Pembedahan Kosmetik

Soalan : Sila jelaskan sejauh manakah pembedahan kosmetik diizinkan dalam Islam?

Jawapan: Pembedahan kosmetik dibenarkan untuk memulihkan kecacatan atau mengembalikan wajah fizikal seseorang kepada normal selepas kemalangan. Diizinkan juga bagi individu untuk mengubah bentuk fizikal apabila wujud kecacatan semulajadi atau kekurangan selepas kemalangan.

Adalah tidak diizinkan untuk mengubah bentuk fizikal sesorang yang normal demi kelihatan lebih menarik kerana cenderung untuk cantik semata-mata. Dalam al-Quran, ALLAH berfirman bahawa Syaitan akan membawa manusia menjadi kufur (menyimpang dari jalan yang lurus) dan cara memperdaya manusia supaya mengubah ciptaan ALLAH.

لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا (118)

وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا (119) سورة النساء

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Dijawab oleh Jawatankuasa Penyelidik Jabatan Fatwa, dipengerusi oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî

Sumber: ditarjamah dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Hukum Ubat Mengandungi Alkohol

Apakah hukum ubat-ubatan yang mengandungi Alkohol?

 

Nadwah Fiqh Perubatan Islam ke 8, anjuran Pertubuhan Ilmu-ilmu Perubatan Islam yang berlangsung di Kota Kuwait dari 22-24 Mei, 1995 merumuskan:

Alkohol tidak najis dari segi syara’. Maka tidak menjadi kesalahan menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci (antiseptic) pada kulit dan kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh kuman. Ia tiada kaitan denganarak.

Resolusi # 11, Majlis Akademi Fiqh, Jeddah, KSA, dalam mesyuarat kali ke 3, 1986 memutuskan:
“Diharuskan pesakit Islam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi alkohol dalam kuantiti yg tertentu jika tidak didapati ubat-ubatan lain yang bebas alkohol atas nasihat dan preskripsi doktor yang dipercayai lagi amanah.”

Sumber : disunting dari Forum di http://al-ahkam.net