan dgn dua jenis kekafiran yang diklasifikasikan adalah antaranya yang boleh dijadikan kadaver. Yang selebihnya tu Wallahu’alam

  9. salam sy di mesir sewaktu belajar anatomy setiaphari kami menggunakan cadaver yg sebenar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: